Bab 5

109 25 7
                                    

Rosebelle pov

"PERVERT!!! "Aku jerit sekuat hati seraya mencampakkan tuala yang dipegang ke arah mukanya.

Dia menjadi panik lantas menekup mulut aku dari terus menjerit.Mata aku sudah membulat dek terkejut.

Eomma,tolong Belle!

" Boleh bagi aku explain dulu tak?"

Aku geleng tanda tak mahu.Terus sahaja aku pijak kaki dia dan berlari ke arah pintu.Tetapi,lelaki misteri itu lebih pantas menahan pergelangan tangan aku membuatkan langkah aku terhenti.

"Please dengar penjelasan aku dulu.."

Aku memandang dia lama sebelum aku memberi ruang untuk dia bercakap.

"Sebelum tu,t-tutup dulu badan kau dengan tuala tu."Arahku sambil mata aku memandang ke arah lain.

Dia memandang badannya yang terdedah lalu menutupinya menggunakan tuala yang aku campak pada dia tadi.

" Saya.."

Belum sempat dia memperkenalkan diri,bunyi ketukan di pintu menarik perhatian kami berdua.

"Noona?gwenchanayo?"

Alamak!Hueningkai ada di hadapan pintu bilik aku.Aku pandang pintu dan lelaki misteri itu silih berganti.

Lelaki itu kekal statik di situ.Tiada langsung tanda-tanda nak lari atau menyorok.

"Awak ni kenapa masih berdiri dekat sini?Kalau adik saya nampak awak.Mati saya tahu tak!Nanti dia fikir bukan-bukan pasal saya."

Tanpa menunggu dia menjawab pertanyaan aku,terus sahaja aku menolaknya ke arah belakang almari mini di sebelah katil.

"Duduk sini diam-diam."

Dia angguk lalu duduk bertinggung di sebalik almari mini yang agak tersorok.

Apabila pintu dibuka,terpampanglah wajah Hueningkai yang menunjukkan riak risau.

"Kenapa noona menjerit?ada lipas ke?"

Soal dia bertubi-tubi.Aku angguk kekok.

"Y-ya,ada lipas tadi bagi tuala dekat noona eh maksud noona ada lipas lalu dekat kaki noona."

Uish,hampir sahaja aku nak beritahu perkara sebenar.Nasib dia percaya.

"Mana lipas tu?Biar Kai yang bunuh."

Balasnya lalu menerjah masuk ke dalam bilik aku.Seluruh bilik aku dia nak teroka.Banyak kali aku cuba halang dia tapi—

"Eh?apa tu?Telinga kucing?"

Soalan Kai membuatkan aku berpaling ke arah yang ditunjukkannya.

Ah,sudah.

.
.
.

No one POV

Soobin melangkah masuk ke dalam sekolah sambil melihat telefonnya.Sudah banyak kali,dia cuba menghubungi Rosebelle tetapi satu pun tidak berangkat.Mesej apatah lagi.

"Soobin,annyeong!"

Suara seorang gadis mengejutkan dia dari terus mengelamun memikirkan Rosebelle.Sebaik melihat wajah empunya suara,terus sahaja dia mempercepatkan langkahnya menuju ke kelas.

"Yah!Soobin,tunggu saya!"

Panggilan gadis bernama Lia itu langsung tidak diendahkan.Ingat dia nak hadap sangat ke perempuan tu?

Beomgyu yang melihat keadaan itu terus sahaja cuba menyelamatkan sepupunya.

"Hyung!Jom teman Gyu pergi beli sarapan dekat vending machine tu.Laparlah..eung?"

Sedikit sebanyak membuatkan Soobin ingin ketawa dengan lakonan Beomgyu yang cuba menyelamatkannya dari perempuan itu.

"Huh.Sebal betul perempuan tu.Takkan 24 jam nak melekat dengan hyung je?"

Soal Beomgyu setelah mereka sudah berjaya melarikan diri dari Choi Lia .

"Kau taukan,perangai dia dari kecil mana pernah berubah."

Balas Soobin dengan matanya masih lagi melekat pada skrin telefon.

Beomgyu mengeluh.Setelah membeli satu air tin,dia membukanya dan minum seraya memerhatikan Soobin.

"Yelah,tapi hyung kena bertegas juga.Jangan bagi muka sangat dekat minah tu.Geram pula tengok,nasib dia senior merangkap sepupu kita."

Soobin sekadar mengangguk tidak menjawab.

Dia berharap Rosebelle akan membalas mesejnya jika tidak dia akan pergi berjumpa gadis itu secara berhadapan.

.
.
.
Rosebelle pov-

"Bwo?Kau Grey?!"

Aku soal lelaki misteri di hadapan aku dengan riak tidak percaya.Dia sekadar mengangguk sambil bermain jemarinya.

Hueningkai di sebelah sudah garu kepala.Adalah dia punca Grey bertukar jadi manusia?

"Ah ini gila.Memang gila!Kau ingat aku nak percaya?"

"Noona,jom pergi sekolah dulu.Lewat dah ni.Nanti kita balik,Kai akan terangkan.Erm,kau pakailah baju aku dulu."

Baju berwarna hijau kepunyaan Kai diberikan kepada lelaki tadi atau lebih dikenali sebagai 'Grey'.

Memang benda ni aku sukar nak percaya.Mujur kedua ibu bapa aku tiada di rumah kerana balik kampung untuk uruskan perkara mustahak.Kalau tidak,habis mama kerjakan aku.

Ini sumpah gila!

TBC.




[OG] Im Not A Cat || CYWhere stories live. Discover now