Bab 25

84 23 3
                                    

Rosebelle pov-

Sampai sahaja di hospital,terus aku meletakkan motor di bahagian kecemasan dan meluru masuk ke dalam  hospital meninggalkan Hueningkai di belakang.

"Nurse..ada tak pesakit nama Yeonjun di sini?" Soal aku dengan cemas.

Jururawat itu memeriksa sesuatu di komputer sebelum mengangkat muka memandang kearahku semula.

"Ada,tapi dia masih lagi sedang dirawat..nanti bila dah siap,Kami akan panggil cik ya.." Kata jururawat itu sambil tersenyum.

Aku sekadar mengangguk dan membalas senyumannya semula.

Apa dah jadi pada Yeonjun? Kenapa tiba-tiba sahaja dia pengsan?

Kai yang baru masuk menuju ke arahku dengan riak risau.

"Noona?macam mana dengan Yeonjun?" Soal Kai sebelum menarik aku untuk duduk.

"Masih dirawat.. Apa sebenarnya yang dah berlaku tadi Kai?"

Kai terdiam seketika sebelum satu keluhan halus keluar dari mulutnya.

"Sebenarnya sebelum tu,Kai nampak Soobin —"

"Soobin ke buat Yeonjun pengsan?" Duga aku beserta nada serius tetapi Kai menggeleng tanda tidak.

"Habistu?" Soalku lagi.Kai terdiam seketika sebelum perbualan kami diganggu oleh doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan.

"Cik ni waris pesakit Yeonjun ke?" Soal doktor tersebut sebelum kami berjalan menghampiri doktor yang bertanda nama Namjoon itu dengan riak risau.

"Ya...Yeonjun okey ke?dia stabil ke?dia—"Belum sempat aku habis menyoal doktor Namjoon terlebih dahulu mencatas pertanyaan aku berserta tawaan kecil.

Kai disebelah aku sudah menyenggol lenganku agar aku bawa bersabar dan mendengar apa yang ingin doktor Namjoon tersebut terangkan.

" Begini..dia pengsan adalah disebabkan tidak tahan dengan cuaca panas diluar ditambah pula dia mengalami demam panas..tapi, cik tak perlu risau sebab dia dalam keadaan yang stabil.."Terang doktor Namjoon buatkan aku jadi terkejut.

Kenapa Yeonjun tak bagitahu aku yang dia demam?Haih..

"Boleh saya melawat dia?"

"Ya,silakan tapi jangan terlalu bising ya.." Pesan doktor Namjoon sebelum meninggalkan aku dan Kai di hadapan bilik rawatan yang menempatkan Yeonjun.

Tanpa membuang masa,aku terus masuk ke dalam bilik tersebut dan menghampiri Yeonjun yang sedang tidur diatas katil hospital.

Kejap, kepala dia tak ada topi?!

Doktor Namjoon nampak ke telinga kucing dia?!

"Ah..ingatkan dah hilang, rupanya tersorok di sebalik rambut dia..nasib baik telinga sama dengan warna rambut.. Fuh,lega.." Omelku sebaik sahaja memeriksa telinga kucing milik Yeonjun sebelum aku melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan katilnya.

"Hmm..Rose?" Panggil Yeonjun dengan nada lemah sebelum dia berura-ura untuk bangun dari pembaringan, tetapi segera aku menghalangnya.

"Baring..kau tak sihat sepenuhnya lagi..kenapa kau demam tak bagitahu aku?kejap,kenapa dengan bibir kau ni?" Soal aku sebelum menyentuh sudut bibirnya yang mula kebiruan.

"Auch..tak ada apa-apa.. Jatuh tadi dekat kantin.. Hehehe.." Jawabnya seraya tersengih.

Maaf,aku memang susah nak percaya.Nampak sangat macam kena tumbuk.

"Jangan tipu Yeonjun.." Kataku dengan nada serius. Yeonjun cepat-cepat menolehkan mukanya kearah lain.

Aku sudah berpeluk tubuh sambil memandangnya tajam.

[OG] Im Not A Cat || CYWhere stories live. Discover now