Bab 36

63 17 2
                                    


Cruises cafe

Sebuah kapal mewah yang berada betul-betul di hadapan Rosebelle buatkan mata gadis itu membuntang tidak percaya.Dipandang Soobin yang berada di sebelahnya dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.

"Kenapa bawa saya sampai ke sini?sepatutnya kita dah sampai ke festival tu.."Ujar Rosebelle tidak berpuas hati.

Soobin hanya melemparkan senyuman teruja sebelum menarik tangan Rosebelle untuk mengikuti langkahnya.

"Saya nak makan breakfast dengan awak dulu..tak salah kan?"Rosebelle hanya mengeluh perlahan.Entah apa yang merasuki Soobin untuk bawa dia ke sini.

Waktu mereka masih bercinta dulu,tak ada pula Soobin bawa dia ke tempat romantis macam ni.

"Good morning mr Choi..Please follow me."

"Jom.."Tangan Rosebelle terus ditarik Soobin tanpa sempat dia membalas apa-apa.

Setiba di sebuah meja yang penuh dengan bunga dan khas untuk dua orang,Soobin segera menarik kerusi untuk Rosebelle."Duduklah.."

Rosebelle menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kata nak makan breakfast tapi dah macam candle light dinner.Getus hati kecilnya.

Akhirnya dia melabuhkan punggung walaupun masih ragu-ragu dengan tindakan Soobin bawa dia ke restoran yang terlebih mewah tersebut.

"Good.."Ucap Soobin sebelum dia turut melabuhkan punggung berhadapan dengan gadis itu beserta senyuman lebar.

.
.
.
.
.

Mereka berempat berjalan bersama ke festival yang sudah mulai penuh dengan pengunjung.Semuanya menjadi teruja sebaik sahaja memasuki ke kawasan festival musim panas tersebut kecuali Yeonjun.

Topinya dibetulkan sebelum matanya memerhati sekeliling mencari seseorang.Pantas tangan Beomgyu yang berada di hadapannya digapai.

"Ermm..mana Rose ?kenapa dia tak sampai lagi?Sepatutnya kita kena tunggu dia dulu kan?"Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan beserta riak wajah yang risau.Beomgyu sudah ketawa kecil sebelum menepuk-nepuk belakang Yeonjun.

"Rileks..erm Yeonjun..dia akan sampai juga nanti.Kenapa kau risau sangat?ah!baru aku teringat..k-kau boyfriend Belle kan?"Soal Beomgyu dengan riak wajah resah.Senyuman yang diberikan tadi terus mati apabila dia baru teringat akan sesuatu.

Yeonjun diam.Dia tidak mempunyai jawapan untuk persoalan Beomgyu.Dia juga masih tertanya-tanya tentang perasaan sebenar Rosebelle.

"Jinjja mianhe..kalau aku tahu.."

"Eo?"Beomgyu menggeleng sambil menggosok perlahan batang lehernya.

"Aku harap kau tak marah..seb-sebenarnya,aku suruh Belle datang kemudian sebab aku nak beri dia ruang untuk bercakap dengan Soobin secara baik..aku harap diorang dapat berkawan semula macam dulu..sebab aku tak suka tengok Soobin asyik sedih setiap kali aku sebut tentang Belle..sorry Yeonjun.."

Yeonjun agak terkejut dengan penjelasan Beomgyu tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.Mungkin ada baiknya dia beri ruang untuk Rose dan Soobin asalkan gadis itu tidak bersedih lagi.

Walaupun jauh di sudut hatinya,dia berharap Rose ada disisinya ketika ini.

"Gwenchana.."Yeonjun tersenyum paksa.Beomgyu yang teruja terus memeluk bahu Yeonjun dengan kuat sehingga membuatkan lelaki itu terdorong kehadapan.Disebabkan itu,topinya terus tertanggal.

Membulat besar mulut dan mata Beomgyu melihat sesuatu yang berbulu diatas kepala Yeonjun."K-kepala.."

"Beomgyu hyung?kenapa lam—"Hueningkai dan Taehyun yang kembali semula kearah Yeonjun dan Beomgyu turut terkejut besar.

Beomgyu menoleh kearah Kai dan Taehyun dengan mulutnya masih terbuka.Terkejut betul si Beomgyu sehingga tak mampu bercakap.

Yeonjun pantas mengutip topi yang terjatuh dan segera memakainya.Bibirnya diketap rapat.Identitinya sudah terbongkar di hadapan Beomgyu.

Mujur kawasan tersebut sudah mulai sunyi kerana semua pengunjung sudah mula bergerak ke kawasan yang menganjurkan konsert mini.

"Ouh tidak..."ujar Kai perlahan sebelum menoleh kearah Taehyun yang sedang turut memandangnya.

.
.
.
.
.

"Erm..Rose?boleh saya tanya something?"Soal Soobin sebaik sahaja dia habis menelan suapan yang terakhir.

Rosebelle hanya mengangguk sambil matanya fokus melihat makanan di hadapannya.Perasaan kekok masih belum hilang buatkan dia tidak berani memandang wajah Soobin.

"Awak...masih marahkan saya?"

Soalan tidak terduga dari Soobin membuatkan dia membantutkan perbuatannya yang ingin menyuap makanan ke dalam mulut.

Satu keluhan berat akhirnya dilepaskan dari vermillion miliknya."Awak rasa?kalau saya masih marahkan awak..takkan saya boleh berada dekat sini dengan awak?"Soalan berbalas soalan.Rosebelle menjedakan seketika ayatnya sebelum mulutnya mengomel sesuatu yang tidak dapat didengari oleh Soobin.

"sepatutnya saya dah ke festival tu dan ada bersama Yeonjun.."

"Eo?hehehe..betul juga..Gomawo.."Balas Soobin beserta senyuman yang menampakkan dua lesung pipitnya.Rosebelle hanya mengangguk kecil sebelum kembali menyambung aktiviti makannya yang tergendala.

"Erm..sebenarnya..ada benda yang saya nak beritahu dekat awak.."Rosebelle mengangkat muka memandang Soobin dengan sebelah kening dijungkitkan.

"Benda apa?"

"Minggu depan..saya dah berlepas ke Amerika..mungkin lepas ni kita dah tak dapat berjumpa.."

"Ouh..okey.."Balas Rosebelle dengan nada rendah.

"Sebab itu..kalau boleh..saya nak luangkan masa yang ada ni..dengan awak..."

"Soobin...sa—"

"Please..sebagai kawan?"Rosebelle mengetap bibir bawahnya sebelum mengeluh halus.Lama dia berfikir sambil bermain dengan baki makanan yang masih ada.

"Boleh kan?"

"Haih..arasseo.."Soobin memandang Rosebelle dengan riak wajah yang tidak percaya.Dia fikir gadis itu akan menolaknya.

"Gomawo!saya akan gunakan peluang ni dengan sebaik mungkin.Terima kasih Rose.."

Tbc.

[OG] Im Not A Cat || CYWhere stories live. Discover now