"Semua dah ada kan?jadi,mari kita semua sama-sama cheers untuk meraikan bakal pasangan pengantin baru kita ni,Soobin dan Lia.." Ucap Tuan Choi Soo Jin yang merupakan ayah Soobin seraya menghulurkan cawan minumannya diikuti ahli keluarga yang lain kecuali Soobin.
Dia termenung sendiri seolah telah berada di dunia lain.Berkali-kali juga Beomgyu memanggilnya namanya.
"Hyung?gwenchana?" Soal Beomgyu prihatin.Soobin tersenyum nipis seraya menggeleng. Telefon yang bergetar di tangan dilihat sebelum dia mula bangun dari kedudukannya.
"Soobin,kamu nak pergi mana?" Soal Tuan Soo Jin tegas.
Soobin mengerling malas kearah ayahnya sebelum terus berjalan tanpa mempedulikan langsung panggilan si ayah.
Beomgyu sekadar menghantar pemergian Soobin dengan perasaan yang tertanya-tanya.
Rosebelle yang sudah pun setia menunggu di hadapan pintu pagar rumah Beomgyu berjalan mundar-mandir sambil memerhati sekeliling.
Figura Soobin yang semakin mendekat buatkan dia kaku di tempatnya.
"Kenapa awak?"
"Saya nak pulangkan benda ni dan rantai ni.." Cantas Rosebelle tanpa sempat Soobin menyoal lebih lanjut.
Sampul surat bersaiz tebal di tangan Rosebelle lebih menarik perhatiannya dari rantai tersebut.
"Apa ni?" Lengan Soobin diraih dan kedua-duanya diletakkan diatas tangan Soobin tanpa menjawab persoalan yang diujurkan.
"Tolong beri semula sampul tu pada ayah awak..dan rantai itu,saya tahu awak faham maksud saya kan?"
Raut wajah Soobin mula bertukar keruh. Dia dah dapat menganggak apa jawapan Rosebelle yang akan keluar nanti.
"Saya ta—"
"Arasseo.. Tapi,saya ada satu permintaan.."
Rosebelle cuma mengangguk sebelum berpeluk tubuh.
"Saya nak awak jauhkan diri dari Yeonjun, dia bahaya..saya tahu awak jauhkan diri dari saya sebab dia kan?"Soal Soobin dengan nada serius membuatkan Rosebelle tergelak kecil.
"Bwo?Yeonjun bahaya?saya rasa awak lagi bahaya..tolong hentikan semua ni Soobin. Yeonjun tak ada kena mengena dalam masalah antara kita.Jangan sakitkan dia" Rosebelle mengeluh perlahan sebelum mula berjalan ke arah motornya.Malas mahu melayan Soobin.
"Please Rose..jauhkan diri dari dia..dia bukan sebaik yang awak sangka—"
"Enough ..kalau awak tak tahu apa-apa tentang dia,jangan cakap macam awak dah kenal dia lama.."
Soobin meraup wajahnya kasar seraya satu keluhan berat dihela.Lengan Rosebelle diraih sebelum gadis itu ditarik ke dalam pelukannya.Rosebelle sudah meronta-ronta tetapi bunyi esak tangis Soobin buatkan dia terdiam.
"Please stay like this just a minute.." Rosebelle terdiam tetapi tidak pula dia membalas pelukan Soobin.Lelaki itu masih lagi menangis teresak-esak seolah melepaskan apa yang dipendamnya selama ni.
"I'm a fool right?tak pernah hargai awak sedangkan kita nak berpisah sekarang pun,awak masih lagi pinjamkan bahu untuk saya.."
Rosebelle masih lagi diam tanpa bersuara.Membiarkan sahaja Soobin berbicara sendiri.
Tanpa mereka sedari ,ada seseorang yang sedang sibuk mengambil gambar mereka berdua seraya saty senyuman sinis diukirkan.
"Mianheyo.. Saya gagal buat awak tersenyum semula.Tapi,saya harap awak tak akan pernah lupakan saya..saya harap awak dapat jumpa lelaki yang lebih baik dari saya.."
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
خيال (فانتازيا)+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop