Bab 18

87 23 7
                                    


Rosebelle pov-

"Belle,kami turun bawah kejap ya..nak bayar bil hospital..kamu kemas-kemas dulu apa yang patut." Kata mama dan mendapat anggukan dari aku.

Aku mengemas baju yang dibawa mama semalam ke dalam beg sementara menunggu surat cuti sakit dari doktor.Takdalah nanti cikgu tulis aku ponteng pula.

"Rose.."

Teguran seseorang buatkan aku toleh ke arahnya.Tanpa amaran,terus sahaja dia mendakap aku dengan erat.

"Yeon—"Aku terkaku.Sejak bila dia tahu aku ada dekat sini sedangkan Beomgyu pun tak tahu aku masuk hospital.

" Soobin?"Aku cuba tolak dia tetapi terus sahaja dia mengeratkan lagi pelukannya.

"Boleh tak lepaskan aku?rimaslah.." Kata aku lagi.

Dia menggeleng tanda tidak mahu.Aku pula sudah jadi tidak keruan.Tipu kalau aku kata aku tak rindukan pelukan dia.Perasaan yang aku cuba lupakan datang semula melalui pelukan hangat ini.

"Awak tahu tak saya risau sangat bila dapat tahu awak masuk hospital.. Kenapa tak beritahu saya?" Soalnya lembut seraya melepaskan pelukan secara perlahan-lahan.

"Buat apa saya perlu bagitahu awak?kita dah tak ada apa-apa pun.." Balas aku dingin.Dia mengeluh kecil lalu tersenyum semula.Barangkali cuba untuk bersabar dengan layanan dingin aku.

"Rose..saya dah cakap kan?bila semua ni dah reda,saya akan tambat hati awak semula.." Katanya dengan nada yang rendah.

"Apa yang awak cakap tak akan jadi kenyataan..awak lupa yang awak dah ada Lia?tolong jaga perasaan dia pula..Cukuplah awak dah beri harapan palsu dekat saya.."jawabku pula seraya menjauhkan diri darinya.

"Awak takkan faham..Lia dan awak berbeza..Tolong saya kalini,tolong tunggu saya.." Katanya lalu berjalan mendekati aku.

Aku mengeluh berat.Gambar Yeonjun di dalam galeri aku buka dan ditunjukkan kepadanya.

"Awak lupa?saya dah ada pengganti awak..dia jauh lebih baik dari awak Soobin..Cukuplah dengan semua drama ni.Saya memang tak akan faham awak sebab awak pun tak pernah cerita tentang masalah awak pada saya.Awak tak pernah jujur dengan saya Soobin.."

"Tapi,awak yang minta untuk putuskan hubungan ni..jadi salahkah saya nak betulkan balik hubungan kita?" Soal Soobin dengan nada yang agak bergetar.

"Saya buat semua ni sebab awak..saya tahu awak penat dengan hubungan rahsia ni..awak tak ingat apa yang awak cakapkan pada saya haritu?Saya nampak keikhlasan di mata awak untuk tamatkan hubungan ni walaupun awak kata ia gurauan.Betul kan apa yang saya cakap?"

Soobin menunduk lalu meraup wajahnya kasar.Dia sekadar berdiam diri seraya satu keluhan berat dilepaskan.

"Cukuplah Soobin..mungkin kita memang ditakdirkan untuk tidak bersama.Saya harap awak terima kenyataan itu..Saya yakin keputusan ayah awak buat tu ada baiknya untuk awak.." Aku memujuknya dengan nada mendatar.Muka ditoleh ke arah lain apabila aku lihat wajahnya bertukar muram.

Nasib baik katil hospital aku agak terlindung dari pesakit yang lain.Takda lah menganggu mereka.

Tanpa Rosebelle sedari,Yeonjun mendengar setiap perbualannya bersama  Soobin dari awal sehingga akhir.

Dia bersandar di dinding bersebelahan pintu masuk wad Rosebelle seraya memegang dadanya yang terasa sakit.

"Kenapa hati saya sakit setiap kali awak sedih Rose?"

.
.
.
.
.

"Haa,lepas ni dengar cakap Yeonjun tu..jalan tu tengok kiri kanan.."Bebel mama sebelum melangkah ke dapur.

Aku tersenyum nipis mendengar bebelan mama seraya mengangguk kecil.Beg pakaian aku angkat menuju ke tangga tetapi langkah aku terhenti apabila Yeonjun merampas beg di tangan aku dan menghadiahkan aku satu kenyitan mata.

Hish,tak habis-habis kenyit mata.Sakit mata ke apa dia ni?

Masuk sahaja bilik,aku terus merebahkan badan tanpa berfikir panjang dan menyebabkan tangan aku yang berbalut tu tertindih oleh badan aku sendiri.

" Auch..mama sakit..huuuu.."Aduku sebelum bangun semula dari pembaringan. Yeonjun yang mendengar jeritan kecil aku menuju kearah aku dengan cemas.

"Kenapa Rose?sakit dekat mana?" Soalnya lalu menilik kedua-duanya tangan aku.Aku menghulurkan tangan kiri yang berbalut ke arahnya.

Dia memegang tangan aku lalu meniup dengan lembut.

"Bibidi bubaabidibuu..fuh..okey dah?" Katanya lalu mengangkat muka kearahku.

Aku terkaku sebab jarak wajahnya terlalu hampir denganku.Lambat-lambat aku mengangguk.Weh,kenapa pipi ni terasa panas?

"Rose..saya nak tanya boleh?"

Aku mengangguk selepas menjauhinya sedikit.

"Betul ke saya dengar awak kata saya ni boyfriend Rose?Saya boleh bercinta dengan Rose ke?" Soalnya dengan nada teruja.

Aku agak terkejut dengan soalannya.Terus,aku berdehem kecil lalu menoleh ke arah lain.

"Mana kau dengar ni?" Aku soal dia balik.

"Err.." Dia mati kata untuk menjawab soalan aku.Tapi,aku pasti dia curi-curi dengar perbualan aku dengan Soobin.

"Ya..jadi kenapa?"

Dia terkejut mendengar balasan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia terkejut mendengar balasan aku.

"Yeonjun boleh bercinta dengan Rose?betul ke?"

Aku diam sementara berfikir mengenainya sekali lagi.Tangan Yeonjun aku capai sebelum meneruskan bicara.

TBC

A/n : Ada lagi ke pembaca FF ni?

Jangan lupa komen Dan vote sebab vote dan komen awak semua adalah pembakar semangat saya untuk menulis.Thank you.

[OG] Im Not A Cat || CYWhere stories live. Discover now