Rosebelle pov-
Aku capai tangannya sebelum satu keluhan halus dilepaskan. Nak cakap,rasa serbasalah pula.
"Macam ni..sebenarnya, aku nak kau jadi boyfriend pura-pura aku..tapi,itupun kalau kau setuju.." Sambungku lalu memandangnya penuh pengharapan.
Dia memandang aku dengan riak yang biasa.Lalu,satu senyuman nipis dan anggukan kepala menjadi jawapan buat permintaan aku.
Aku menarik nafas lega sebelum melepaskan pegangan di tangannya.
"Mianhe..aku terpaksa buat semua ni..aku harap kau faham.." Kataku lagi .
"Gwenchanayo..Rose tak perlu risau..Kalau dah tak ada apa-apa, saya nak masuk bilik dulu ya.." Pintanya sebelum melangkah keluar dari bilik aku.
"Yeonjun tunggu.." Panggil aku membuatkan dia berhenti di hadapan pintu bilik aku.
"Ya?"
"Erm..aku nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan aku.."
Kata-kata aku membuatkan Yeonjun senyum nipis.
"Tak apa.. Bukan masalah besar pun.."
"Bukan masalah besar?" Aku menyoalnya.
"Kita lupakan jelah apa yang berlaku hari tu..Rose berehatlah dulu ya.." Balasnya.Aku pula mengangguk akur.
Kemudian, aku kembali merebahkan badan ke atas katil sambil lengan kanan diletakkan di atas dahi seraya satu keluhan kecil dilepaskan.
Rosebelle, kenapa kau selfish sangat?
.
.
.
.
."Belle!!" Jeritan seseorang menyebabkan aku berhenti dari melangkah lalu menoleh ke arah empunya suara.Tak lain tak bukan,Ryujin.
"Weh,aku rindu gila dengan kau..kenapa masuk hospital tak bagitahu?" Soalnya buatkan aku tergelak kecil.
"Tak ada apa yang teruk pun.."Balasku pula.
" Ah,pasal lukisan kau..aku dah tolong siapkan tau..kau jangan risau. "Ujar Ryujin buatkan aku memaparkan riak terkejut.
" serius arh?weh,maaf sebab susahkan kau..padahal lukisan tu penting untuk kredit Ujian akhir tahun nanti..Thanks Ryu.."Kataku lalu memeluknya menggunakan tangan kananku.
"Bukan masalah besar pun..lagipun, bukan aku seorang je yang tolong siapkan..kebetulan, ada satu pelajar baru masuk kelab kita,lepastu tiba-tiba dia tawarkan diri untuk tolong siapkan lukisan kau waktu aku balik lewat haritu..Katanya dia kenal kau."
Penjelasan Ryujin buatkan dahi aku berkerut. Siapa pula orang tu?
"Oh,kalau macamtu..tolong cakap terima kasih dekat dia ya.." Kataku dan mendapat anggukan dari Ryujin.
.
.
.
.
.Aku berjalan ke kantin sambil memegang perut yang asyik bergendang dari dalam kelas lagi.
Sebaik sampai di kaunter kantin,aku nampak ramai pelajar perempuan kerumun dekat situ.
Semakin aku dekat,rupanya Yeonjun yang dikerumuni di situ.Aku ingat diorang nak membeli makanan ke apa,tapi lain pula jadi bila diorang asyik bertanyakan hal lain.Contohnya,
"Awak ada nombor telefon tak?" Soal salah seorang pelajar perempuan di situ.
Yeonjun pula sekadar tersengih sambil menggeleng kecil.
"Ish,kau ni..cuba tanya dia dah berpunya ke tak..baru boleh usha line.."Kata salah seorang rakannya pula.
Aku yang dari tadi memerhati sudah mula naik geram.
" Dah..dia dah ada girlpreng ..so what?"Soal aku sambil berjalan mendekati mereka.
Semua pelajar disitu mulai menunduk dan berjalan pergi dari situ.Barangkali meluat dengan aku sebab tiba-tiba menyampuk.
"Rose!nasib baik awak datang..saya nak buat kerja pun susah." Adu Yeonjun sambil mencebikkan bibirnya.
Aku hanya buat-buat tak tahu dengan dia Lantas beberapa bungkus onigiri diambil dan diletakkan di atas kaunter yang dijaga Yeonjun tersebut.
"Rose?kenapa masam je ni?" Soal Yeonjun. Aku hanya mendiamkan diri.Malas mahu menjawab.
Selepas membayar,aku terus pergi dari situ walaupun aku dengar Yeonjun masih lagi memanggil nama aku.
Sedang aku berjalan tanpa memandang ke hadapan,bahuku terlanggar seseorang dari arah depan menyebabkan bungkusan onigiri aku tadi terjatuh ke lantai.Nasib baik belum buka.
"Maaf sebab tak nampak noona .." Katanya sambil menunduk sopan.Aku hanya mengangguk kecil sebelum melangkah pergi dari situ tanpa menoleh ke arahnya.
"Rosebelle.." Bisiknya perlahan sebelum hujung bibirnya mula tersenyum sinis.
.
.
.
.
.Bungkusan onigiri yang dibeli tadi dibuka dengan rakus.Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh tahan tengok diorang asyik tanya Macam-macam dekat Yeonjun. Bizibodeh betul.
"Belle!weh,lama gila aku tak jumpa kau..ingatkan dah arwah." Tegur seseorang secara tiba-tiba sebelum mengambil tempat di sebelahku.
Aku jeling dia sekilas.Baru beberapa hari tak jumpa.Patutnya aku yang tanya dia macamtu.
"Kau ni over eh Gyu..macam mana dengan pertandingan kau tu..menang ke?" Soal aku sambil memandangnya.
"Eh mestilah menang..kalau tak tak adanya aku datang sini jumpa kau.." Balasnya sambil menepuk dada.Riak lah tu.
Tiba-tiba, Beomgyu terdiam apabila seseorang berjalan melintasi kami.Aku toleh dia dengan riak pelik.Tadi punyalah riuh macam murai tercabut ekor.
"Kau dah kenapa Gyu?" Tanya aku seraya memandang ke arah apa yang dilihatnya.
"Pelajar baru ke tu?tak pernah nampak pun.."
"Ya..tapi, aku dapat rasa ada satu aura negatif dekat dia.."
"Hahaha..kau buat lawak apa ni Gyu?"
"Aku tak buat lawaklah Belle..aku rasa dia tu sesuatu sangat..eh,nanti jelah aku cerita..rehat dah habis ni..ciao.."
Aku berdecit apabila dia terus berjalan meninggalkan aku dengan persoalan.
"Ish dia ni..dah buat orang curious.. Boleh pula tergantung macam ni.." Omelku sebelum turut bangun untuk pulang ke kelas.
TBC.
A/n:Agaknya siapa yang Beomgyu maksudkan tu eh?
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantasi+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop