Bab 38

56 19 4
                                    


Bunyi telefon yang berdering membantutkan langkah Rosebelle untuk berjalan masuk ke dalam kedai tteokboki di hadapannya.

"Erm..awak masuklah dulu..."Soobin hanya mengangguk sebelum berjalan kearah kedai tersebut.

Baru sahaja butang hijau mahu diseret, terus sahaja panggilan itu dimatikan. "Ish..matikan pula? Tertekan kot.."

Rosebelle mengeluh halus sebelum kembali menyimpan telefonnya ke dalam poket.

Baru setapak dia ingin melangkah, bunyi suara orang ramai yang terdengar seperti cemas menarik perhatian gadis itu.Kepala ditoleh ke sekililing namun perhatiannya beralih kearah yang ditunjukkan oleh orang ramai disitu.

"Rose!Hati-hati.. "Soobin berlari untuk mendapatkan gadis itu namun dia tidak sempat berbuat demikian kerana papan tanda tersebut terlebih dahulu jatuh menimpa Rosebelle.

Bagai mahu luruh jantungnya, dia terus berlari mendapatkan Rosebelle dengan riak panik. Papan tanda tersebut cuba diangkat namun perbuatannya terus terhenti apabila melihat seseorang yang bertelinga kucing sedang memeluk erat tubuh Rosebelle.

"Rose.. gwenchanayo? "Soal Soobin sambil menarik papan tanda tersebut ke tepi.

"Y-Yeonjun? "Rosebelle terus meleraikan pelukan Yeonjun seraya membuka skarf yang dililit di lehernya dan meletakkannya di atas kepala Yeonjun.

"Yah! Kau okey? "Sekali lagi Rosebelle menyoal apabila Yeonjun masih mendiamkan diri tanpa suara. Perlahan-lahan Yeonjun mengangguk sebelum tersenyum kecil.

Papan tanda itu diperbuat dari kayu dan agak berat tetapi riak wajah Soobin bertukar pelik apabila melihat Yeonjun langsung tidak terluka.

"Nasib kau tak apa-apa.. Mana topi kau? "Soal Rosebelle dengan riak wajah panik. Sesekali matanya melihat ke sekeliling-takut juga kalau sesiapa ternampak 'telinga' yang ada di atas kepala lelaki itu.

"Omo! Pakcik minta maaf ye nak.. Kamu ada luka dekat mana-mana ke? Nak pakcik bawa kamu ke hospital? "Pemilik kedai tersebut terus menerpa kearah mereka bertiga dengan riak yang risau diikuti anak lelakinya Yeontan yang dari tadi hanya menunduk.

"Gwenchanayo.. Pakcik tak perlu risau.. "

"Hish itulah kamu Yeontan.. Berapa kali appa nak pesan? Jangan ketuk-ketuk papan tu.. Sekarang tengok? Betul tak apa yang appa cakap tadi?Dah,cepat pergi minta maaf dengan mereka.. "

Yeontan mencebik. Walaupun usianya sudah mencecah 18 tahun namun perwatakannya tak ubah seperti seorang kanak-kanak berusia 8 tahun apabila ditegur ayahnya.

"mianheyo.. "Yeonjun sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Tak apa.. Sikit je ni.. "

Rosebelle segera menolong lelaki itu untuk bangun sebelum membersihkan bajunya yang sudah kotor terkena habuk kayu yang jatuh menimpanya tadi.

"Erm Soobin.. Lain kali kita ke festival tu ya.. Saya nak bawa Yeonjun balik rumah dulu.. "

Soobin tidak menjawab sebaliknya hanya menghadiahkan Rosebelle anggukan kecil dan segaris senyuman.Entah kenapa dia rasa sedikit kecewa tapi dia pantas menggeleng untuk menghilangkan perasaan tersebut.

"Tak semua yang kita suka akan kita miliki.. Begitu juga dengan awak Rose.. Saya harap Yeonjun dapat jaga awak dengan baik dan tak ulangi kesilapan saya.. "Monolog Soobin sendiri sambil memerhati Rosebelle dan Yeonjun yang sudah jauh dari tempat dia berdiri.

Nafas ditarik dan dihembus sebelum melangkah kearah yang bertentangan.

.
.
.
.
.

"Yaish.. Macam mana kau boleh ada dekat situ hmm? Nasib baik kau tak luka teruk. Cuma lebam sikit dekat dahi ni.. "Bebel Rosebelle sambil menolong menuam ais di dahi Yeonjun.

Lelaki itu tersenyum menampakkan giginya. Rosebelle pula sudah menjungkitkan kening sebelahnya kehairanan.

"Eh? Orang marah pun senyum? "

"Taklah.. Cuma saya rasa Rose comel bila marah macamtu.. "Aktiviti gadis itu terus terhenti apabila Yeonjun memujinya.

Pita suara dibetulkan sebelum kembali menyambung menuam ais di tempat yang lebam tersebut.

"Rose.. Boleh saya tanya satu soalan? "

Gadis itu diam sebelum mengangguk.

"Selepas putus dengan Soobin.. Rose ada sukakan sesiapa tak? "Soalan cepumas dari Yeonjun buatkan Rosebelle tersedak air liur sendiri.

"Uhuk.. Soalan apa yang kau tanya ni? "Tuala ais yang dipegang terus diletakkan ke tepi sebelum membetulkan kedudukannya memandang ke hadapan.

Gadis itu tak berani mahu bertentang mata dengan Yeonjun. Salivanya juga ditelan payah sebelum menggeleng dengan ragu-ragu.

"JINJJA? "

jeritan kecil Yeonjun mengejutkan Rosebelle. "Yah! Perlahankan sikit suara tu boleh tak? "

"mian.. Tapi betul ke? "soal Yeonjun lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Aish..tak percaya sudah. "

"Kalau macamtu.. Rose.. "Panggil Yeonjun buatkan gadis itu memandang kearahnya.

"Saya tahu semua ni mengejut.. Tapi, saya cuma nak awak tahu yang saya sukakan awak.. Kalau boleh,saya nak jadi orang yang selalu ada di sisi awak.. Tapi, saya tahu itu mustahil sebab kisah kita tak sama dengan kisah dongeng yang lain.. "

Yeonjun mengeluh perlahan selepas menjedakan ayatnya.

"Cukup bagi saya kalau awak tahu perasaan saya sebelum semuanya terlambat.. Saya tahu bukan senang awak nak terima saya ditambah pula kita berada di dua dunia yang berbeza.. "

"Pertemuan kita bukanlah satu kebetulan atau keajaiban..tapi ianya takdir yang tak dapat kita jangkakan. Saya gembira dengan pertemuan ini Rose.. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku kepada saya.. '

"Terima kasih sebab ajar saya erti rasa cinta yang sebenar walaupun saya tahu cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan. Saya tak kisah jika saya hilang terus dari dunia ni asalkan awak tahu perasaan saya. Iti pun dah memadai.. "

Rosebelle tersentak.Lidahnya terkelu untuk membalas apa-apa. Sepatutnya dia membantu Yeonjun untuk rungkaikan sumpahan itu sepenuhnya dengan menemukannya cinta sejati. Tapi-

'Apa yang aku dah buat ni? Aku langsung tak pernah layan dia dengan baik.. Tapi dia tetap setia melindungi aku walaupun aku berkasar dan pentingkan diri sendiri.. 'Getus hati kecilnya. Melihat Yeonjun terseksa dengan sikap egonya buatkan perasaan bersalah semakin menggunung.

"Yeonjun.. Aku minta maaf sebab pentingkan diri selama ni.. Sebenarnya ada benda yang kau perlu tahu.. dan apa yang aku nak cakapkan ni, memang ikhlas dari hati aku.. "

Yeonjun mula memberi perhatian kepada gadis itu. Rosebelle menarik nafas dalam sebelum menghembusnya.

"Yeonjun..Sebenarnya aku su—"

"CHOI YEONJUN! "

TBC.

[OG] Im Not A Cat || CYWhere stories live. Discover now