Dengar sahaja ada sesuatu menghentak punching bag, Umairah lantas sahaja bangkit dari katilnya. Hoodie diambil dan diikat bagi menutup kepalanya. Senyumnya melebar sehingga ke telinga. Perlahan-lahan gadis itu menapak ke bilik abangnya. Pintu dibuka tanpa sebarang bunyi agar abangnya yang baru pulang hari ini tidak terjaga. Sliding door transparen ditolak dan gadis itu menapak keluar ke bahagian belakang rumahnya.
"Hehe." Umairah ketawa kecil kerana berpuas hati. Kerusi yang memang ada di situ dipanjat. Maka terserlahlah figura yang selalu mendebarkan jantungnya. Seperti biasa, Hilman sedang mengasah bakat bertumbuknya di belakang rumah.
"I cannot!" Bisik Umairah lagi. Jantungnya berdegup bagai nak gila. Visual Hilman sangat menarik hatinya. Luaran nampak sekeping, sekali buka baju-- pergh! Enam pack ada. Setiap malam, inilah kerja seorang Umairah. Kalau mak dan ayahnya tahu, memang kena bedal dengan rotan. Macam pervert pun ada!
"Maira!" Umairah kaget. Hampir sahaja dia jatuh dari kerusi apabila dua suara bergema. Lantas sahaja Umairah menoleh ke belakang. Aish! Mamat tu dah bangun. Kepalanya kembali menoleh ke depan. Hilman pun sudah perasan dengan kehadirannya. Matilah nak!
"Kau buat apa?" Tanya Imran dengan kasar. Umairah meneguk liur. Tidak mampu menjawab sebaliknya hanya diam seribu bahasa. Lidahnya kelu. Imran lantas memanjat pagar untuk memeriksa.
"Hilman!" Tegur Imran tatkala susuk tubuh Hilman dilihat. Hilman mengerutkan dahinya sebelum mengangkat tangannya, menyapa Imran kembali.
"Bila balik?" Tanya Hilman. Jejaka itu lantas memanjat pagar dan duduk di sebelah Imran. Maklumlah, pagar agak tebal. Boleh duduk, selalu jadi port lepak sejak kecil.
"Baru je." Mereka mula bertukar cerita. Masing-masing mula lupa kehadiran Umairah di situ. Umairah lagi suka, boleh usha Hilman lama-lama. Matanya langsung tidak berkelip memandang Hilman yang sudah berbaju. Asal dia nampak aku je, mesti berbaju. Bukak jelah baju tu, aku dah nampak pun. Omel Umairah dalam hati.
Puk! Umairah mengaduh kesakitan. Dahinya dipegang. Disebabkan tamparan yang agak kuat, matanya sedikit berair menahan sakit.
"Pergi tidur." Ujar Imran, tegas.
"Tak nak." Balas Umairah sambil mencebik.
"Okay esok aku bagitahu mak, kau skodeng anak teruna orang." Balas Imran bersahaja. Hilman buat tak tahu, mungkin tidak mahu masuk campur. Umairah merengus geram.
"Mana ada. Orang tak skodeng Bang Ngah--"
"Haah. Maira tak pernah skodeng Bang Ngah. Tapi-- dia curi-curi tengok Bang Ngah setiap hari." Pintas Hilman. Kononnya nak backup Umairah namun ayat terakhirnya lebih kepada mengadu. Muncung Umairah semakin panjang.
"Seriouslah? ALLAH, malunya aku ada adik macam ni. Esok aku bagitahu mak." Imran pula menyahut. Mengikut rentak Hilman. Sengaja mahu menyakat Umairah.
"Bang Ngah dengan Along ni kan! Ish. Yelah, Maira masuk tidur." Umairah membentak. Gadis itu berlalu ke biliknya sambil menghentakkan kaki.
"Sorry tau Ngah. Aku pun tak tahulah macam mana nak ajar dia tu. Penat nak cakap dia dah besar panjang. Tak boleh nak macam dulu dengan kau." Ujar Imran setelah kelibat Umairah hilang. Dari kecil, Umairah memang sangat rapat dengan Hilman. Kalau sehari tak jumpa Hilman, memang akan meraung bagai nak rak. Kalau bercakap, ada sahaja nama Hilman meniti di bibir, lebih dari abang sendiri.
Masih segar di ingatan ketika Hilman dapat menyambung pelajarannya di negeri lain. Seminggu menangis dan mogok lapar. Puas dipujuk, tak jalan! Hilman pujuk, baru jalan.
"Aku pun dah pesan banyak kali kat Maira. Tapi dia masih macam tu. Mungkin kita patut try lagi." Balas Hilman sambil menggeleng kepalanya. Dah anggap macam adik pun, masih bukan adik betul. Masih ada batas yang perlu dijaga.
-----
How?
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight