Sembilan

6.7K 529 8
                                    

"Before kereta gerak, Maira decide nak pergi mana." Hari ini, walaupun agak kekok, Hilman cuba membiasakan diri ketika bersama seperti Umairah seperti waktu dahulu. Keningnya dijungkitkan dan senyum manisnya diukir. Umairah terpana. Sudah lama tidak berada sedekat ini dengan Hilman. Selama ini, Hilman hanya memberi riaksi dingin, 180 darjah berbeza dengan hari ini.

Senyum manis Hilman direnung lama. Senyum itu yang sudah lama tidak di lihat. Sejak masing-masing besar panjang, belajar jauh. Mana pernah mereka luangkan masa bersama lagi. Sungguh, Umairah rindu.

"Maira?" Tegur Hilman lagi apabila tidak mendapat sahutan daripada Umairah. Wajah Umairah direnung. Tanpa disangka, anak mata mereka bertaut. Lantas sahaja Umairah mengalihkan anak matanya dari terus bertentangan dengan anak mata Hilman. Umairah berdehem untuk menghilangkan debar di dadanya. Hilman juga menggigit bibirnya. Rasa lain. Bukan macam waktu dulu.

"Maira ikut Bang Ngah je." Jawab Umairah selepas berdiam diri selama beberapa saat.

"Ala, Maira lah pilih. Bang Ngah tak tahu Maira nak pergi mana. Bang Ngah janji, Bang Ngah follow je." Hilman mengukir senyum lagi. Hal itu menyebabkan jantung Umairah berdegup lebih kencang sehingga telinga sendiri mampu mendengar rentak degupan jantungnya.

Bang Ngah-Maira. Umairah menunduk sambil senyum. Dah lama tak dengar. Sejak akhir-akhir ni, Hilman lebih gemar menggunakan kata ganti diri aku-kau.

"Tapi--"

"Mana-mana je. Bang Ngah drive." Umairah berfikir sejenak. Dalam berfikir sempat jugalah Umairah mencuri pandang ke arah Hilman. Too attractive to handle.

"Pantailah. Dah lama tak pergi pantai." Hilman mengangguk akur. Mengikut sahaja permintaan Umairah.

"Okay jom." Kereta yang dinaiki oleh Hilman dan Umairah akhirnya meluncur di atas jalan raya, menuju ke pantai terdekat. Hilman sempat mengerling ke arah Umairah sambil menguntum senyumnya.

Tak sangka, Umairah dah dewasa. Terasa cepat berlalu. Betapa masa menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Hilman mengeluh perlahan.

"Kenapa tu?" Umairah bertanya tiba-tiba. Laju sahaja Hilman menggeleng.

"Takde apa. Eh by the way--"

"Ya?" Umairah menyahut pantas.

"Ingat tak dulu-dulu, Maira suka sangat bonceng basikal Bang Ngah. Asal nak pergi mengaji je, mesti bonceng Bang Ngah. Bang Ngah cuti sunat pun, Maira cuti mengaji sekali." Tanpa disangka cerita itu keluar dari mulut Hilman. Itu baru satu, belum keluar yang lain. Kalau kira peratusan, baru 0.001 peratus.

"Mana tak ingat. Padahal Along pun bawak basikal. Angah pun. Degil je nak bonceng Bang Ngah. Maira paling tak boleh lupa, yang kita dua masuk longkang. Masa tu Maira darjah enam eh? Gara-gara masa tu Maira berisi. Bang Ngah tak larat nak bawak." Tawa Umairah bergema dalam kenderaan itu. Begitu juga dengan tawa Hilman. Masing-masing mengimbau kembali kenangan ketika mereka masih kanak-kanak.

"Macam-macam kan kita dulu?" Sambung Hilman dengan sisa tawanya. Umairah mengangguk.

"How I wish I can get back to that time." Ujar Umairah. Ketawanya sudah mata. Matanya mula berkaca-kaca. Bang Ngah dulu yang dirindu. Bang Ngah sekarang walaupun semakin handsome tak sama macam Bang Ngah yang dulu. Hilman mati kata.

---

Sorry lambat geng. Busy sikit.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now