Umairah menapak ke dapur, mencari Puan Hani yang mungkin sedang memasak. Dalam hatinya masih berdolak dalih untuk bertanyakan hal 'merisik' kepada Puan Hani. Bimbang itu cuma kata-kata palsu yang keluar dari mulut Imran. Bukan boleh percaya!
Namun separuh hatinya sudah mempercayai kata Imran setelah Hilman menunjukkan usahanya. Semalam I love you, hari ni confession. Hatinya Umairah berbunga riang. Daripada tadi wajahnya membahang setiap kali memikirkan tentang hal itu. Macam mimpi!
"Nak pergi mana tu?" Dwngar sahaja suara Puan Hani, Umairah lantas berhenti menapak dan menoleh ke arah ruang tamu. Kelihatan Puan Hani sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil makan maruku. Umairah teguk liur dan menapak mendekati Puan Hani.
"Mak--" Umairah hanya mampu menyengih tatkala tidak mampu menyambung ayatnya. Gadis itu lantas sahaja menundukkan wajahnya. Tidak mampu menatap wajah Puan Hani. Entah macam singa entah tidak. Takut! Beberapa saat kemudian, wajah Puan Hani dipandang senyap-senyap. Nampak macam serius. Habislah aku. Gumam Umairah sendiri.
"Tahu tak Bang Ngah masuk merisik?" Pertanyaan itu menyebabkan senyumnya terukir namun segera senyumnya disembunyikan. Maka benarlah apa yang Imran katakan tengah hari tadi. Apa ni Bang Ngah? Dalam satu hari, semua dia bagi! All out bak kata mat salleh. Wajah Umairah semakin membahang.
"Mak tanya ni--"
"Ta--tahu, mak. Along bagitahu." Sahut Umairah sambil tergagap. Puan Hani ketawa kecil sebelum menarik Umairah ke dalam pelukannya.
"Suka lah tu?" Soal Puan Hani sebelum meleraikan pelukannya. Keningnya dijungkitkan dengan senyuman yang masih mekar dibibirnya. Melihat senyuman dibibir emaknya, Umairah tidak mampu lagi menahan kegembiraannya. Senyuman mekar diukir.
"Mak cakap apa?"
"Mak cakap nak tanya Maira dulu. Macam mana? Nak Bang Ngah?" Tangan Umairah diraih lalu digenggam seeratnya. Malu-malu Umairah mengangguk perlahan.
"Hari tu kata nak move on?" Puan Hani sempat menyakat anak bongsunya itu.
"Hari tu lain cerita. Ni dah jadi macam ni, kita start cerita baru." Jawab Umairah. Puan Hani ketawa lagi. Terhibur dengan jawapan nakal anaknya itu.
"Ibu cakap, kalau awak setuju, Bang Ngah nak tunang dulu. Dia tak nak awak kena caras dengan orang lain. Cool jugak Bang Ngah awak ni, kan?" Puan Hani menyakat Umairah lagi. Wajah Umairah semakin memerah. Malu! Umairah menunduk sahaja.
"Mak-- malulah Maira."
"Acah malu. Setiap malam skodeng anak teruna orang tak malu?"
"Mana mak tahu?" Soal Umairah, kaget.
"Siapa je tak tahu? Ibu pun tahu awak malam-malam skodeng anak dia. Itu yang nak awak kahwin dengan Bang Ngah cepat-cepat. Risau kami." Umairah teguk liur. Kenapa hari ni macam-macam jadi? Tak tahu kat mana dah nak sorok muka kalau jumpa Puan Diana lepas ni.
"Sorry, mak." Umairah menyengih. Puan Hani hanya menggeleng dengan senyumnya masih terukir dibibir.
"Betul-betul setuju ni? Nanti mak bagitahu ibu." Puan Hani menyoal lagi untuk kepastian. Umairah anggukkan kepalanya.
"Eh bila Maira nak balik uni?"
"Dah pukul berapa ni?" Dengar sahaja soalan daripada Puan Hani, Umairah segera mengerling ke arah jam. Liurnya diteguk. Habislah, dah lambat. Segera gadis itu berlalu ke biliknya untuk bersiap. Usai bersiap, telefonnya diambil, memeriksa pesanan yang diterima.
Hilman_
Jom balik sekali.
Bang Ngah hantar Maira balik.
Tak semenanya senyum Umairah melebar. Apa ni Bang Ngah? Eyy jangan sweet sangat! Gumam Umairah dalam hati dengan gembira. Sedang asyik melayan perasaan, pesanan daripada Hilman diterima lagi.
Hilman_
Jom.
Bang Ngah tunggu kat luar.
Dah cakap kat mak dah.
"KYAAAAAAA!" Umairah menjerit sedikit kuat sebelum berlalu ke arah cermin. Tudung dirapikan. Puas dengan penampilannya, gadis itu mencapai beg dan berlalu keluar dari bilik. Macamlah tak pernah selekeh depan Hilman. Hari-hari selekeh! Pakai hoodie je. Itupun rembat Irwan dan Imran punya. Pagi tadi pun jumpa Hilman tak mandi!
"Mak, Maira gerak dulu." Tangan Puan Hani di salam sebelum menapak keluar dari rumah. Di luar perkarangan rumah Umairah, Hilman sudah menunggu dalam kereta.
"Maaf lambat." Ujar Umairah setelah lolos ke dalam perut kereta.
"Its okay." Hilman kenyitkan matanya. Umairah berdehem seketika dek jantungnya berdegup kencang. Mata sepet pun nak kenyit-kenyit ke? Gumam Umairah dalam hati. Pura-pura tidak suka padahal suka! Masing-masing mula janggal.
"Seatbelt."
"Huh?"
"Seatbelt." Ulang Hilman seraya menarik seat belt dan dipakaikan untuk Umairah. Umairah kaku. Tidak menyangka jaraknya dengan Hilman sedekat ini. Godaan apakah ini? Umairah teguk liur. Bang Ngah buat hal!
"Done." Ujar Hilman dengan senyum manisnya. Umairah sudah tidak keruan. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.
"Uish, chik! Kau bau tak?" Tib-tiba satu suara merosalkan suasana bahagia antara Umairah dan Hilman. Masing-masing menoleh ke belakang. Tanpa izin, Irwan dan Harraz sudah menjadi penumpang di belakang.
"Bau apa?" Soal Harraz, blur.
"Love is in the air." Ujar Irwan sebelum disambut oleh gelak ya sendiri. Harraz yang baru mengerti turut menghamburkan tawanya. Umairah tertunduk malu manakala Hilman hanya senyum dan menggeleng.
"Wahai Bang Ngah, bakal adik ipar Angah, izinkan kami menumpang. Tak berniat nak menganggu sebenarnya tapi itulah niatnya." Irwan menepuk bahu Hilman dengan selamba. Umairah makin hilang kata-kata. Malu bukan kepalang. Dahlah Hilman ada sebelah.
"Sorry Bang Ngah. Sorry Maira. Kita sejalan je. Sharing is caring gitu." Harraz pula menambah.
---
Do check stories;
He Is My Saviour - billanajwa
I Love You Forever - TiyaBella
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight