Jam tiga pagi, Umairah masih tidak dapat melelapkan matanya. Rasa terujanya setelah memerika keputusan tawaran universiti sebentar tadi masih belum hilang. Sungguh gadis itu tidak menyangka pilihan pertamanya terpilih. Course yang diminati, lokasinya pula hanya hampir sejam dari rumah. Takdelah jauh sangat.
Buk!
Buk!
Buk!
Lantas sahaja Umairah bangkit dari baringnya. Bunyi ini sememangnya familiar dengan telinganya. Hilman sedang bertumbuk. Umairah lantas mencapai hoodienya dan lantas bergerak ke bilik Imran. Dengan penuh berhati-hati gadis itu mengatur langkah ke arah sliding door.
Perlahan-lahan sliding door dibuka dan sebelah kakinya sudah keluar dari bilik itu. Senyumnya lantas sahaja terukir. Selipar Imran disarung dan langkahnya diatur menuju ke arah port biasanya. Walaupun beberapa kali kerusi itu dialih oleh Imran dan Irwan, kerusi itu tetap akan kembali ke tempat asalnya. Umairah punya kerjalah.
Telefon ditangannya digenggam erat. Jelas dimatanya Hilman sedang menumbuk dan menyepa punching bag dengan sekuat hatinya. Namun tidak lama selepas itu, jejaka itu jatuh terduduk. Keluhannya terluah. Umairah terkedu. Sungguh, gadis itu tidak pernah melihat Hilman dala keadaan sebegitu.
"Maira--" Umairah kaget ketika namanya diseru. Liurnya diteguk. Ternyata Hilman sudah perasan dengan kehadirannya. Lantas sahaja jejaka itu mengambil bajunya dan dipakai bagi menutup bahagian tubuhnya yang terdedah. Jejaka itu lantas sahaja berlalu ke pagar dan merenung gadis di hadapannya.
"Bang Ngah, hehe Maira nak ambik angin je." Umairah memberi alasan yang dijana otaknya. Hilman ketawa kecil sambil menggeleng.
"Dah pukul tiga pagi. Ambil angin apanya? Dah pergi tidur." Hilman menoleh dan mula menapak meninggalkan Umairah untuk kembali ke biliknya.
"Jap."
"Apa lagi?" Hilman jungkitkan keningnya.
"Bang Ngah okay?" Soal Umairah. Hilman memgukir senyumnya seraya mengangguk.
"Okay je. Dah pergi masuk rumah. Nanti Bang Ngah report Along baru tau." Umairah segera memuncung. Gadis itu lantas sahaja menuruni kerusi. Asyik-asyik nak report Along.
"Good night, Maira." Ujar Hilman lagi. Umairah tidak membalas sebaliknya menapak masuk ke dalam bilik Imran kembali.
"Tiga pagi pun nak skodeng anak teruna orang?" Sergah Imran yang tiba-tiba muncul dimuka pintu. Umairah terperanjat sehingga jatuh terduduk. Jantungnya bagaikan nak luruh.
"Along--"
"Masuk bilik. Berapa kali Along nak pesan? Kau tu dah besar panjang. Tak elok masa-masa macam ni keluar rumah jumpa lelaki. Walaupun kau rasa selamat dengan Bang Ngah kau tu, dia tetap bukan abang kau. Macam mana lagi Along nak pesan? Dah pergi tidur." Suara Imran agak tegas kedengaran pada kali ini. Umairah meneguk liur. Gadis itu segera bangkit dan berlalu ke biliknya. Nafas ditarik panjang sebelum gadis itu kembali berbaring.
Kata-kata Imran terngiang-ngiang ditelinganya. Semuanya benar belaka. Cuma Umairah masih lagi terikut-ikut cara zaman kanak-kanak yang tiada batasan. Kanak-kanak yang masih belum akil baligh. Umairah mengiring ke kanan dan ke kiri sebelum gadis itu terlelap dengan sendirinya.
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight