Tiga Belas

6.3K 486 2
                                    

Usai sahaja menunaikan solat subuh, Umairah mengenakan hoodienya. Tudung dipakai dan gadis itu nenapak keluar dari bilik menuju ke luar rumah. Langkahnya terhalang dek ada seseorang memegang hujung hoodienya. Umairah menoleh.

"Kau nak pergi mana?" Suara Imran menyapa gegendang telinganya. Umairah buat donno. Tiada mood untuk menjawab. Tangan Imran ditarik agar melepaskan hoodienya.

"Oi Along tanya ni."

"Nak jogging." Jawab Umairah pendek. Earphone dikeluarkan dan lantas sahaja diletakkan ditelinganya. Lagu dipasang, tidak mahu mendengar kata-kata selanjutnya yang bakal keluar dari mulut Imran. Kakinya diatur ke arah rak kasut. Kasut dipakai dan gadis itu menapak ke luar rumah. Suasana yang masih lagi sedikit gelap tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.

Senaman memanaskan badan dilakukan sebelum memulakan aktiviti joggingnya, seperti setiap hari. Namun bezanya hari ini, Umairah menggunakan jalan yang bertentangan. Tidak mengikut laluan yang selalu dilalui oleh Hilman. Gadis itu tidak mahu terserempak dengan Hilman.

Jawapan yang diterima semalam sangat menyakitkan hatinya. Hatinya bagai dilumat sehingga hancur. Perit untuk ditelan kenyataan yang Hilman hanya memandangnya sebagai seorang adik. Sakit sehingga seharian dia menangis semalam. Kenapa dia tak pernah pandangan ku sebagai perempuan?

Dan-- kenapa aku suka dia lebih dari seorang abang? Kalau tak, mesti tak sakit macam ni. Gumam Umairah sendiri. Sedang asyik melayan perasaan, ada seorang lelaki mula mengatur lariannya seiring dengan langkah Umairah. Umairah kaget lantas sahaja berhenti melangkah ketika mendengar derap langkahnya. Liurnya diteguk.

Takut diapa-apakan lelaki tadi. Tambahan pula dia seorang diri. Gadis itu mengundur ke belakang setapak demi setapak. Perlahan-lahan agar jejaka itu tidak perasan dengan tindakanya.

 Perlahan-lahan agar jejaka itu tidak perasan dengan tindakanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Morning, Maira." Jejaka itu turut menghentikan langkahnya dan lantas sahaja menoleh memandang ke arah Umairah. Senyum manisnya diukir. Umairah menghentikan langkahnya. Wajah sang jejaka direnung lama. Hairan kerana dia mengetahui namanya.

Umairah menggeleng perlahan. Wajah jejaka itu direnung lagi. Sungguh otaknya tidak mampu mencari wajah sang jejaka dalam kotak memorinya. Stalker ke ni?

Aish. Tak mungkin. Baru sahaja berura-ura untuk membuka langkah meninggalkan jejaka itu, satu suara menyapa gegendang telinganya.

"Hoi!" Umairah menoleh ke belakang. Hilman. Dalam keadaan cemas ini, Umairah laju sahaja mendekati Hilman. Tentang hal semalam ditolak ke tepi dek rasa takutnya mula menguasai.

"Bang Ngah, Maira takut." Adu Umairah. Gadis itu cuba bersembunyi di belakang Hilman. Baju Hilman digenggam erat menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now