"Korang pilihlah dulu. Aku keluar jap. Nak pergi tandas." Hilman menapak keluar dari kedai tersebut. Kakinya lantas sahaja di atur menuju ke tandas. Namun langkahnya tiba-tiba terhenti. Liurnya diteguk. Matanya dipejam celik beberapa kali. Senyum sinisnya laju sahaja terukir. Telefonnya diambil dari poket seluar. Nombor yang tertulis 'Baby ❤️' didail.
"Hi Baby." Hilman mengepal tangannya. Panggilannya bersambut dan tertanya wanita yang dilihatnya juga sedang menjawab panggilan telefon.
"You kat mana?" Suaranya cuba dikawal agar kedengaran biasa sahaja. Giginya diketap kuat ketika jawapan dari Azreen diterima.
"Kat rumah? Kenapa I nampak you kat Mall? Cuba you toleh belakang." Senyum pahitnya terukir ketika wanita itu benar-benar menoleh ke arahnya. Benar, itu adalah Azreen. Tangan gadis itu yang sedang memeluk lengan seorang jejaka lantas sahaja terlerai.
"Kita putus. Semoga you bahagia." Tuttt. Hilman memutuskan panggilannya. Lantas sahaja jejaka itu berlalu ke tandas. Sungguh air matanya tidak mampu di tahan. Masuk sahaja ke salam tandas, jejaka itu menangis sepuasnya. Hampir lima tahun menjaga cinta, akhirnya kecurangan sang gadis terlihat di hadapan matanya.
Lama jejaka itu menangis. Setiap kenangan bersama Azreen bermain dibenaknya. Tak sangka. Sungguh Hilman tidak menyangka hubungan mereka berakhir begini.
Lelaki itu, bukan abang Azreen. Lelaki itu, kawan sekelas mereka. Hilman kenal! Kenapa dia buat aku macam ni? Wajahnya ditekup perlahan. Telefonnya tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Azreen. Panggilan itu langsung tidak dihiraukan.
Telefonnya berbunyi lagi, namun kali ini terteran nama Bang Long. Nak tak nak, panggilan itu dijawab.
"Ya. Hm Bang Ngah turun kejap lagi dengan diorang." Air matanya disapu sebelum menapak keluar. Jejaka itu sempat mengerling wajahnya di cermin. Matanya yang sepet semakin menghilang. Sembap. Sunglasses dikeluarkan dari poket seluarnya dan dipakai. Bagaikan tiada apa berlaku, Hilman menapak keluar dari tandas.
"Aku turun bawah, food court. Maira dengan Bang Long ada kat bawah." Usai memaklumkan hal itu epad Imran, Hilman mematikan panggilannya dma berlalu ke food court. Dengan cermin mata hitam itu, Himan sukar mencari kelibat Umairah mahupun abangnya.
"Bang Ngah, sini!" Kedengaran suara Umairah memanggilnya. Lantas sahaja kakinya diatur setelah mendapati Umairah sedang duduk di meja panjang paling hujung.
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight