[Ending]

9.5K 544 160
                                    

Umairah tarik nafas sedalam mungkin. Walaupun jantung berdegup kencang, wajahnya cuba ditayang riak tenang. Gadis itu cuba berlagak biasa walhal dadanya bagai nak pecah. Senyuman paling manis diukir sebelum membuntuti langkah Puan Hani. Saat pintu dibuka, keluarga Hilman sudah berada di depan pintu.

"Masuklah Kak Diana." Pelawa Pua. Hani seraya bersalaman dengan keluarga Hilman. Umairah menurut sahaja setiap tingkah laku ibunya. Saat gadis itu bersalaman dengan Puan Diana, tak semenanya wanita itu menariknya ke dalam pelukan.

"Ibu suka sangat Maira bakal jadi menantu ibu." Bisik Puan Diana sambil menepuk belakang badan Umairah. Wajah Umairah sudah membahang. Adegan itu menjadi tumpuan orang ramai. Tidak lupa ada yang mengambil gambar sebagai kenangan.

"Thank you ibu." Jawab Umairah sambil menyengih. Pelukan dileraikan dan masing-masing mula menapak ke ruang tamu. Umairah mengambil tempat duduk disebelah Puan Hani. Tanpa banyak membuanh masa, majlis pertunangan antara Hilman dan Umairah berlangsung dengan jayanya. Usai sesi musyawarrah tentang tarikh majlis perkhawinan, mereka dihidangkan dengan makanan yang disediakan oleh Puan Hani.

Menurut perbincangan antara keluarga Umairah dan Hilman, perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada tahun depan. Tarikh itu juga sudah menjadi persetujuan antara Umairah dan Hilman sendiri.

Umairah_

Bang Ngah, jumpa jap.

Umairah bersalaman dengan beberapa tetamu sebelum perlahan-lahan menapak ke bilik Imran untuk ke bahagian belakang rumahnya. Senyumnya sudah melebar sehingga ke telinga.

"Assalamualaikum orang sebelah!" Ujar Umairah sambil memanjat kerusi. Bertuah punya perangai, berkurung ayu tapi elok memanjat kerusi. Hilang ayu!

"Waalaikumussalam baby sebelah." Sahut Hilman yang turut muncul di sebalik pagar rumahnya. Masing-masing senyum sampai ke telinga ketika bersua muka. Mereka senyap seketika, hanya berbalas renungan dan senyuman.

"Tengok ni Bang Ngah, Maira dah ada cincin." Umairah mengangkat tangannya untuk menunjukkan cincin pertunangan mereka.

"Mana? Mana? Cantiknya cincin. Siapalah tunang Maira yang bertuah tu ya?" Hilman melayan sahaja karenah Umairah sebelum tergelak kecil. Umairah turut ketawa.

"Adalah, jiran rumah Maira. Bang Ngah kenal tak?"

"Macam kenal. Budaknya handsome kan?" Hilman jungkitkan keningnya, memuji dirinya sendiri.

"Perasan lah Bang Ngah ni." Nadanya berbunyi marah namun wajahnya masih terukir senyum. Hilman menyeluk poket seluarnya dan satu kotak segi empat dihulurkan kepada Umairah.

"Apa ni?" Soal Umairah seraya mengerutkan keningnya.

"Cincin tu dari ibu. Ini dari Bang Ngah sendiri." Kotak baldu itu dibuka dan seutas gelang tangan emas dikeluarkan. Umairah ternganga dek tidak menyangka dengan pemberian itu. Gelang tangan dan wajah Hilman direnung bergilir sebelum senyum nakalnya diukir.

"Pakaikan?" Pinta Umairah sambil menyengih.

"Tak boleh. Tak halal lagi. Nanti Along bantai Bang Ngah. Maira pakai sendiri, okay?" Laju sahaja Hilman menolak, masih menjaga batas antara mereka. Umairah mengangguk sahaja. Faham sebenarnya, saja nak menyakat. Gelang itu dipakaikan di tangannya. Sedang elok, tidak longgar dan tidak ketat. Cantik!

"Thank you Bang Ngah."

"Sama-sama baby." Umairah tunduk malu apabila dibahasakan sebagai baby oleh Hilman. Mulut Hilman ni, memang manis teruk. Rugi betul Azreen curang. Tapi takpelah, sekurangnya Umairah ada chance dengan Hilman.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now