Empat Puluh Satu

6.9K 559 52
                                    

Baru sahaja menapak masuk ke dalam biliknya, kedengaran bunyi sesuatu mengenai permukaan punching bag menyapa gegendang telinganya. Hilman masih dengan hobinya. Masih bertumbuk macam biasa. Umairah melabuhkan punggungnya. Sepatutnya dia pulang ke hostel namun semuanya mengajak pulang ke rumah. Nak tak nak, gadis itu turutkan jua.

Muiz pula meminta diri untuk pulang selepas habis menonton wayang. Katanya ada hal yang perlu diselesaikan. Umairah yakin Muiz bergegas pulang kerana abang-abangnya. Entah apalah mereka tanya dan katakan kepada Muiz pagi tadi. Peristiwa dalam panggung wayang kembali terlayar di benaknya.

"Nak pergi mana tu?" Soal Imran sambil cekak pinggang. Wajahnya sedari tadi langsung tidak terukir sebarang senyuman. Umairah yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Jane, masih syok bersembang dengan Jane tanpa menghiraukan Muiz. Mungkin terleka berkongsi cerita dengan Jane sehingga terlupa kehadiran Muiz.

"Biar abang duduk sebelah Maira. Kau sana." Imran tanpa perasaan melabuhkan punggungnya di sebelah Umairah. Niatnya untuk menghalang niat Muiz untuk duduk di sebelah Umairah. Nathijahnya Muiz terpaksa duduk diantara Harraz dan Irwan.

Setelah dua jam melayan cerita yang ditayangkan, mereka akhirnya keluar dari panggung tersebut. Umairah masih mamai dek tidur dalam panggung sebentar tadi. Nasib baik sebelah Imran, seronoklah dia tidur.

"Sorry long. Maira mengantuk tadi. Bosan cerita tu." Bisik Umairah kepada Imran sambil menyengih. Imran kerut keningnya. Jejaka itu lantas mendekati Umairah.

"Along duduk sebelah Hilman tadi. Kau salah orang ni. Kitorang sempat tukar tadi." Bisik Imran tanpa riak bersalah. Umairah teguk liur. Mamainya hilang serta merta. Lantas sahaja gadis itu menoleh ke arah Hilman dengan wajah yang membahang.

"Kenapa Along tukar? Malu tahu tak!" Protes Umairah. Tangannya sempat mencubit lengan Imran. Imran ketawa kecil seraya menjelirkan lidahnya. Ey geram! Sempat pulak dia tukar. Perlahan-lahan Umairah menapak ke arah Hilman. Tisu basah dalam begnya diambil dan dihulurkan ke arah Hilman.

"Sorry." Umairah memohon maaf. Kepalanya masih menunduk memandang lantai.

"Maira tidur err-- Mesti banyak air liur basi kan?" Bahang di wajah Umairah semakin dirasai. Gadis itu langsung tidak mampu memgangkat kepalanya. Hilman ketawa kecil. Huluran Umairah disambut dengan senyuman lebar.

"Seronok tidur tadi. Semalam tak tidur ke?" Hilman jungkit keningnya. Wajah Umairah direnung lembut. Belum reda kes dalam panggung tadi, kini jantungnya berdegup kencang lagi. Walaupun begitu, riak tenangnya ditayang.

"Haah siapkan assignment." Gadis itu masih menunduk. Sungguh tidak mampu mendongak dan bertentang mata dengan Hilman. Jantungnya juga berdegup kencang. Buat hal betul.

"Tadi kenapa tak kejutkan Maira?" Tanya Umairah setelah masing-masing senyap.

"Along tak kejutkan Maira ke?" Umairah lanyas mendongak saat soalan itu keluar dari mulut Hilman. Hilman jungkitkan keningnya sambil menyengih.

"Bukan Bang Ngah ke sebelah Maira?"

"Along. Dia duduk sebelah Maira. Mana dia nak lepas orang lain duduk sebelah adik dia. Mahu kena bantai." Jawab Hilman dengan gelaknya. Terhibur. Jejaka itu layanka aje keletah Umairah sebentar tadi. Jarang dapat bercakap macam ni dengan Umairah sekarang. Payah!

"Kuangjaq Along ni." Gumam Umairah sendiri. Tangannya dikepal erat. Eyy! Geram.

"Mana nak tengok air liur basi. Banyak tak?" Ujar Hilman, sengaja menyakat gadis di hadapannya. Senyum manisnya tidak dapat dibendung lagi. Lesung pipitnya kelihatan. Matanya yang sepet hampir hilang dek lebar senyumannya.

"Ey Bang Ngah ni. Dahlah nak merajuk." Umairah memeluk tubuhnya. Muncungnya panjang sedepa ditayang.

"Maira, Bang Ngah nak tanya something boleh tak?" Nada Hilman tiba-tiba bertukar serius. Umairah kerutkan keningnya. Gadis itu mengangguk, membenarkan Hilman bertanya soalan.

"Memang Ian dengan Maira takde something special?"

"Maksud Bang Ngah?" Umairah kembali bertanya. Soalan Hilman dibalas dengan soalan.

"Umairah tak suka Ian?" Hilman menyoal dengan lebih spesifik.

"Takdelah. Abang Ian da ada kak Jane. Dari awal lagi Maira tahu. Dia macam abang Maira dah. Macam Bang Long, Bang Chik, Bang--"

"Habis tu hari tu dia bagi rantai?" Celah Hilman lagi.

"Haah. Abang Ian bagi rantai. Dia belikan untuk perempuan dalam hidup dia. His mother, Kak Jane dengan Maira. Abang Ian anggap Maira macam adik sendiri. Macam Bang Ngah anggap Maira adik Bang Ngah." Di hujung ayatnya, suara Umairah semakin perlahan. Gadis itu menunduk memandang lantai. Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, sakit itu maaih terasa.

"Maira, actually Bang Ngah--"

"Mai!" Satu suara menyapa perbualan mereka. Masing-masing menoleh ke arah empunya suara.

"Jap eh Bang Ngah. Muiz panggil." Umairah menapak mendekati Muiz meninggalkan Hilman sendiri dengan ayatnya yang masih tergantung. Umairah mengeluh perlahan. Gadis itu sudah kembali ke dunia realiti.

Apa yang Bang Ngah nak cakap eh? Umairah lantas menapak ke bilik Irwan. Pintu bilik Irwan diketuk.

"Pehal?" Soal Irwan. Tidak garang seperti selalu. Sempat Umairah mengerling ke arah skrin telefon Irwan. Video call dengan awek lah tu.

"Nak pinjam hoodie jap." Tanpa menunggu jawapan daripada Irwan, Umairah bergegas ke almari Irwan dan menggapai hoodie hitam.

"Pehal pinjam hoodie Angah?"

"Maira balik sehelai sepinggang. Salah siapa?" Umairah mencebik dan melangkah keluar dari bilik Irwan. Pi tu bilik ditutup namun selepas itu gadis itu menolak daun pintu itu kembali.

"Selamat malam kakak ipar!" Jeritnya sebelum menutup pintu kembali dengan ketawa dihujung talian. Sengaja menyakat Irwan. Setelah berada di hadapan pintu bilik Imran, gadis itu berdehem seketika.

Tok!

Tok! Daun pintu ditolak sambil menayang sengihnya.

"Nak pergi mana?" Soal Imran seraya jungkitkan keningnya.

"Nak jumpa Bang Ngah sat. Boleh?"

"Hm. Jangan buat benda tak elok. Along tengok dari sini. Panggil dulu Bang Ngah sebelum jengah pagar. Kesian dia asyik tunjuk aurat dekat kau je." Panjang pesanan Imran kepada Umairah. Gadis itu mengangguk dan berlalu ke arah sliding door. Pintu itu ditolak sebelum selipar Imran disarung.

"Bang Ngah, Maira datang ni. Pakai baju cepat. Jangan nodai mata suci saya!" Entah dari mana datang keberanian itu, Umairah memberitahu Hilman yang berada di sebelah rumah tentang kehadirannya dengan ayat yang merapu. Imran yang memerhati hanya mampu menggeleng.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now