Tiga puluh tiga

6.2K 520 38
                                    

Seperti biasa, Hilman keluar berjogging pada hari ini. Selepas subuh, jejaka itu menapak keluar memulakan rutin hariannya. Sesekali jejaka itu menoleh ke belakang untuk memeriksa kehadiran Umairah namun semuanya hampa. Sejak empat hari yang lepas, tiada kelibat Umairah seperti selalu. Tak semenanya keluhannya terlepas. Langkahnya menjadi perlahan. Akhirnya Hilman hanya berjalan.

Sejak peristiwa itu, Hilman rasa tidak senang hati. Dadanya rasa sakit apabila memikirkan Umairah. Tangisan Umairah pada hari itu masih lagi bermain dibenaknya. Sungguh dia rasa terganggu hingga ke hari ini.

Kenapa aku rasa tak tenang sedangkan aku hanya menganggap Umairah sebagai adik? Hilman mengeluh lagi. Jejaka itu meraup wajahnya. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum bahunya terasa dipegang oleh seseorang. Lantas sahaja Hilman menoleh.

Ian.

"I--"

Buk! Kepalanya terasa sakit tiba-tiba. Sempat matanya menangkap susuk tubuh Ian yang sedang bercekak pinggang di hadapannya. Dek diluku oleh Ian sebentar tadi, Hilman terundur ke belakang. Kepalanya diusap sebelum jejaka itu merenung Ian dengan tajam.

"Kau apahal Ian?" Tanya Hilman. Giginya diketap kuat. Ian menghamburkan tawa mengejeknya seraya mencekak hoodie Hilman.

"Kalau kau suka, cakap suka Hilman." Ian menghamburkan kata-katanya. Walaupun amarahnya membuak, dia cuba bersabar. Tidak mahu perkara itu menjadi lebih teruk.

"Siapa? Kau?" Soalan bodoh keluar dari mulut Hilman. Ian mengetap gigi. Ey dia ni! Kepala Hilman diluku dengan kekuatan penuh untuk kali kedua.

"Sakit! Kau apahal?" Hilman mengaduh kesakitan. Sekali lagi jejaka itu bertanya.

"Maira, kalau suka cakap suka! Jangan buat dia macam tu."

"Dia tu aku anggap macam adik. Mana ada--"

Buk! Belum sempat ayat Hilman habis, Ian menumbuk bahu Hilman pula. Hilman sudah tidak mampu bersabar, lantas sahaja jejaka itu mengepit kepala Ian dengan lengannya.

"Aduh sakit! Sakit, gila!" Kali ini giliran Ian pula mengaduh kesakitan. Tangannya menampar lengan Hipman agar jejaka itu melepaskannya.

"Haa tahu pun sakit." Ujar Hilman dengan geram. Dia melepaskan Ian sebelum bercekak pinggang. Keningnya diangkat, meminta penjelasan daripada Ian.

"Jangan buat Maira, Hilman. Dah berapa hari Imran cakap Maira murung. Imran--"

"Tahu. Imran pun ada cakap. Habis tu aku nak buat apa? Aku anggap dia macam adik je." Pintas Hilman. Rasa hati yang berbuku di hatinya diluahka kepada Ian. Hilman mengeluh. Begitu juga dengan Ian.

"Kau suka dia." Ujar Ian tiba-tiba.

"Pandai-pandai je aku. Perasaan aku, aku tahulah." Balas Hilman, tidak berpuas hati.

"Tak. Kau tak faham perasaan kau sendiri. Kau keliru. Kan?" Ian jungkitkan keningnya. Senyumnya diukir. Hilman senyum sinis seraya menggeleng. Menidakkan semua kata-kata Ian.

"Aku harap suatu hari nanti kau faham. Jangan terlambat sudah. Perempuan kalau dia tawar hati, cepat je dia move on." Pesan Ian lagi. Belakang badan sahabatnya ditepuk perlahan.

"Habis tu, kau? Kau suka Maira?" Kali ini Hilman pula bertanya. Peristiwa Ian memberikan Umairah hadiah terimbas kembali di kepalanya. Ian menguntum senyumnya. Bahunya diangkat.

"Kau rasa?" Soalan Hilman dijawab dengan soalan oleh Ian. Jejaka itu lantas sahaja membuka langkahnya, meninggalkan Hilman yang masih tertanya-tanya.

Kalau cakap pasal cinta, akan ada timingnya. Kau terlepas sikit, kau hilang orang kau sayang.

----

Jangan lah marah aku. Tadi aku stop makan nasi goreng kejap. Lepas tu layan youtube jap. Lepas tu lupa. Sorry hikhik.

Jangan risau. Tak banyak dah. 45 bab habis ah cerita ni. Tak nak lah panjang-panjang, nanti bosan. Hohoho.

Enjoy. Jangan lupa solat magrib!

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now