"Kau dah order Grab?" Soal Muiz sambil berpeluk tubuh. Jejaka itu berdiri di sebelah Umairah yang kelihatan agak resah. Umairah segera mengangguk.
"Lambat lagi? Kalau lambat lagi, naik kereta aku jelah." Sambung Muiz lagi. Kedua-dua belah keningnya dijungkitkan. Anak matanya dari tsdi tidak berkalih merenung gadis di hadapannya. Dari dulu sehingga sekarang, harapan untuknya sangat tipis. Jenis payah nak approach. Nampak peramah tapi sebenarnya tidak. Nampak dingin tapi boleh sembang. Entahlah! Berdasarkan pemerhatiannya, semua lelaki yang nak mengorat, Umairab buat bolayan.
"Ha tu. Jom!" Kelihatan sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan mereka. Umairah semakin gelisah. Aku nak duduk depan ke belakang ni? Duduk depan, aku dengan Bang Ngah janggal. Duduk belakang, Muiz nak sembang apa dengan Bang Ngah? Habis. Belum sempat Umairah membuka pintu depan, Muiz terlebih dahulu mencelah dan menapak masuk; melabuhkan punggungnya ke atas seat bersebelahan pemandu. Umairah tepuk dahinya.
Memang habis! Nak tak nak Umairah mengambil tempat duduk di belakang. Muiz buat donno. Tali pinggang keledarnya ditarik seolah-olah mereka benar-brnar berada di dalam kereta pemandu Grab.
"Bang, jalanlah. Tunggu apa lagi?" Muiz mula bersuara ketika kereta itu langsung tidak bergerak. Kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut sang pemandu. Muiz segera menoleh. Mungkin rasa aneh. Lama Muiz memandang wajah sang jejaka sebelum liurnya diteguk. Macam kenal.
"Bang Ngah fikir kawan perempuan." Tutur Hilman dengan dingin. Sempat lagi jejaka itu mengerling ke arah Umairah yang diam membisu di belakang. Umairah tayang sengih dan bergerak sedikit ke hadapan.
"Err Bang Ngah--" Umairah tidak mampu meneruskan ayatnya manakala mata Muiz membulat. Jejaka itu lantas membuang pandang. Matilah aku. Detik hatinya. Jejaka itu berdehem seketika sebelum kembali menoleh ke depan.
"Maaf Bang Ngah--"
"Hilman." Segera sahaja Hilman membetulkan panggilam Muiz kepadanya. Masih dingin. Langsung tidak melirik ke arah mereka, hanya fokus dengan pemanduannya.
"Sorry bro Hilman. Saya tak perasan." Muiz memohon maaf. Hanya 'hm' sahaja yang kedengaran dari mulut Hilman sebelum keadaan dalam kenderaan itu kembali senyap. Masing-masing diam. Hampir lima belas minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di sebuah shopping mall. Kereta diparkirkan sebelum masing-masing menapak masuk ke dalam shopping mall tersebut.
"Maira." Seru Hilman saat Muiz mula menapak seiringan dengan Umairah. Jejaka itu membuat isyarat mata agar Umairah berjalan di sebelahnya. Hatinya panas ketika melihat Muiz berkepit dengan Umairah. Rasa menggelegak! Umairah buat donno malah terus berjalan beriringan dengan Muiz. Hilman ketap gigi. Tanpa fikir panjang, jejaka itu mencelah di antara Umairah dan Muiz.
"Jarak sikit." Ujarnya dengan agak tegas. Muiz sudah cuak. Nak dating pun tak senang. Boleh pulak bawak abang! Nasib sorang. Gumam Muiz dalam hati. Dari kejauhan, kelihatan empat orang jejaka sedang melambaikan tangan ke arah mereka. Dalam kalangan itu, Muiz kenal dua orang daripada mereka. Muiz segera menoleh ke arah Umairah. Tepat pula ketika itu Umairah sedang melihat ke arahnya.
"Sorry tak bagitahu awal-awal, abang-abang saya ikut sekali." Ujar Umairah diiringi dengan sengihnya. Muiz semakin cuak. Lima? Muiz teguk liur. Walaupun sudah gentar, jejaka itu tetap menghulurkan tangannya, bersalaman dengan empat jejaka itu. Masing-masing sudah merenung tajam ke arahnya.
"Siapa ni?" Imran mula menyoal sambil menayang wajah singanya. Jejaka itu melirik ke arah Umairah. Umairah teguk liur.
"Maira, kawan ke ni?" Kali ini Haris pula bertanya, namun nada suaranya sedikit kendur berbanding Imran. Muiz sudah ketar lutut.
"Along, Bang Long, ni kawan sekelas Maira, Muiz." Terang Umairah sambil tergagap-gagap. Sepanjang hidupnya, inilah kali pertama gadis itu membawa lelaki asing dengannya. Tak pernah dalam hidupnya, Umairah membawa kawan lelaki menemui mereka.
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight