Maira_
Bang Ngah.
Knock Knock.
Hilman ada?
Umairah mengeluh. Pesanan WhatsApp yang dihantar sejak petang tadi masih lagi single tick. Anak matanya masih lagi tidak berkalih dari skrin telefonnya. Berharap Hilman membalas pesanan WhatsAppnya.
"Tak boleh jadi ni!" Umairah segera bingkas dsri baringnya. Hoodie kuningnya diambil dan gadis itu keluar dari biliknya. Langkahnya diatur menuju ke bilik Imran. Perlahan-lahan pintu bilik Imran dibuka. Gelap. Awalnya tidur. Umairah jungkit bahunya dan berlalu ke arah sliding door.
"Nur Umairah, kembali ke bilik kau. Aku sekeh japgi kang." Baru sahaja tangannya menyentuh sliding door, suara Imran sudah bergema di dalam bilik itu. Saat wajahnya menoleh ke belakang, flashlight mengenai wajahnya. Silau.
"Huh. Maira nak check Bang Ngah--"
"Dah. Pergi tidur. Bang Ngah perlukan masa bersendiri." Umairah mengeluh. Walaupun begitu gadis itu langsung tiada niat untuk keluar dari bilik abangnya. Lampu dibuka dan Umairah melabuhkan punggungnya di birai katil Imran. Dek silau, Imran menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.
"Bang Ngah betul-betul okay ke?" Selamba badak Umairah menarik selimut Imran. Imran ketap gigi dan bangkit, duduk berhadapan adiknya yang kelihatan agak gusar.
"Let him be. Nanti dia okaylah tu. Kau jangan risau sangat. Dia dah besar--"
"But still Bang Ngah perlukan support kita, kan?" Pintas Umairah. Imran mengeluh perlahan. Wajah adiknya direnung.
"Ya. Along tahu. Tapi bagi dia masa. Sekarang dia perlukan masa. Biarkan dia sendiri. Nanti dia dah okay sikit, kita tolong. Faham?" Umairah mengangguk lemah. Tanpa banyak bicara, gadis itu bangkit dari katil abangnya dan berura-ura untuk keluar dari bilik itu.
"Kau okay tak?" Tiba-tiba Imran menyoal. Umairah kembali menoleh ke arah abangnya. Keningnya bertaut.
"Maira kenapa?" Tanya Umairah, tidak mengerti dengan soalan Imran.
"Kau tu okay tak? Bang Ngah dah single tu." Ayat terakhir yang keluar dari mulut Imran memang disengajakan. Tujuannya untuk menebak apa yang terbuku dalam hati adiknya.
"Kalau single, tapi still tak boleh move on nak buat apa pun tak boleh." Umairah jungkitkan bahunya. Suis lampu ditutup dan gadis itu menapak keluar dari bilik Imran tanpa pamitan. Ayat abangnya berlegar-legar di mindanya.
Bang Ngah dah single. Tanpa dipinta senyum terukir dibibirnya. Bukan tidak kesian dengan keadaan Hilman sekarang, namun apabila memikirkan tentang peluang keemasan ini, hatinya berbunga riang. Umairah senyum jahat. Gadis itu kembali ke biliknya. Baru sahaja memegang tombol pintu, dia di sapa oleh seseorang.
"Kau dari mana ni?" Irwan menyoal.
"Dari bilik Along." Umairah menjawab endah tak endah sahaja.
"Skodeng Bang Ngah lah tu." Sempat Irwan mengejek sebelum menghilang ke dalam biliknya yang berada di hadapan bilik Umairah. Umairah mengetap giginya.
"Eh mana adalah. Orang ada hal nak bincang dengan Along. Dasar dengki. Hmph!" Umairah menjulingkan anak matanya sebelum menapak masuk ke dalam biliknya. Badannya direbahkan ke atas katil dengan kasar. Telefonnya diambil.
Muiz_
Mai, dapat Uni kat mana?
Pesanan WhatsApp itu diabaikan kerana gadis itu lebih tertarik dengan balasan yang diterima daripada Hilman.
Hilman_
Yes. May I help you?
Maira_
Bang Ngah okay?
Hilman tidak membalas pesanan WhatsAppnya namun sebaliknya hanya meninggalkan bluetick. Umairah mengeluh. Bodohlah soalan kau Maira! Dah sah-sah dia tak okay. Pesanan Muiz dibuka kembali.
Uni? Mata Umairah segera membulat. Mulutnya juga ternganga apabila teringatkan hari ini adalah tarikh keputusan dan tawaran universiti. Lekas sahaja dia memeriksa sebelum gadis itu terjerit kecil.
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight