Baru sahaja berada di hadapan rumah Ian, kelihatan Imran menapak keluar dari rumahnya. Imran segera mengukir senyumnya dan mendekati mereka.
"Ian, my man! Akhirnya kau balik jugak." Imran memeluk Ian dengan erat. Belakang badan sahabat yang sama umurnya dengannya ditepuk beberapa kali. Ian juga sama, memeluk Imran dengan erat sambil senyum sampai ke telinga.
"Aku tak sangka kau balik secepat ni. Semua dah settle kat sana? Memang Uncle Idris bersara dan stay sini?" Tanya Imran bertalu-talu setelah meleraikan pelukan. Hilman da Umairah hanya sekadar memerhati. Mereka langsung kelihatan tidak janggal. Macam selalu berhubung.
"Alhamdulillah. Everything settled. Kitorang akan duduk Malaysia terus dah." Kini giliran Ian membalas.
"What's up!?" Tiba-tiba seorang jejaka keluar dari sebuah kereta diparkir elok di hadapan rumah Hilman. Masing-masing menoleh ke arah suara itu. Tidak lama selepas itu, dua jejaka pula keluar dari perut kereta berwarna biru itu; Haris, Harraz dan Irwan.
"Akhirnya-- kita dah berkumpul. Jom masuk rumah. Banyak benda nak catchup ni. " Ian melambai je arah mereka agar semua menapak masuk ke dalam rumahnya. Mereka semua hanya beza beberapa tahun sahaja. Mereka memang terkenal dengan term 'teman sepermainan'.
Haris.
Hilman.
Harraz.
Ian.
Imran.
Irwan.
Umairah. Ya, paling bongsu adalah Umairah dan Umairah satu-satunya perempuan. Bolehlah gelar Umairah and The Six Knights!
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight