9 TAHUN LAMPAU
Baru sahaja keluar dari toilet, jalan Hilman dihalang oleh seseorang. Hilman buat bodoh. Tali lehernya dirapikan dan menukar arah laluannya. Tanpa disangka, bahunya dipegang agar langkahnya dihentikan.
"Kau apahal?" Soal Hilman sedikit bengang. Pelajar lelaki itu hanya menayang senyum sinisnya.
"Kenapa kau report aku merokok dalam tandas? Kaki report betul." Bentak Syah. Tali leher Hilman ditarik kuat sehingga menyebabkan jejaka itu terdorong ke hadapan. Syah ketawa mengejek.
"Dah tugas aku sebagai pengawas." Hilman menjawab dengan tegas. Sudah diagak Syah menyekatnya kerana kes pagi tadi. Siapa suruh buat onar!
"Oh pengawas. Kau bawa telefon boleh pulak?" Syah keluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya sebelum ditunjukkan kepada Hilman. Senyum sinisnya semakin melebar. Telefon Hilman sudah berada ditangannya.
"Bagi balik!" Hilman ketap gigi. Jejaka itu cuba merampas namun semuanya sia-sia. Syah licik mengelak.
"Ni siapa ni?" Kening Syah dijungkitkan. Paparan pada skrin telefon Hilman direnung. Hilman ketap gigi. Amarahnya membuak-buak. Hilman lantas sahaja bertindak mencekak kolar baju Syah dan merampas kembali telefonnya. Syah tidak membalas sebaliknya hanya ketawa mengejek. Hilman melepaskan Syah sebelum kembali melangkah menuju ke kelasnya.
"Oi! Aku kenal siapa dalam gambar tu. Adik Imran kan?" Hilman teguk liur. Langkahnya terhenti.
"Kau suka adik Imran kan? Gila lah kau. Budak tu baru darjah enam. Aku report Imran nanti. Baru padan muka kau." Sambung Syah lagi. Kata-katanya diiringi gelak tawanya. Syah menapak mendekati Hilman.
"Lain kali, kau nampak aku buat apa-apa, buat bodoh je. Okay?" Bahu Hilman ditepuk beberapa kali oleh Syah sebelum jejaka itu menapak meninggalkan Hilman sendiri. Hilman tarik nafas sedalamnya. Skrin telefonnya dilihat. Gambar Umairah yang terpampang pada skrin telefonnya lantas sahaja ditukar. Bimbang Syah memaklumkan hal itu kepada Imran.
"Kau buat apa kat sini? Aku tunggu lama kat bawah!" Imran yang entah dari mana muncul merangkul leher Hilman. Hilman terkedu. Bibirnya digigit. Bimbang perbualannya dengan Syah sebentar tadi didengari oleh Imran.
"Aku sakit perut tadi. Lepas tu berhenti kat sini. Takut nak berak lagi." Bohong Hilman sambil menayang sengihnya. Imran hanya ketawa seraya menggeleng.
Hilman kembali ke dunia nyata setelah peristiwa 9 tahun lepas itu diceritakan kembali oleh Imran. Panggilan telefon sebentar tadi sudah bertukar kepada panggilan video.
"Mana kau tahu benda ni?" Soal Hilman teragak-agak.
"I heard everything, Ngah. Sebab tu dulu-dulu selalu aku tanya kau suka Maira ke tak. Kau lupa? Lepas kau suka Rina, baru aku stop tanya." Jawab Imran. Sengihnya diukir seraya mengangkat keningnya.
"Kau tak marah?"
"Setahu aku, takde rasa nak marah. Siapa je aku nak halang kau. Layaklah kau nak suka Maira pun sebab kita rapat dari kecil. Tapi itulah, aku tak faham. Apa yang kau minat dengan Maira yang darjah enam masa tu. Dahlah gemuk." Di hujung ayatnya, Imran ketawa bagai nak rak. Suka hati je kutuk adik sendiri. Hilman turut ketawa. Tingkatan tiga, matang mana sangatlah.
"Lepas tu, aku tak tanya dah. Sebab masing-masing dah besar. Mungkin masa kau suka Maira tu cinta monyet. Yelah, budak-budak kan." Imran menyambung lagi dengan sisa tawanya.
"Kau tahu tak, sebab aku takut kau marah, aku stop suka Maira. Dulu aku sempat tau berangan kahwin dengan Maira." Hilman akhirnya membuka pekung di dada tentang cerita yang terjadi sembilan tahun lepas. Punyalah lama rahsia itu disimpan. Masing-masing mula ketawa tak ingat dunia sebelum senyap tiba-tiba.
"Dan sekarang, kau rasa kau suka Maira? Aku rasa kau tak stop suka Maira. Kau masih suka dia sampai sekarang." Imran meluahkan kata-katanya setelah lama masing-masing berdiam diri. Hilman diam. Berfikir sejenak. Cuba memahami rasa hati sendiri.
"Entahlah. Jujur aku cakap, aku tak faham hati sendiri." Ujar Hilman dengan jujur. Nafas beratnya dihela panjang. Masih bingung dengan rasa hati sendiri.
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight