Umairah tidak dapat melelapkan matanya. Puas gadis itu mengiring ke kanan dan ke kiri, namun matanya tetap juga segar bugar. Keluhnya akhirnya terlepas. Sesi catchup pagi tadi sangat menganggu fikirannya.
"Maira dah ada pakwe?" Tanya Ian sambil menongkat dagunya. Mata sepet Ian tidak lepas dari merenung gadis di hadapannya itu. Senyumnya juga tidak lekang dari bibir.
"Takde--"
"Siapa je nak Maira?" Pintas Irwan. Sengaja ingin menyakat adiknya. Umairah memuncung. Tangannya laju sahaja mencubit lengan Irwan.
"Hang elok sikit, Ngah! Aku--"
"Maira."Kali ini percakapan Umairah dipintas lagi. Umairah mengeluh perlahan seraya mengerling ke arah Imran. Imran menggelengkan kepalanya, melarang Umairah menggunakan aku dengan Irwan. Dia cakap dengan kita aku-takpe. Kita tak boleh! Umairah memeluk dirinya sendiri dan tayang muka mencuka.
"Betul ni takde pakwe? Abang Ian ingat Maira dengan Hilman." Kali ini Ian mengaitkan topik itu dengan Hilman pula. Hilman kaget, terus sahaja mengerling ke arah Ian.
"Maira tu macam adik aku jelah. Aku dah ada makwe okay. Ni haa--" Gallery dibuka dan gambar Azreen ditunjukkan. Semua bersorak kecuali Umairah. Umairah menunduk. Bibirnya digigit. Rasa terkilan. Imran yang memerhati keadaan Umairah itu lantas sahaja memegang erat adiknya. Umairah lantas merenung abangnya.
"Smile." Bilik Imran. Perlahan, cukup untuk menyapa gegendang telinga adiknya.
"Takpelah kalau macam tu. Bang Ngah tak nak Maira, Abang Ian ada. Jangan risau." Ian kenyitkan matanya kepada Umairah. Umairah terkedu.
"Hang apahal? Adik aku kau nak ngorat ke? Maira macam adik hang kan?" Tiba-tiba Imran bersuara, nampak macam serious namun ada guraunya. Dia tahu Ian hanya sekadar bergurau.
"Entah. Maira kut. No, aku tak izinkan." Setelah senyap sambil menikmati air oren Sunquick, Haris akhirnya bersuara.
"Setuju, Bang Long." Irwan angkat tangan dan membuat highfive dengan Haris. Harraz juga buat highfive. Hilman hanya diam membisu. Membangkang pun tidak, mengiyakan pun tidak.
"Eh apahal aku tak boleh? Tadi aku tanya Maira dengan Hilman, korang okay je. Tak adil!" Bangkang Ian.
"Maira pun okay je. Kan? Nanti kalau Maira takde pakwe, Abang Ian boleh jadi pakwe Maira." Ian mengenyit matanya kepada Umairah lagi. Umairah masih diam. Wajahnya membahang tiba-tiba. Rasa malu. Mana nak sorok muka ni.
"Haha. Boleh-boleh!" Jawab Umairah dengan janggal. Tiba-tiba kepalanya terasa sengal. Rupanya Hilman yang memukulnya dengan surat khabar yang dilipat.
"Sakitlah Bang Ngah!" Omel Umairah geram. Muncungnya kembali panjang. Hilman buat donno.
"Auch!" Kali ini Hilman pula mengaduh sakit. Tak semenanya kepalanya diluku oleh mereka kecuali Umairah.
"Rasakan!" Ujar mereka serentak. Pantang ada usik Umairah sikit, mesti mereka ada. Macam dulu-dulu. Semua protective! Tidak lama selepas itu, masing-masing menghamburkan tawa mereka. Mungkin terkenang dengan kenangan mereka waktu kecil dahulu. Semuanya kenangan manis! Mereka mula membuka kembali lembaran kenangan. Masing-masing dengan cerita yang masih melekat di memori.
Usai sahaja menghabiskan masa bersama, mereka beransur pulang dengan rancangan ke Pulau Perhentian pada hujung minggu. Umairah paling belakang, berjalan beriringan dengan Ian.
"Esok teman abang Ian keluar boleh? Abang Ian need a few things. Banyak takde ni." Pinta Ian dengan senyum manisnya. Umairah laju sahaja mengangguk.
"Okay. Boleh je."
"Okay sweetie!" Ian sekali lagi mengenyitkan matanya. Tatkala semua itu terimbas dimemorinya jantungnya berdegup kencang. Manis betul abang Ian ni. Dulu dengan sekarang, jauh bezanya. Umairah mengambil telefon yang berada di atas drawer.
Ian_
Jangan lupa esok.
Oh lupa.
Abang ambik nombor dengan Angah.
Maira_
Okay. Noted.
Goodnight!
Usai sahaja meletakkan telefonnya kembali ke atas drawer bunyi buku lima bertemu punching bag menyapa gegendang telinganya. Sudah hampir beberapa hari tidak menghiraukan Hilman, Umairah akhirnya bangkit untuk melakukan aktiviti rutinnya. Senyum nakalnya terukir. Langkahnya segera di atur ke bilik Imran yang menghubungkan belakang rumah. Pintu dikuak perlahan-lahan.
Gelap. Confirm Imran ada rumah Bang Ngah. Bisik Umairah. Langkahnya segera diatur keluar dari bilik dan menapak ke pagar. Kerusi yang memang ditempatkan berhampiran pagar dipanjat. Umairah teguk liur.
Matanya membulat. Rasanya matanya tidak lagi innocent. Bukan sahaja badan Hilman yang terdedah, malah Ian dan Haris. Wajahnya membahang. Mereka semua berkumpul disitu.
Matilah aku. Baik aku balik bilik. Baru sahaja ingin memanjat turun dari kerusi, kakinya tiba-tiba salah langkah. Natijahnya, Umairah jatuh dari kerusi. Gadis itu mengaduh kesakitan.
"Umairah!" Suara Hilman dan Imran bergabung. Hanya mereka yang tahu tentang aktivit Umairah setiap malam. Bagai lipas kudung, laju sahaja Umairah bangkit dan berlari ke biliknya.
AAAA HABISLAH AKU. Jerit Umairah dalam hati.
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight