Dua Puluh Empat

6.2K 553 46
                                    

Hilman menapak keluar dari rumahnya. Tali kasut yang terlerai diikat kembali sebelum beralih ke arah jam tangannya untuk menghidupkan tetapan yang mengira langkah dan jarak lariannya. Beberapa step senaman memanaskan badan dilakukan sebelum lariannya dimulakan. Lagu yang kedengaran dari corng earphone dikuatkan volumenya.

Seminggu sudah berlalu namun hidupnya semakin tidak tentu arah. Pada awalnya jejaka itu berjaya memujuk hatinya agar terima kenyataan Azreen memang perlu diperlakukan sebegitu. Bukan salahnya. Namun beberapa hari selepas itu, perasaan berbelah bahaginya muncul. Mungkinkah dia patut berikan peluang kedua untuk gadis itu? Hilman menggeleng perlahan dan mula memaksimakan kelajuan lariannya.

Tidurnya sejak akhir-akhirnya tidak tentu. Semalam, matanya langsung tidak mampu lelap walaupun untuk sesaat. Kenangan bersama Azreen masih terbayang dimindanya. Lantas sahaja keluhannya terlepas. Terasa sempit didada, Hilman memperlahankan lariannya.

Aku tak cukup baik ke?

Aku tak cukup setia ke?

Tak cukup ke kasih sayang aku tunjuk?

Hilman mengetap giginya. Sungguh, dia tidak dapat menerima kenyataan itu. Alasan yang keluar dari mulut Azreen langsung tidak dapat diterima. Maira? Dari dulu hingga sekarang, Hilman hanya menganggap gadis itu sebagai adik. Kalau dia cerita pun, bagaikan seorang abang menveritakan perihal adiknya.

Atau abang-abang lain tidak pernah menceritakan tentang adik perempuan masing-masing kepada girlfriend mereka? Atau Hilman yang berlebihan dalam bercerita tentang Umairah? Hilman mengeluh lagi. Salahkah dia?

Kata-kata Imran tempoh hari mula bermain dibenaknya. Kalau kau ada adik, confirm adik kau cemburu tengok kau dengan Maira. Hilman mengesat peluh yang mula membasahi pipinya.

Layanan aku untuk Maira istimewa sangat ke?

Layanan aku bukan macam abang dengan adik ke?

Akrab aku dengan Maira bukan macam adik-beradik ke?

Hilman mengepal penumbuknya. Dari dulu, memang setiap layanannya terhadap Umairah istimewa. Mereka membesar sama-sama dan Umairah memang dianggap sebagai adiknya. Sayangnya terhadap Umairah selayak seorang adik. Tidak lebih dari itu.

Betul kan, Hilman? Kau sayang Umairah macam adik kau sendiri kan? Tiba-tiba Hilman berhenti melangkah. Imran! Aku perlu jumpa Imran.

"Auhh!" Hilman mengaduh kesakitan. Terasa belakangnya dilanggar oleh sesuatu. Lantas sahaja jejaka itu menoleh ke belakang. Earphonenya dibuka. Keningnya bertaut melihat makhluk yang melanggarnya.

"Hehe sorry Bang Ngah." Ujar Umairah sambil menyengih. Gadis itu segera mengundur dua langkah ke belakang.

"Sejak bila ikut Bang Ngah?"

"Dari rumah." Umairah masih tayangkan sengihnya. Hilman mengeluh perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

"Along ada kat rumah?" Soal Hilman serius.

"Along dah seminggu balik universiti." Jawab Umairah tanpa teragak-agak.

"Angah?"

"Angah pun." Dengar sahaja jawapan Umairah, Hilman mengeluh. Haris dan Harraz pun sudah kembali ke tempat kerja dan universiti masing-masing. Kini tinggal hanyalah dia dan Ian.

"Bang Ngah okay? Dah seminggu Bang Ngah tak keluar rumah. Ibu cakap Bang Ngah keluar makan pun jarang." Umairah gigit bibirnya. Lantas sahaja bibirnya ditampar dek kelancangan bicaranya. Eh tak menyempat kau ni, Maira! Hilman diam tidak menjawab. Wajah Umairah direnung. Tanpa disangka ketawa kecionya terhambur. Terhibur melihat keletah Umairah.

"Hm. Bang Ngah okay. Jangan risau." Hilman menjawab dengan lembut.

"Betul ni? Bang Ngah nampak kurus." Gadis itu menyoal lagi. Sesungguhnya, dia perlukan kepastian. Hilman segera mengangguk dan mengukir senyumnya.

"Dah jom. Sambung." Hilman memasang kembali earphonenya dan kembali membuka langkahnya. Umairah mengeluh perlahan. Tenaganya sudah habis sewaktu mengejar Hilman sebentar tadi. Nak jogging ke nak pecut? Omelnya dalam hati. Nak tak nak, Umairah tetap membuntuti langkah Hilman.

---------

Setakat ni, how? Komen banyak banyak kat bawah. Baca je ramai, tapi komen sikit jeeeee. Komen banyak-bayak okie? Hehe.

Terima kasih kerana membaca cerita merapu seorang RealStarlight. Cerita macam ni korang layan eh, pergi baca cerita lain jugak. Sekeh kang!

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now