Hilman berdehem seketika ketika berada di hadapan rumah Umairah. Loceng rumah ditekan. Sambil menunggu jawapan, Hilman menggigit bibirnya sambil menunduk memandang kasutnya. Tangannya dimasukkan kembali ke dalam poket.
Entah kenapa, hari ini Hilman rasa nervous semacam. Macam tak biasa dia menapak masuk ke rumah Umairah melalui pagar. Macam tak biasa pintu pagar ditolak tanpa izin. Memang sudah biasa, dari kecil. Namun hari ini rasa lain macam.
"Laa kamu Bang Ngah? Kenapa tak masuk? Mak ingatkan siapa tadi." Hilman menyengih. Pintu pagar kecil ditolak perlahan dan jejaka itu menapak masuk ke dalam perkarangan rumah.
"Nak keluar dengan along ke?" Tanya Puan Hani sambil jungkitkan keningnya. Laju sahaja Hilman menggeleng sambil menyengih.
"Bang Ngah nak ajak Maira keluar." Puan Hani kerutkan keningnya. Hairan barangkali. Sejak beberapa tahun lalu, Hilman sudah jarang meluangkan masanya bersama Umairah. Sejak masuk belajar, tak pernah Hilman keluar bersama Umairah.
"Dah bagitahu Maira?"
"Belum." Hilman menyengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Puan Hani ketawa kecil ketika melihat karenah Hilman yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Kepalanya digeleng perlahan.
"Kejap mak jenguk Maira. Semalam demam. Hari ni tak tahulah kebah ke tak. Tak keluar bilik lagi." Hilman angguk laju. Kakinya segera diatur menuju ke bilik Imran. Memang dah macam rumah sendiri. Daun pintu ditolak tanpa izin. Imran yang sedang berada di mejanya sedikit terkejut melihat kehadiran Hilman.
"Buat apa kat sini? Guna pintu depan pulak tu. Selalunya kau panjat pagar je." Tegur Imran. Matanya langsung tidak kalih dari terus merenunh skrin komputernya. Hilman sempat mengerling ke arah skrin komputer. Gaming.
"Aku nak ajak Maira keluar."
"Hah?" Imran sedikit kaget. Lantas sahaja gamenya dihentikan buat seketika dan kembali merenung Hilman.
"Kau pehal? Macam tak biasa aku keluar dengan Maira." Tanpa segan silu, Hilman melabuhkan punggungnya ke atas katil Imran.
"Dulu okaylah. Kau dah bertahun tak keluar dengan Maira. Hari ni tiba-tiba. Kau buang tebiat ke, Ngah?" Imran mengubah kedudukan menghadap Hilman. Hilman menyengih.
"Aku nak pujuk Maira. Aku takut nanti dia tak boleh terima Azreen." Imran senyum pahit. Wajah Hilman direnung lalu kepalanya digeleng perlahan.
"Suka hati kaulah."
"Kau macam tak suka je, long?" Hilman kerut kening.
"Tak. Bukan tak suka. Aku--"
Tok!
Tok!
Tok!
Perhatian dua orang jejaka itu beralih ke arah pintu yang diketuk seseorang dari luar.
"Ya?" Laung Imran. Pintu bilik dibuka dari luar. Maka terpacullah wajah Umaira yang dibungkus hoodie. Wajahnya sedikit sembap dan tidak bermaya.
"Bang Ngah nak keluar pukul berapa?" Tanya Umairah perlahan. Imran senyum sinis. Kepalanya digeleng. Sakit pun sanggup kalau bab Bang Ngah!
"Sekarang." Jawab Hilman dengan senyuman manisnya.
"Jap. Bagi 20 minit. Maira nak siap-siap." Umairah lantas bergegas ke biliknya setelah melihat Hilman mengangguk. Imran jungkitkan bahunya. Jejaka itu kembali memandang skrin komputernya.
"Kau cuti berapa lama? Main game je. FYP2 macam mana?"
"Seminggu. Kasi chancelah. Midsem aku nak enjoy-enjoy. Kau tu cari kerja cepat. Aku lambat satu sem dari kau." Hilman ketawa kecil. Beberapa bulan yang lalu, pengajiannya ijazah sarjana mudanya dapat dihabiskan manakala Imran yang sebaya dengannya masih berbaki satu semester.
"In shaa ALLAH. Aku pun nak cari kerja cepat-cepat. Nak kumpul duit banyak-banyak. Nak kahwin." Balas Hilman dalam nada bercanda.
"Ah kau, ada awek bolehlah sembang kahwin. Jangan buat aku sendu." Ujar Imran selamba. Hal itu menyebabkan Hilman ketawa besar.
Tok!
Tok!
Tok!
"Masuk!" Sekali lagi Imran bersuara agak kuat.
"Bang Ngah, jom!" Ajak Umairah dengan nada yang berbeza. Lebih ceria dan bertenaga. Imran menggeleng lagi. Keluhnya dilepaskan perlahan.
YOU ARE READING
Sepet Ikat Tepi! ✔️
HumorTajuk pun rempit. Ah kisah pulak aku. Baca jelah Alang aku tak boleh tidur. Yang Benar, RealStarlight