Tiga puluh enam

6.6K 520 20
                                    

Hilman mengiring ke kanan sebelum kembali mengiring ke kiri. Walaupu jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, matanya masih segar. Hilman mengeluh perlahan. Kali ini, jejaka itu berbaring memandang siling.

"Kau suka dia." Kata-kata Ian terngiang-ngiang ditelinganya. Adakah semuanya benar? Sejak Umairah kembali ke universiti, gadis itu langsung tidak menghubunginya. Senyap tanpa berita. Pesanan WhatsApp yang dihantar juga tidak berbalas. Sejak itu hidupnya kosong. Rasa macam ada sesuatu hilang.

Berbeza ketika dia berada di universiti dulu. Walaupun tidak berhubung, perasaannya tidaklah seperti ini. Tidak sekosong ini. Mungkin dahulunya ada Azreen. Sekarang Azreen dan dia sudah tidak sehaluan. Mungkin kerana itulah hatinya rasa kosong. Benarkah?

Harinya tidak seperti selalu. Sewaktu berada di rumah, Umairah sentiasa ada bersamanya. Jogging sama-sama. Walaupun tidak selesa diperhatikan Umairah setiap malam, namun jauh disudut hatinya jejaka itu senang dengan kehadiran Umairah. Kadang-kadang jejaka itu sengaja tangannya menumbuk punching bag dengan kuat agar dapat didengari oleh Umairah. Hilman senyum sendiri teringatkan kenangan itu.

"You selalu aje cerita pasal Umairah!" Ayat Azreen pula terngiang-ngiang ditelinganya. Ya, memang jejaka itu selalu menceritakan perihal Umairah kepada kawan-kawannya, terutamanya Azreen. Baginya itu sebagai tanda kasihnya terhadap Umairah. Umairah memang bermakna dalam hidupnya. Dari kecil, sampailah sekarang. Kenangan bersama gadis itu tidak terkira banyaknya. Umairah memang audah menjadi sebahagian hidupnya. Adakah menceritakan tentang Umairah menunjukkan aku sebenarnya menyukai Maira? Hilman mengeluh lagi.

Beberapa hari lepas, Hilman ada membelek akaun media sosialnya. Semua postnya dilihat. Dari zaman sekolah sehinggalah sekarang. Dulu gambarnya bersama Umairah pasti akan ada. Semuanya ada Umairah, tak kiralah Facebook mahupun Instagram. Betapa bangganya seorang Hilman mempunyai Umairah disisinya ketika dahulu.

Kejadian petang tadi kembali terlayar.

"Maira sihat tak ni? Makin kurus. Korang ni tak jaga Maira eh?" Hilman memecahkan kesunyian. Masing-masing senyap ketika mereka berada di meja makan. Irwan, Umairah dan Harraz masing-masing sedang menghadap telefon.

"Pandailah dia jaga diri." Komen Irwan acuh tak acuh. Umairah julingkan matanya. Dia ni memang selalu cari gaduh! Gumam Umairah dalam hati. Walaupun begitu, hari-hari Irwan menghantar makanan untuknya.

"Bang Ngah elok sikit eh. Bang Chik hari-hari hantar makanan untuk Maira." Bangkang Harraz pula. Umairah mengangguk setuju. Memang kerja dua orang ni, hari-hari hantar makanan. Bukan sejenis, tapi dua jenis. Harraz makanan lain, Irwan makanan lain. Sampai tak habis. Nasib baik roommate ramai.

"Habis tu kenapa kurus sangat ni? Maira diet ke?" Hilman bertanya lagi.

"Haah." Umairah jawab sepatah dan kembali menatap telefonnya. Hilman dapat merasai kedinginan yang ditunjukkan oleh Umairah. Dari dalam kereta, soalannya hanya dijawab sepatah. Hilman rasa sedikit teekilan. Tiada lagi suara ceria dan teruja ketika bersamanya.

"Macam mana belajar, Maira?" Hilman masih lagi mahu berborak dengan Umairah.

"Hm okay je." Sekali lagi pendek sahaja jawapan yang keluar dari mulut Umairah. Tiada nada dan dingin. Hilman mengiring ke kanan. Sungguh peristiwa tengah hari tadi semakin mengusik hatinya.

Telefonnya diambil dan nombor seseorang didail.

"Hi Azreen. Sorry ganggu you malam-malam. I ada something nak tanya. Boleh?" Azreen yang berada di hujung talian hanya mengiyakan sahaja. Hilman teguk liur. Dia perlukan pastikan tentang rasa hatinya sendiri.

"Masa I cerita tentang Umairah kat you, you rasa I suka dia ke?" Ayat disusun dengan elok agar tidak mengembalikan luka di hati Azreen. Bukan niatnya untuk membuka lembaran kisah lama namun dia sangat memerlukan kepastian. Azreen menjawab dengan tenang sahaja di hujung talian. Hilman memasang telinga, mendengar dengan teliti.

"Oh okay. Thank you. Sorry for everything. I hope you happy! I selalu doakan kebahagiaan you." Hilman meminta diri dan memutuskan talian dengan tenang. Bagaikan magik, perasaan sakit ditinggalkan Azreen tiga bulan lalu hilang begitu sahaja digantikan dengan perasaan aneh terhadap Umairah. Buktinya, jejaka itu mampu berkomunikasi dengan Azreen tanpa sebarang perasaan lagi. Neutral.

"Yes you are. I nampak mata you bersinar masa you cerita tentang dia. Every time, Hilman. Bukan sekali. I ada abang and I tahu, jarang abang nak cerita tentang adik macam tu. Tambahan you dengan dia bukan adik  beradik betul. Hanya rapat dari kecil. I think, down deep in your heart, you loves her. Bukan macam adik, tapi lebih." Huh. Hilman mengeluh lagi. Jawapan dari Azreen menyebabkan jejaka itu bertambah kacau. Nombor Imran pula didail.

"Long--" Sahutan suara Imran dihujung talian menyebabkan jejaka itu berhenti berbicara.

"Nevermind." Ujarnya Hilman pula. Namun selepas itu, Imran dihujung talian kedengaran memaksanya untuk menyuarakan hasrat hatinya.

"Kau rasa aku suka Maira?" Tanya Hilman dengan teragak-agak. Soalan seriusnya dibalas dengan hilaian tawa Imran dihujung talian.

"Aku seriuslah." Ujar Hilman geram. Barulah Imran berubah serius. Setiap butir bicara Imran dihujung talian didengar dengan penuh fokus. Liurnya diteguk.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now