Tiga puluh

6.4K 500 23
                                    

Wajahnya disembamkan ke atas bantal dengan agak kasar. Tangisannya masih berlarutan. Hatinya bagai dihenyak sehingga menjadi cebisan kecil. Umairah mengepal tangannya dengan erat, menahan rasa sakit yang semakin menyengat.

"Sampai hati Bang Ngah." Bisiknya perlahan. Jejaka itu masih tidak berubah. Hilman masih menganggapnya sebagai seorang adik. Tangisan Umairah semakin berlagu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Semuanya sudah berakhir baginya.

Hilman sudah melukis garis yang sangat jelas antara mereka. Hilman sebagai abang, Umairah hanyalah adiknya. Tidak lebih, tidak juga kurang. Umairah sudah putus asa. Tiada lagi harapan untuknya.

Brrrrrr!

Brrrrrr!

Telefonnya tiba-tiba bergetar menandakan ada panggilan masuk. Umairah mengerling ke arah skrin telefon, namun sepelas itu gadis itu kembali melayan perasaannya. Beberapa saat kemudian, telefonnya bergetar lagi. Telefon dicapai dan panggilan tersebut dijawab.

"Ya?" Sahut Umairah setelah suara Imran kedengaran dari corong telefon. Esak tangisnya masih lagi kedengaran. Di hujung talian, keluhan Imran kedengaran sebelum talian diputuskan. Umairah ditinggalkan tercengang. Tidak sampai beberapa saat, telefonnya berbunyi lagi. Kali ini video call daripada Imran. Umairah menjawab panggilan video itu walaupun tanpa rela.

"Teruk sangat kau menangis." Ayat pertama yang didengari menyebabkan Umairah mengesat air mata yang membasahi pipinya dengan hujung lengan bajunya. Imran hanya melihat.

"Kau okay tak?" Suara Imran bergema lagi. Dengar sahaja pertanyaan itu, empangan air mata Umairah pecah lagi. Perasaan sebak menjentik tangkai hatinya. Gadis itu kembali menangis. Imran yang berasa jauh dari rumah hanya mampu melihat adiknya dari skrin telefon. Keluhannya terlepas.

"Menangislah. Nak luah apa-apa, Along ada ni." Sambung Imran lagi. Umairah semakin sebak.

"Bang Ngah reject Maira." Adu Umairah dengn teresak-esak. Walaupun asyik bergaduh, dengan Imran jugalah tempat gadis itu melua perasaan.

"Tahu. Bang Ngah dah call tadi. Itu yang Along call kau." Tangisan Umairah semakin teruk. Imran mengeluh lagi. Tidak tenang hatinya ketika melihat Umairah. Rasa kasihan menjentik tangkai hatinya.

"Kau nak makan tak? Along order delivery." Imran mengalih topik agar mampu memujuk adik bongsunya. Umairah lantas sahaja menggeleng kepalanya. Langsung tiada selera. Hari ini dah berapa kali ibunya mengetuk pintu, mengajaknya makan. Namun semuanya diberi alasan tidak lapar.

"Jangan macam ni. Along risau tau. Kejap lagi makan sikit. Along order Dominos." Umairah menggeleng lagi dengan wajahnya yang lencun dengan air mata.

"Dah order. Nanti Ian hantarkan. Chin up. Bang Ngah tu kan baru putus cinta. Mungkin dia tak boleh move on lagi." Imran menggigit bibirnya. Ayat yang dituturkan disusun dengan sebaik mungkin agar tidak mengguris hati adiknya.

"Bang Ngah anggap Maira adik je. Selamanya Maira ni adik dia." Umairah mengadu lagi. Imran garu kepala. Dia mati kata. Memang itulah yang diceritakan oleh Hilman. Katanya memang tak boleh terima Umairah. Umairah sudah dianggap seperti adik sendiri. Imran tersepit ditengah-tengah. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.

"Hm tahu. Dah stop nangis kejap. Jap lagi Ian hantar pizza. Makanlah sampai tengok movie. Nanti Along hantar link mana cerita best." Umairah mengangguk perlahan.

"Makan tau. Kalau tak makan, Along report Bang Ng-- Ian. Biar Ian sekehkan kepala kau." Pesan Imran lagi. Gadis itu mengangguk lagi. Setelah berpuas hati, Imran mematikan panggilan. Belum sepat Umairah sambung layan perasaan, kedengaran loceng rumahnya bergema.

---

Sorry lambat update. Seharian saya layan drum cover kat youtube ngeh ngeh.

Sepet Ikat Tepi! ✔️Where stories live. Discover now