Bab 2 - Kek di Muka Zhariff Buat Kali Kedua

1.8K 84 6
                                    

"Riff... Riff? Kau ni tengah mengelamun ke apa?" Suara Farhan mengejutkan Zhariff.

"Sorry sorry... Aku teringatkan hal semalam," balas Zhariff.

"Mestilah kau kena ingat. Pengalaman bersejarah kau yang paling 'sweet' kut sepanjang kau di US ni," balas Farhan menggelakkan Zhariff.

"Banyaklah kau punya sweet!" Zhariff menyeringai dengan gurauan Farhan yang langsung tidak kelakar.

"Sorry la weh. Dah, jomlah kita approach dia. Dia pun dah nak blah tu," tambah Farhan lagi.

Zhariff hanya mengangguk. Gelang tangan milik gadis itu dikeluarkan dari poketnya.

"Hey, what's wrong Amanda? Are you okay?" soal Mandy apabila melihat wajah Aireen yang tiba-tiba sahaja pucat selepas melihat kek di tangannya.

Aireen terus tersedar dari lamunannya.

"Oh, it's nothing... I'm okay. Alright, gotta go now. Thanks for the cake! Goodbye Mandy!" ucap Aireen sebelum berlalu. Kek di tangannya dipegang kemas.

"Watch your step, Amanda. I just mopped the floor," ujar Mandy memberi amaran.

"Alright! Bye Mandy! I love you!" balas Aireen ceria.

Namun sebaik sahaja melangkah, kakinya terus tergelincir dan potongan kek di tangannya secara tidak sengaja terus terpelanting ke arah muka Zhariff yang sedang menuju ke arahnya.

"Not again!" Zhariff mengeluh kasar.

Farhan di sebelah sudah ketawa terbahak-bahak. Dua malam berturut-turut Zhariff dilempar kek oleh perempuan yang sama!

Aireen tutup mulutnya terperanjat. Apatahlagi bila melihatkan lelaki yang sama seperti semalam! Cepat-cepat dia terus cabut lari dari kedai runcit itu meninggalkan Zhariff dan Farhan yang cuba mengejarnya. Ketakutan menyelubungi diri!

"Tunggu dulu awak!" Zhariff menjerit lalu mengejar Aireen yang sudah memecut laju dengan basikalnya.

"Isy, tak faham betul aku dengan perempuan tu! Perlu sangat ke dia larikan diri daripada kita?" rengus Zhariff kepada Farhan yang sudah tercungap-cungap mengejarnya dari belakang.

"Hello... bukan kita okey, tapi kau! Kau tak nampak ke dia takut dengan kau tadi? Itulah, lain kali tunjuk lagi muka ketat kau. Mesti dia fikir kau marah dia. Kalau aku jadi dia pun, mesti aku dah cabut lari tadi." Farhan menggelengkan kepalanya.

"Setakat ni aku tak pernah makan orang lagilah!" rengus Zhariff sambil menyapu sisa kek di mukanya.

"Tapi aku tak sangka betul, kau boleh makan dengan kek dua malam berturut-turut dengan perempuan yang sama. Lucu weh. Entah-entah dia jodoh kau kut," usik Farhan sambil menyiku lengan Zhariff.

Zhariff sudah membuntangkan matanya memandang Farhan.

"Orang-orang tua cakap, kalau lebih daripada tiga kali terserempak dengan orang yang sama, maknanya dia mungkin jodoh kau." Farhan semakin seronok mengusik Zhariff.

"Banyaklah kau orang-orang tua cakap. Tapi kalau betul pun, aku baru aje dua kali terserempak dengan dia. Belum lagi tiga," balas Zhariff acuh tak acuh.

"Kali ketiga nanti bila kau dah bagi gelang perempuan tu la," usik Farhan lagi. Terbahak-bahak dia ketawa menggelakkan kawan baiknya.

Zhariff merenung lama gelang tangan di tangannya dengan keluhan yang berat. Kini dia pula yang terpaksa memegang gelang tersebut sehingga dia bertemu lagi dengan perempuan tadi. Entah boleh jumpa atau tidak lagi dengan perempuan itu. Tahu-tahu sajalah, bandar New York ini bukannya kecil.

"Aku dah tanya cashier tadi pasal perempuan tu. Dia cakap dia tak tahu kat mana perempuan tu tinggal. Lagipun hari ni hari last dia kerja dekat convenience store tu, sebab dapat offer kerja part-time mengajar tuisyen budak-budak," jelas Farhan.

Zhariff pandang Farhan dengan seribu kerutan di dahinya.

"Berapa banyak kerja perempuan tu kerja sebenarnya? Semalam jadi penghantar Pizza, hari ni kerja dekat convenience store, dan kali ni kerja ajar tuisyen budak-budak pulak? Dia ni student ke bukan sebenarnya?" soal Zhariff, hairan.

Farhan juga mengangguk menyetujuinya.

"Aku pun terfikir benda yang sama dari tadi. Tapi, alah... kau tak perlu nak harian sangatlah. Lagipun, banyak lagi student Malaysia yang kerja part time masa tengah belajar. Cubalah fikir, bukannya semua orang senang macam kau, Riff. Kau tu keluar-keluar aje dari perut, terus dah boleh jadi pewaris empayar gergasi datuk kau. Itu pun tak reti-reti nak bersyukur," ujar Farhan yang ketika itu sudah mula menggelengkan kepalanya.

Zhariff terus berdecit dengan kata-kata Farhan.

"Dah, kau jangan nak sebut-sebut sangat pasal pewaris kejadah tu. Aku dah muak dengar dari mak bapak aku!" Muka Zhariff sudah mulai merah cuba menahan marah.

"Relax dahlah Riff. Aku gurau aje pun tadi," pujuk Farhan lalu menepuk belakang Zhariff yang sudah bermuka ketat. Dia memang kenal benar dengan sikap Zhariff yang sememangnya langsung tidak boleh dibawa berbincang jika melibatkan soal waris-mewarisi ini.

"Oh ya, hari ni hari apa?" soal Zhariff sambil memicit kepalanya yang tidak sakit.

"Hari ni Khamis. Kau ni dah kenapa?" soal Farhan pula.

"Alamak! Atuk aku... Aku lupa pulak yang atuk aku datang sini hari ni sebab ada business meeting esok. Entah-entah atuk aku dah sampai dari tadi lagi. Macam mana sekarang? Dahlah telefon aku tengah mati ni sekarang." Nada Zhariff sudah bertukar menjadi risau.

"Kalau macam tu, jomlah kita gerak balik. Mungkin atuk kau dah tunggu kita kat rumah. Kau jangan risau la," ujar Farhan cuba menenangkan Zhariff. Dia faham benar dengan Zhariff yang sememangnya terlalu menyayangi datuknya.

Baru sahaja pedal minyak ditekan, Farhan sudah bertanyakan macam-macam soalan kepada Zhariff bagaikan polis pencen.

"Kenapa atuk kau pula yang kena attend meeting tu? Daddy kau kan ada?" soal Farhan.

"Daddy aku kebetulan kena invite bagi talk dekat sebuah universiti awam minggu ni. Tak boleh nak cancel last minute. Jadi atuk aku terpaksalah turun padang kali ni dekat sini," jawab Zhariff membalas pertanyaan Farhan.

"Kuat betul kan atuk kau, sampai belum rasa nak bersara lagi?" ujar Farhan sedikit kagum dengan datuk Zhariff.

"Pada mata kasar, memanglah atuk aku nampak kuat. Tapi atuk aku sebenarnya dah sakit. Kanser hati tahap dua. Tapi atuk aku cakap, selagi hayat dia ada, dia akan terus berjuang untuk firma dia. Kami sendiri pun dah habis pujuk dia supaya berehat dekat rumah aje dan buat susulan rawatan. Tapi atuk aku tu degil. Kalau A lah katanya, maka A jugalah jawabnya." Di hujung-hujung ayatnya, begitu sayu suara Zhariff kedengaran.

Farhan yang masih terkejut dengan apa yang diberitahu Zhariff itu diam sahaja. Yalah, selama ini tak ada pula Zhariff mahu menceritakan perkara tersebut kepadanya. Namun dia berkeputusan untuk diam sahaja apabila melihat muka Zhariff yang kelihatan begitu sayu. Dia tahu bagaimana Zhariff menyayangi datuknya selama ini melebihi orang tuanya.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now