Bab 15 - Aireen PA kepada Zhariff

1.3K 69 5
                                    

Zhariff lihat jam di tangannya. Sudah pukul sembilan setengah pagi. Hari ini tak pasal-pasal dia datang lewat ke pejabat kerana terpaksa menjemput Maisarah atas permintaan mummynya. Kini bertambah lagi satu masalahnya!

"Sorry kalau I menyusahkan you hari ni. I bukan apa, I cuma segan aje nak tunjuk muka I depan staf-staf you. Yalah, hari ni kan first day I masuk kerja? Kalau ada you, kuranglah sikit rasa segan I." Maisarah pandang wajah ketat Zhariff yang sedang memandu.

"Tak apa. Lagipun hari ni aje kan you tumpang," balas Zhariff mendatar.

Maisarah diam sahaja, tidak pula dia menambah seperti biasa. Lagipun mereka sudah tiba di bangunan gah yang berpuluh-puluh tingkat itu.

"Selamat pagi Encik Zhariff," sapa Nasya, setiausaha Tan Sri Najmi dengan penuh hormat.

Kemudian dia pandang Maisarah di sebelah Zhariff yang kelihatan begitu cantik dan bergaya. Timbul perasaan cemburunya. Pastinya dia Aireen, isteri kepada majikannya. Dengan penuh hormat, dia menundukkan pula kepalanya kepada Maisarah.

"Selamat pagi, Puan Aireen," ucapnya cuba menunjuk hormat.

Namun belum lagi Zhariff dan Maisarah membuka mulut, staf di pejabat itu tiba-tiba mula datang berkerumun kepada mereka di meja Nasya. Tan Sri Najmi yang baru keluar dari pejabatnya juga mula menyertai mereka.

"Tahniah Encik Zhariff dan Puan Aireen. Encik Zhariff dan Puan Aireen memang padan dan secocok sekali. Bagai pinang dibelah dua!" ucap salah seorang pekerja di situ.

"Ahemm... Kenalkan, ini Cik Maisarah, staf baru syarikat kita," ujar Zhariff mendatar, memperkenalkan siapa Maisarah sebenarnya.

Semua yang terkejut sudah malu-malu. Mereka fikir Maisarah merupakan isteri kepada Zhariff tadi.

"Maafkan kami, Encik Zhariff. Maafkan kami, Cik Maisarah. Kami fikir..."

"Tak apa, tak apa. Lagipun mereka berdua ni memang tak lama lagi akan kahwin juga." Tan Sri Najmi yang datang kini ketawa kecil.

Semua staf pula sudah berpandangan sesama sendiri. Mereka naik hairan. Apa mereka tidak tersalah dengar tadi? Atau Tan Sri Najmi cuma bergurau?

Zhariff mula pandang daddynya dengan riak yang bengang. Maisarah di sebelahnya pula sudah tersenyum sehingga ke telinga dengan kata-kata Tan Sri Najmi itu. Dia tahu dia masih disayangi oleh mummy dan daddy Zhariff walaupun dia cuma anak angkat sahaja.

Aireen yang dari tadi berdiri di pintu pejabat pula sudah menunduk dengan riak muka sedih. Begitu dia terasa hati dengan kata-kata bapa mertuanya tadi.

"Ahhhh, siapa awak ni?"

Tiba-tiba salah seorang staf di situ menjerit apabila melihat Aireen yang berpakaian serba hitam dengan make-upnya yang heavy. Kelihatan seperti perempuan gengster di lorong-lorong gelap. Betul-betul seperti gadis black metal!

Waktu itu, semua mata terus memandang ke arah Aireen di muka pintu.

"Weh, gengster mana tu?" Masing-masing berbisik sambil menutup mulut kerana terlalu terkejut.

"You... please enter my room, now!" arah Tan Sri Najmi dengan wajah yang sedang marah.

Jantung Aireen terasa mahu luruh sekarang juga apabila dia dimarahi di hadapan semua staf di situ. Lain benar cara layanan bapa mertuanya terhadap dia dan Maisarah. Tapi dia sedar siapalah dirinya di mata semua orang sekarang?

"I said, now!" herdik Tan Sri Najmi lagi apabila melihat Aireen masih lagi tercegat di situ.

Aireen sudah menggigil seluruh tubuhnya. Namun dia paksakan juga dirinya untuk mengorak langkah.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now