Bab 4 - 14 Tahun yang Lalu

1.5K 79 6
                                    

"Amanda, it's been a while since I've seen you. Please don't say you still at it? You know... looking for jobs, saving money..." Kedengaran suara Abdul Fateh yang datang ke meja Aireen dan Tan Sri Dato' Syuib untuk mengambil pesanan mereka.

Aireen ketawa kecil. "Yes, as always Abdul. That's why I'm kinda busy lately," balas Aireen kepada anak tuan pemilik kedai kopi itu yang berbangsa Arab.

Abdul Fateh hanya tersenyum. Kemudian dia pandang pula ke arah Tan Sri Dato' Syuib yang sedang memerhatikan mereka berbual.

"He's my friend from Malaysia." Dengan penuh perasaan bangga, Aireen memperkenalkan Tan Sri Dato' Syuib kepada Abdul Fateh.

"Oh really? Assalamualaikum," ucap Abdul Fateh lalu terus menyalami tangan Tan Sri Dato' Syuib.

Tan Sri Dato' Syuib menyambut tangan dan salam Abdul Fateh itu dengan mesra. Kemudian dia pandang pula ke arah Aireen yang sedang rancak berbual sambil membuat pesanan dengan lelaki berbangsa Arab itu. Mekar senyuman di bibir tuanya melihat personaliti Aireen yang mencuit hatinya.

Alangkah baiknya jika gadis inilah yang menjadi isteri kepada cucu kesayangannya. Benar-benar dia sudah berkenan dengan gadis yang baik dan mesra ini.

Setelah pesanan tiba, Aireen terus menghirup kopinya. Tan Sri Dato' Syuib dihadapannya pula dipandang dengan mata bersinar.

"Atuk, seronok tak tinggal dekat Malaysia?" soal Aireen bersungguh. Dari gayanya, tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang penuh dengan perasaan ingin tahu.

Tan Sri Dato' Syuib ketawa kecil. "Kenapa Aireen tanya macam tu? Mestilah seronok tinggal dekat Tanah Air kelahiran kita, kan? Aireen pula macam mana? Dah lama ke menetap dekat sini?"

Aireen mengangguk lemah. Dia kembali menghirup kopinya sebelum menjawab pertanyaan Tan Sri Dato' Syuib itu.

"Aireen dah 14 tahun menetap dekat sini, atuk. Sejak kejadian tu, Aireen terpaksa menetap dekat sini dengan nenek. Waktu tu, Aireen baru umur sepuluh tahun." Sayu Aireen menjawabnya.

"Kejadian apa yang Aireen maksudkan?" soal Tan Sri Dato' Syuib ingin tahu.

Aireen tersenyum lemah. Nafasnya ditarik panjang sebelum menceritakan kisah hidupnya kepada Tan Sri Dato' Syuib.

"Sebenarnya, dulu Aireen tinggal dengan mama dan papa Aireen dekat Malaysia, atuk. Tapi disebabkan Aireen dah buang dokumen perjanjian papa dengan sebuah syarikat besar dalam kolam, jadi papa marah Aireen. Masa papa marah Aireen, mama datang dekat kolam dan mama terjatuh sebab Aireen sengaja cuah mandian dekat situ. Masa tu, mama tengah pregnant. Jadi disebabkan Aireen, mama dah keguguran." Sayu sahaja kedengaran suara Aireen ketika bercerita. Peristiwa 14 tahun lalu kembali terimbau di ingatannya.

14 tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

14 tahun yang lalu...

"Papa, Aireen dah buang kertas kerja papa dekat dalam kolam. Habis semua kertas-kertas papa basah." Suara Maisarah kedengaran cemas ketika mengadu perkara tersebut kepada Datuk Amran.

Datuk Amran yang sedang mencari fail kerjanya itu terus meluru laju ke arah kolam rumahnya seperti yang diberitahu oleh anak angkatnya, Maisarah.

Sampai sahaja di kolam, matanya terus membuntang luas apabila melihat tangan Aireen yang sedang memegang fail yang dicarinya sejak tadi. Dia lihat semua dokumen-dokumen penting sudah bertaburan di dalam kolam renang kediaman mereka.

"Aireen! Aireen dah buat apa dengan kertas-kertas papa tadi?" jerkah Datuk Amran kepada Aireen yang langsung tidak bersalah. Dengan pantas, dia mendekati anaknya lalu menarik telinganya tanpa belas kasihan.

"Papa lepas... Telinga Aireen sakit... Aireen sumpah, Aireen tak buat, papa..." Aireen merengek kesakitan. Bercucuran air matanya di pipi merah itu.

Ketika itu, dia lihat Maisarah sedang tersenyum sinis ke arahnya. Padahal tadi, Maisarah juga yang menyuruhnya untuk memegang fail papanya. Tapi sumpah, kertas-kertas di dalam fail itu bukan dia yang buang ke dalam kolam! Tapi Maisarah!

"Kenapa bising-bising ni, abang? Apa Aireen dah buat kali ni?" soal Datin Aida yang sedang sarat mengandung kepada suaminya. Dari atas tangga, dia memandang ke arah anak dan suaminya di kolam.

"Sayang tengoklah dalam kolam tu. Semua tu dokumen-dokumen perjanjian abang dengan Tan Sri Najmi semalam. Projek berjuta tu sayang," beritahu Datuk Amran kepada isteri kesayangannya.

Datin Aida sudah terkejut besar. Kali ini dia pula yang mencerlungkan matanya kepada anaknya itu.

"Aireen! Apa dah nak jadi dengan Aireen sekarang? Mama tengok, Aireen kebelakangan ni dah semakin nakal. Perangai dah makin menjadi-jadi!" jerkah Datin Aida kepada Aireen yang masih dipiat suaminya.

"Sumpah, Aireen tak buat mama..." rengek Aireen bersama air matanya yang semakin mencurah-curah. Dia terkilan, tiada seorang pun yang sedang berpihak kepadanya.

"Aireen tunggu... biar mama pulak yang piat telinga Aireen sekarang," ujar Datin Aida lalu terus menuruni tangga hingga ke kolam.

Namun, malang tidak menyebelahinya apabila kakinya terpijak cecair mandian yang tumpah di atas lantai. Badannya terus menyembah lantai. Datin Aida menjerit kesakitan.

"Ya Allah, sayang!" Datuk Amran menjerit dan pantas mendapatkan isterinya yang sudah tumpah darah.

"Abang, Aida sakit abang... Tolong Aida abang... Selamatkan anak kita..." Datin Aida merengek kesakitan bersama juraian air matanya.

"Mama... mama sakit ke?" Aireen pantas mendekati mamanya yang sudah dipenuhi darah di kaki.

"Papa, Aireen yang sengaja tumpahkan shower tu dekat tangga tadi," adu Maisarah kepada bapa angkatnya.

Datuk Amran terus mencerlungkan matanya ke arah Aireen.

"Aireen sumpah, Aireen tak buat papa," jelas Aireen takut-takut.

Datuk Amran langsung tidak mempercayai Aireen. Dengan kasar, dia terus menepuk belakang Aireen sehingga anaknya itu tersungkur ke lantai.

"Abang cepat, Aida sakit... Aida tak sanggup nak kehilangan baby boy ni, abang... Dialah harapan kita nanti abang," rengek Datin Aida lagi. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit.

"Ya Allah, apa dah jadi ni, Amran?" Terjerit Hajjah Aminah apabila melihat menantunya sudah dipenuhi darah dari celah kakinya. Haji Abbas juga turut cemas menghampiri mereka.

Datuk Amran mencempung badan isterinya sehingga ke kereta.

"Ibu, abah... tolong Amran. Cepat ibu, abah!"

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now