Hanya sekali lafaz, Aireen sah menjadi isteri kepada insan bernama Zhariff Iskandar. Majlis resepsi mereka hari ini dibuat di sebuah hotel ternama yang hanya dihadiri oleh segelintir tetamu undangan sahaja. Hanya terdiri daripada kaum kerabat dan sahabat handai yang rapat dengan ibu bapa mereka sahaja.
Aireen sapu air matanya yang membasahi wajahnya yang dilitupi solekan tebal. Sebahagiannya telah mengotorkan wajahnya yang bersolekan hitam tebal.
"Aireen, kau okey tak ni?" Tiba-tiba suara Dhiya bergema di bilik berhias itu, mengejutkan Aireen.
"Dhiya... Aku tak kuat!" Aireen pantas berlari ke arah Dhiya lalu memeluknya dengan kemas.
"Aireen, kau kena bawak banyak bersabar tau. Kau kena ingat, Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuannya. Aku tahu kau kuat, Aireen." Dhiya cuba memujuk sahabatnya, walaupun dia sendiri sudah hampir menitiskan air matanya sendiri.
"Dhiya... aku takut kalau dia tahu siapa aku," rengek Aireen.
"Aireen, kau patut berterus-terang aje dengan dia. Habis, takkan selamanya kau nak pakai macam ni, sorok muka kau dengan make-up tebal-tebal macam ni? Please, just be yourself, Aireen."
"Kau tak faham, Dhiya. Kau tak rasa, apa yang aku rasa. Kalau kau tengok macam mana dinginnya dia, kau sendiri pun mesti betul-betul gerun macam aku rasa."
Sempat Aireen membayangkan wajah Zhariff yang sedingin salju yang kadangkala sudah seperti seekor singa yang hendak menerkam mangsanya.
Dhiya menggosok belakang sahabatnya. "Mungkin betul aku tak faham. Tapi aku boleh relate perasaan kau, Aireen. Yang penting kau kena bawak banyak bersabar tau." Dhiya terus menyuntik semangat buat sahabatnya.
"Ya Allah, ini ke Aireen yang auntie kenal selama ni?" Tiba-tiba muncul Doktor Rohani yang terkejut apabila pertama kali melihat perubahan penampilan Aireen.
Aireen melepaskan pelukannya dari Dhiya. Dia pandang Doktor Rohani yang hadir bersama Doktor Zubaidi, Mimi dan juga Naufal. Malunya terasa tidak tertanggung lagi apabila penampilan dirinya kini dilihat oleh keluarga Dhiya.
"Syyy... Stop nangis sayang. Dhiya dah cerita semuanya pada auntie. Sini sayang, auntie peluk Aireen." Doktor Rohani lantas memeluk erat badan Aireen yang kelihatan semakin susut.
"Auntie..." Aireen terus menangis sepuas hatinya di dalam pelukan ibu Dhiya. Lama mereka berkeadaan seperti itu.
Dhiya menyeka air matanya. Begitu dia kagum dengan ketabahan Aireen.
Naufal pula sudah memandang Aireen dengan penuh rasa simpati. Tidak disangkanya Aireen di hadapannya ini sudah begitu berbeza daripada Aireen yang dikenalinya dahulu. Sehingga hampir sahaja dia tidak mengenali Aireen tadi.
"Aireen, kau kena kuat tau. Ingat, kami selalu ada belakang kau. Bila-bila masa aje, kau perlukan kami Aireen."
"Thank you, Dhiya. Thank you auntie, uncle, Mimi dan Abang Naufal. Aireen hargainya sangat-sangat," ucap Aireen dengan suaranya yang sudah serak.
"Aireen jangan segan-segan hubungi kami kalau ada apa-apa masalah. Ingat, kita dah macam satu family," pesan Doktor Zubaidi pula tersenyum.
Aireen tersenyum lalu terus mengangguk.
"Aireen... Aku memang betul-betul nak teman kau hari ni, tapi..."
"Dhiya, it's okay. Aku pun tak nak kau cancel umrah kau semata-mata untuk aku. Trust me, I'm just okay," ujar Aireen cuba tersenyum.
YOU ARE READING
Dia Cinderella Amanda
RomanceLima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak kecil. Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kini, penampilan...