Bab 16 - Dendam Zhariff

1.4K 67 7
                                    

Dari tadi lagi Farhan memerhatikan Zhariff yang hanya termenung setelah selesai memesan makanan.

"Riff, kau okey ke tak ni? Kau masih tak boleh nak terima lagi ke bini kau tu?" soal Farhan memecahkan kesunyian.

"Kalau kau jadi aku, kau rasa kau boleh terima ke perempuan tu? Kau sendiri pun dah tengok kan macam mana muka dia masa akad nikah semalam?" soal Zhariff kembali, tidak bersemangat.

"Aku sempat tengok dia dari jauh aje. Itu pun aku tak sanggup nak tengok dia lama-lama. Nanti tak pasal-pasal pulak aku yang dapat nightmare malam tu," ujar Farhan lalu ketawa berdekah-dekah.

Zhariff yang tadinya tidak bersemangat turut ikut ketawa dengan gurauan Farhan itu. Kalau tidak membuat lawak dengan perkara serius, itu bukan Farhanlah namanya!

"Aku dengar perempuan tu kena marah dengan daddy kau tadi. Kenapa, dia ada buat hal ke?" soal Farhan.

Zhariff mengeluh perlahan. Cepat sahaja berita itu tersebar ke pejabat mereka.

"Dia cuma datang lambat aje. Tapi kau tahu kan daddy aku tak suka dia. So, apa-apa yang perempuan tu buat, semua salah dekat mata dia."

"Aku faham sangat daddy kau, Riff. Tapi kalau Sarah, mesti lain layanan dia kan? Haha aku memang dah agak dah," balas Farhan sambil ketawa.

"Entahlah Paan, aku dah pening dengan diorang semua. Boleh sakit kepala aku, hari-hari."

"Kau sabar ajelah, Riff. Mungkin semua ni ada hikmah yang kau tak tahu. Lagipun sampai bila kau nak tunggu Cinderella kau tu? Move on ajelah kawan." Sempat Farhan menepuk bahu sahabatnya.

"Cinderella mana ni kau Paan?" Zhariff sudah ketawa.

"Cinderella Amanda la... Habis, siapa lagi yang kau tengah desperate nak cari sekarang?" Terus terbahak-bahak Farhan mentertawakan kawannya itu.

Zhariff terus tersenyum. "Ya, dia memang Cinderella..." ujarnya sambil membayangkan senyuman lembut dari raut rupanya yang cantik.

Farhan lihat sahabatnya yang sudah tersenyum sendiri. Lain macam sahaja?

"Tapi kan, jauh beza betul bini kau dengan wanita idaman kau. Betullah orang kata, jodoh tu semua di tangan Allah, Riff. So, nak tak nak, kau kena terima dia seadanya. Lagipun sampai bila kau nak terus cari perempuan tu, Riff? Entah-entah dia pun dah kahwin sekarang. Yalah dengan muka dia yang cun tu, anak raja pun sanggup meminang."

"Paan, kau jangan doa yang macam-macam pulak. Kau pun tahu kan macam mana aku desperate cari dia selama ni? Lagipun aku yakin dia memang jodoh aku. Kalau tak, kenapa Allah selalu bagi aku petunjuk untuk jumpa dengan dia, kan?" Gelisah bunyinya tidak senang.

"Kau jangan berharap sangat, Riff. Nanti kau jugak yang menyesal nanti. Sekarang, aku rasa lebih baik kalau terima aje jodoh kau. Lagipun nama bini kau pun Amanda jugak, kan? Adalah tu sikit persamaan." Sempat lagi Farhan bergurau walaupun sahabatnya sudah kelihatan murung.

"Kau jangan pernah nak samakan diorang, Paan. Diorang tak mungkin akan pernah sama. Jauh beza langit dengan bumi! Dari perangai ke penampilan, semua tak akan pernah sama," balas Zhariff serius.

"Kalau macam tu, kau bimbinglah dia. Bimbing dia supaya menepati ciri-ciri wanita idaman kau tu. Kau kena ingat, penampilan dan perangai boleh diubah, Riff. Cuma benda tu perlu makan usaha dan masa aje. Selebihnya kau serah dekat Tuhan. Settle kan?"

"Amboi! Bukan main senang lagi ya kau bercakap macam ustaz? Weh, kau ingat senang ke nak lenturkan bini aku tu? Dekat rumah pun dah berlagak macam bos! Jadi macam mana aku nak bimbing dia? Gila ke apa?" balas Zhariff geram.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now