Bab 5 - Coffee Talk bersama Datuk Zhariff

1.4K 81 2
                                    

"Aireen okey?" soal Tan Sri Dato' Syuib.

Aireen kembali ke alam nyata. Dia tidak mahu mengimbau lagi kejadian 14 tahun lepas.

Tan Sri Dato' Syuib pandang Aireen simpati. Tidak sangka di sebalik keceriaannya, gadis ini mempunyai kisah hidup yang tersendiri.

"Atuk, Aireen sumpah bukan Aireen yang buat semua tu. Semua tu sebenarnya Sarah yang buat. Dia yang buat. Bukannya Aireen." Mata Aireen mula berkaca-kaca.

"Sarah tu kakak Aireen?" soal Tan Sri Dato' Syuib.

"Bukan, dia bukan kakak Aireen. Dia cuma anak angkat papa dan mama. Tapi dia tak pernah suka dengan Aireen. Sebab tu dia buat Aireen macam tu. Atuk dan nenek Aireen cakap, papa dan mama sayang Sarah dan ambil Sarah anak angkat sebab diorang rasa bersalah sebab terlanggar mak ayah Sarah sampai mereka meninggal," cerita Aireen lagi.

Tan Sri Dato' Syuib mengangguk kecil. Kini dia faham dengan kisah hidup Aireen seperti yang diceritakan tadi. Terbit rasa simoatinya kepada gadis yang tabah ini.

"Sampai sekarang, papa dan mama Aireen belum dapat maafkan Aireen lagi?" soal Tan Sri Dato' Syuib lagi.

"Atuk cakap, papa dan mama Aireen dah lama maafkan Aireen. Cuma papa dan mama nak Aireen tinggal dekat sini dulu sampai Aireen habis degree. Jadi tahun depan, Aireen bolehlah balik Malaysia, atuk. Seronok, kan? Hehe Aireen betul-betul tak sabar," ujar Aireen dengan wajah yang kembali ceria.

"Alhamdulillah... Senang hati atuk dengar. Jadi mama dan papa Aireen selalu melawat Aireen dekat sinilah ya?" soal Tan Sri Dato' Syuib lagi.

Aireen menggeleng lembut.

"Diorang tak pernah sekali pun melawat Aireen dekat sini. Telefon pun tak pernah. Nenek cakap diorang busy sangat dekat sana uruskan syarikat. Tapi Aireen cuba faham dengan keadaan diorang. Mungkin diorang belum bersedia nak jumpa Aireen, " jelas Aireen tersenyum.

Tan Sri Dato' Syuib tidak membalas. Dia bahkan naik hairan dengan kenyataan Aireen itu. Yalah, takkan nak telefon anak mereka sendiri pun perlu berkira? Sebagai ibu bapa, tidak patut mereka mengabaikan anak mereka sebegini rupa.

"Jadi, sekarang Aireen tinggal dengan atuk dan nenek Aireen dekat sini?" soal Tan Sri Dato' Syuib lagi.

"Taklah. Atuk tak tinggal dengan Aireen, sebab atuk chairman syarikat dekat sana. Nenek aje yang tinggal dengan Aireen dekat sini sebab uruskan syarikat makanan Muslim kami. Itu pun nenek sempat tinggal dengan Aireen sampai Aireen umur 15 tahun aje. Lepas tu nenek pulang ke Malaysia sebab nenek sakit. Nenek... nenek meninggal dekat sana." Tanpa sedar, air matanya terus menitis apabila teringatkan kembali arwah nenek kesayangannya.

Tan Sri Dato' Syuib berfikir sejenak. Kedengarannya seperti kisah arwah isteri rakan baiknya, Haji Abbas sahaja. Arwah juga menetap agak lama di ibu kota dunia ini kerana menguruskan syarikat makanan Muslim mereka di sini.

"Aireen nak balik Malaysia, tapi atuk tak bagi. Atuk cakap, nanti papa dan mama tak nak sayang Aireen lagi," cerita Aireen lagi, sayu.

Kini semakin simpati pula Tan Sri Dato' Syuib mendengar kisah hidup Aireen itu.

"Okey, sekarang Aireen pulak nak tanya atuk. Atuk datang sini dengan siapa? Nanti atuk tidur dekat mana?" soal Aireen yang kembali tersenyum ceria.

Tan Sri Dato' Syuib tersenyum. "Atuk datang sini dengan kawan atuk. Tapi kami dah berpisah dekat airport tadi sebab kawan atuk ada hal lain. Malam ni, atuk tidur dekat rumah cucu atuk. Cucu atuk tu kebetulan sambung pengajian dia dekat sini," terang Tan Sri Dato' Syuib.

"Oh, atuk pun ada cucu dekat sini ya? Tapi kenapa cucu atuk tak jemput atuk dekat airport tadi? soal Aireen lagi.

"Atuk terlupa nak beritahu dia awal-awal tadi. Maklumlah, atuk ni dah tua," balasnya sambil ketawa. Kemudian dia menyambung lagi. "Aireen kerja apa dekat sini? Tak cukup ke duit saku yang atuk Aireen bagi selama ni?"

"Tak adalah atuk. Duit saku yang atuk Aireen kasi dah lebih daripada cukup. Cuma Aireen suka kerja part-time sebab nak kumpul duit lebih. Nanti pulang Malaysia, Aireen nak buka sebuah butik pakaian dekat sana. Designed by Aireen Amanda!" Sempat Aireen tersengih.

Tan Sri Dato' Syuib mengangguk dan tersenyum. Timbul rasa kagum terhadap gadis comel ini.

"Aireen memang ambil jurusan rekaan fesyen ke dekat kolej?" soalnya.

Aireen menggelengkan kepalanya.

"Taklah atuk. Aireen ambik jurusan business sebab atuk Aireen yang suruh. Aireen tak bagitahu atuk pasal minat Aireen dalam fesyen ni sebab Aireen tak nak atuk sedih. Atuk lebih suka Aireen belajar business." Tanpa sedar, Aireen mengeluh perlahan.

"Atuk Aireen business apa?"

"Property, constraction, atuk. Kenapa atuk tanya?"

Tan Sri Dato' Syuib seperti sedang berfikir. "Boleh atuk tahu nama company atuk Aireen?"

"Kalau tak silap Aireen, AA Pro Builders, atuk."

Allahu! Memang benar telahannya tadi! Terus lututnya terasa bergetar hebat.

Jantung Tan Sri Dato' Syuib terasa seperti mahu berhenti sahaja sekarang. Ya Allah, apakah semua ini? Adakah ini adalah petunjuk dari-Mu?

"Atuk okey?" soal Aireen pelik.

Namun, telefonnya tiba-tiba sahaja berdering minta diangkat. Panggilan daripada rakan serumahnya, Dhiya.

"Aireen, kau kena balik sekarang jugak. Atuk kau ada kat rumah ni!" Cemas suara Dhiya kedengaran.

"Kau jangan nak main-main dengan aku, Dhiya. Atuk aku tak bagitahu aku pun nak datang sini," balas Aireen sudah cuak.

"Cubalah kau fikir sikit. Hari ni kan birthday kau? Mesti atuk kau nak surprisekan kau! Dah, kau jangan cakap banyak. Kau balik sekarang. Aku tengok atuk kau dah risau ni," gesa Dhiya dengan nada yang masih cemas.

"Kau tak cakap aku pergi kerja kan?" soal Aireen cemas.

"Ya, aku tak cakap yang kau pergi kerja. Aku cakap kau pergi rumah kawan kau, buat assignment sama-sama. Dah, sekarang kau cepat-cepat balik. Nanti atuk kau syak apa-apa pulak nanti," tegas Dhiya lagi.

"Okey-okey..." Panggilan terus dimatikan. Kalut sekali dia mencapai beg tangannya.

"Sir, the car has arrived." Tiba-tiba seorang lelaki berbangsa Inggeris menggamit Tan Sri Dato' Syuib.

"Aireen, jom balik dengan atuk. Aireen nak cepat kan?" ajak Tan Sri Dato' Syuib.

Aireen berfikir sejenak sebelum mengangguk. Ketika itu dia menurut sahaja. Apa yang penting sekarang, dia tiba di rumahnya seawal yang mungkin sebelum datuknya mengesyaki apa-apa tentang aktivitinya selama ini.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now