Bab 1 - Gelang Terjatuh di Parti

4.4K 118 16
                                    


"Amanda! Happy birthday!"

"Thanks Mandy! I'm gonna miss you so much!" Mandy di kaunter pembayaran lantas dipeluknya ketat.

"Yup! Like a million times!"

"Riff, tu bukan perempuan yang semalam ke?" bisik Farhan di telinga Zhariff.

Zhariff yang sedang sibuk menilik shampu terus menoleh ke arah kaunter. Mukanya menunjukkan riak terkejut.

"Here! Your birthday cake!" ujar Mandy sambil menghulurkan sepotong kek kepada Aireen.

"Cake?!" Mata Aireen yang bundar terus terbeliak. Badannya tiba-tiba menggigil ketakutan. Peristiwa semalam di kediaman mewah Johnny Scott terimbau kembali di ingatannya.

******

"Hey you, Korean girl! I bought those pizzas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hey you, Korean girl! I bought those pizzas. Come to me babe!" Suara laungan Johnny Scott yang kuat itu membuatkan semua orang di parti itu memandangnya.

Aireen sempat merengus kasar. "Aku orang Malaysia. Not Korean!"

Dengan langkah yang geram, Aireen melangkah laju ke arah kolam renang dengan membawa tiga buah kotak pizza di tangannya. Topi yang dirasakan senget di kepalanya sempat dibetulkan.

"Fifty dollars." Kesemua kotak pizza ditangannya diserahkan kepada lelaki berkulit putih itu.

Johnny tidak mengambilnya. Dia hanya memberi isyarat kepada rakannya di sebelah untuk mengambilnya. Tangannya menyeluk duit di dalam poket seluar boxer bercorak bunga yang dipakainya. Beberapa not duit terus kemudian ditayangkan di hadapan Aireen.

"I'll give you five hundred dollars if you sleep with me tonight." Johnny mengangkat keningnya nakal lalu mencapai tangan Aireen untuk dibawa ke bibirnya.

Namun belum sempat Johnny berbuat demikian, Aireen terus merentap tangannya dengan pantas.

"You such a..."

Tiba-tiba suara Aireen terbantut apabila terpandang dua pemuda berwajah Asia yang sedang menghampiri Johnny. Seorang berkulit agak gelap sedikit manakala seorang lagi berkulit agak cerah. Dia pasti mereka orang Melayu. Ya, pastinya orang Malaysia!

Tetapi kenapa lelaki berkulit cerah itu kelihatannya seperti garang sahaja? Tiada senyuman mahupun sebarang reaksi langsung yang ditunjukkan dari air mukanya ketika itu. Hanya wajah yang ketat sahaja!

Aireen gigit bibirnya yang merah dicalit lipstik. Entah kenapa, perasaan takut kepada lelaki itu tiba-tiba sahaja terdetik dalam dirinya. Hanya kerana melihatkan muka ketat lelaki itu.

"Hello? Amanda..."

Suara Johnny itu membangkitkan kembali kemarahan Aireen. Dia tahu Johnny tahu namanya kerana jelas terpampang di atas poket kiri baju kerjanya.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now