Dhiya membawa Aireen ke Pavilion untuk membeli belah sambil menikmati angin Kuala Lumpur yang sangat elok cuacanya hari ini.
"Murahnya beg ni. Murahnya kasut ni." Aireen sudah terlebih teruja. Bersinar-sinar matanya memandang beg-beg dan kasut-kasut berjenama yang terpamer di rak-rak di situ.
Dari tadi lagi Dhiya ketawa melihatkan gelagat Aireen. Tingkahnya seperti kanak-kanak yang masuk ke dalam kedai gula-gula saja!
"Dhiya, kau cakap aje apa yang kau nak hari ni. Sumpah aku tanggung semua," ujar Aireen kepada Dhiya.
"Kalau aku nak beg ni, kau nak bagi ke?" soal Dhiya sambil menunjukkan beg berjenama Prada yang berharga RM2099.
"Carilah yang mahal lagi. Banyak lagi kut yang lebih cantik," balas Aireen beria-ria. Mukanya yang selamba itu membuatkan Dhiya semakin tergelak besar. Jawapan yang tidak disangka-sangkanya dari Aireen!
"Amboi! Mentang-mentang dah biasa pakai Dollar, sampai kau tak hairan langsung nilai Ringgit Malaysia eak?"
"Mana ada, pandai-pandai aje kau ni," balas Aireen selamba. Beg yang terpamer di situ dibeleknya lagi sehingga puas.
"Aireen, aku nak pergi toilet jap. Nanti dah siap, kau tunggu dekat bangku sana tau?"
"Eh, pilihlah dulu beg yang kau berkenan."
"Aku tak naklah. Kesian kau kumpul duit penat-penat dekat sana, tapi aku pulak yang habiskan untuk kau." Dhiya tolak mentah-mentah. Tanpa berlengah, dia terus mengorak langkah dan membuat gaya telefon di telinganya jika Aireen ada ap-apa masalah nanti.
Aireen melepaskan keluhannya. Dia sebenarnya tidak kisah pun membelanjakan duitnya kepada insan yang bergelar sahabat baiknya. Tapi dia tahu Dhiya bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan di atas kesenangannya selama ini. Dan kerana itulah membuatkan hubungan mereka tidak pernah renggang sehingga ke hari ini.
Kerana sudah hilang mood untuk membeli beg-beg berjenama, Aireen terus keluar dari outlet tersebut.
Namun, tiba-tiba perhatiannya teralih kepada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis kerana dimarahi seseorang. Nampaknya budak lelaki itu telah tertumpahkan ais krim di atas baju wanita itu.
"Kenapa you marah budak tu? Dia bukannya sengaja tadi," tegur Zhariff kepada Maisarah dengan riak yang tidak senang.
"Sorry, I tak sengaja marah dia tadi. Riff, you tunggu kejap. I nak pergi toilet," ujar Maisarah kepada bakal suaminya.
Tergesa-gesa dia menuju ke tandas untuk membersihkan sisa-sisa ais krim di bajunya sambil mulutnya terkumat-kamit mempamerkan rasa geramnya terhadap budak lelaki tadi.
Zhariff pula sudah melepaskan satu keluhan berat dengan perangai Maisarah yang benar-benar sudah melampau. Hanya kerana budak lelaki itu tadi tidak sengaja melanggarnya, sanggup Maisarah memarahi kanak-kanak itu tanpa perasaan.
Kini semakin dia ragu-ragu untuk menerima wanita seperti itu sebagai isterinya suatu hari nanti. Ya Allah, apa benarkah pilihannya untuk menikahi Maisarah seperti yang dijanjikan kepada arwah datuknya beberapa bulan yang lalu?
Kata-kata arwah datuknya sebelum meninggal terimbau kembali ke dalam fikirannya.
Dua bulan yang lalu...
"Zhariff, janji dengan atuk yang Zhariff akan kahwin dengan anak Uncle Amran. Bahagiakan dia Zhariff," pinta Tan Sri Dato' Syuib kepada cucunya yang sedang memegang erat tangannya di atas katil hospital.
Zhariff tergamam seketika dengan permintaan datuknya yang langsung tidak disangka-sangka. Padahal selama ini, datuknya langsung tidak pernah menyukai Maisarah, anak kepada Datuk Amran itu. Malah, datuknya sendiri tahu bahawa dia sama sekali tidak pernah menyukai Maisarah. Sama sekali tidak!
![](https://img.wattpad.com/cover/217172368-288-k915758.jpg)
YOU ARE READING
Dia Cinderella Amanda
RomanceLima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak kecil. Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kini, penampilan...