Bab 10 - Aireen, Gothic, Gengster!

1.3K 70 12
                                    

Dari dalam kereta, Aireen memerhati kediaman lama yang dirinduinya. Sesekali terimbau kenangan lamanya ketika dia masih kecil. Waktu-waktu dia bahagia sebelum kehadiran Maisarah ke dalam rumah ini.

"Aireen, kau dah sedia tak ni?" soal Dhiya.

Aireen pandang Dhiya dengan senyuman dan anggukan yang lemah.

"Thanks tau Dhiya tolong hantarkan aku ke rumah parents aku. Kau baliklah dulu. Nanti apa-apa, aku beritahu kau," ujar Aireen lalu keluar dari kereta.

"Okey Aireen, nanti apa-apa bagitahu aku. Aku doa semua dipermudahkan. Good luck tau!" Dhiya cuba menaikkan semangat Aireen.

"Okey Dhiya. Kau doakan aku tau." Aireen hanya mampu tersenyum kelat.

Setelah kereta Dhiya berlalu membelah jalan, barulah Aireen mengorak langkahnya masuk ke dalam.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan aku hari ni," doa Aireen bersungguh.

"Assalamualaikum..." Aireen memberi salam. Loceng rumah ditekannya dengan penuh perasaan berdebar.

"Bibik! Oh Bibik! Pergi bukak pintu tu! Kau tak dengar ke pintu tu dah memekak aje dari tadi!" Maisarah yang berada di ruang tamu bersama dua rakannya menjerit kuat memanggil Bibik.

"Bibik kau tu pekak agaknya," ujar Luna selamba. Tanpa mengendahkan bunyi loceng, dia terus mengeluarkan pakaian-pakaian gothic yang hampir kesemuanya berwarna hitam dari sebuah beg besar.

"Weh, kau ni agak-agaklah kalau nak berniaga pun, Luna. Masuk bilik aku nantilah baru pilih!" gertak Maisarah lalu memasukkan semula pakaian-pakaian itu ke dalam beg. Bimbang jika aktivitinya diketahui oleh ibu bapanya.

"Kalau macam tu, jomlah kita naik bilik kau sekarang. Nanti kalau mak bapak kau balik, banyak pulak kitorang kena soal siasat dengan diorang. Nanti tak pasal-pasal diorang boleh hidu yang kau nak pergi party gothic liar tu. Jomlah, make-up semua aku dah bawak," ujar Melly pula. Lantas dia bangun dari sofa tersebut.

"Okeylah, jom naik atas sebelum diorang balik." Maisarah bangun dari sofa diikuti Luna dan Melly di belakangnya.

Namun Maisarah tidak jadi naik ke biliknya apabila loceng rumah masih lagi berbunyi.

"Korang tunggu sini kejap. Aku nak tengok sikit siapa yang datang. Manalah tahu kalau yang datang tu mummy dan daddy Zhariff. Lagipun diorang memang nak datang hari ni nak bincang pasal wedding kitorang." Dengan bangganya, Maisarah memberitahu. Luna dan Melly pula sudah tersenyum-senyum.

"Zhariff datang tak?" tanya mereka bersemangat.

"Of course la dia datang. Tapi korang jangan nak mengada-ngada nak rampas dia dari aku okey? Nanti aku buang korang dari jadi kawan aku," ujar Maisarah dengan muka sinisnya.

Luna dan Melly hanya diam sahaja. Mereka tahu mereka tidak boleh naikkan kemarahan Maisarah, kerana dengan Maisarah sajalah mereka dapat berbelanja mewah selama ini.

Dengan senyuman di bibir, Maisarah membuka pintu utama kediaman itu. Namun senyumannya terus mati apabila di hadapannya kini berdiri seorang gadis yang begitu cantik dan sempurna di pandangan mata.

 Namun senyumannya terus mati apabila di hadapannya kini berdiri seorang gadis yang begitu cantik dan sempurna di pandangan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now