Bab 9 - Melawat Rumah Hadiah

1.3K 71 10
                                    

Sebulan berlalu...

"Aireen, kau betul-betul dah nak pergi ke?" soal Dhiya dengan wajah yang dibuat sedih.

Aireen tersenyum. Dia pandang Dhiya yang sedang berteleku di atas katil.

"Dah sebulan aku stay rumah kau, Dhiya. Aku tak nak susahkan kau dan family kau lagi. Lagipun aku dah sedia nak jumpa parents aku hari ni. Atuk aku kata, diorang dah maafkan aku," ujar Aireen tersenyum. Bagasinya yang terbuka terus ditutupnya rapat.

Dhiya diam sahaja. Sebenarnya dia masih ragu-ragu. Apa benarkah ibu bapa Aireen sudah maafkannya? Kalau betul, kenapa mereka sendiri tidak menjemput Aireen di sini? Kenapa Aireen yang perlu terhegeh-hegeh ke sana?

Terdetik rasa simpatinya terhadap Aireen yang benar-benar sudah disisihkan ibu bapa kandungnya sendiri. Tapi jika anak angkat mereka, boleh pula mereka tatang seperti anak emas! Geram pula bila difikirkan.

"Thanks banyak-banyak tau Dhiya sudi tumpangkan aku tinggal dekat rumah family kau. Aku bersyukur sangat dapat kenal kau dan family kau yang baik. Kau bertuah tau dapat family yang bahagia macam ni," ucap Aireen seikhlas hati.

"Janganlah cakap macam tu Aireen. Sedih pulak aku dengar. Seolah-olah macam kau dah tak nak datang lagi rumah ni nanti. Ingat, rumah ni selalu terbuka untuk kau tau," ujar Dhiya pula.

Aireen tersenyum lalu mengangguk senang.

"Nah, atuk kau kirim tengah hari tadi. Dia tak sempat nak jumpa kau sebab ada hal dengan peguam katanya," ujar Dhiya lalu menyerahkan dua gugusan kunci ke tangan Aireen. Satu gugus kunci kereta dan satu lagi segugus kunci rumah.

"Apa ni Dhiya?" soal Aireen bingung.

"Itu kunci kereta dan kunci rumah kau. Hmmm, untunglah jadi anak orang kaya kan? Semua dapat free. Jealous aku!"

Aireen sudah buat muka terkejutnya. Biar betul?

"Betul ke atuk aku ada datang tadi? Kenapa kau tak bagitahu aku? Kau tahu kan yang aku dah lama tak jumpa atuk aku?" Aireen buat muka merajuk.

"Sorry Aireen, atuk kau singgah kejap sangat tadi. Dia nak cepat. Alah, petang nanti pun kau akan jumpa atuk kau jugak, kan?"

"Hmmm, yalah..."

"Dahlah buang masa, jom aku hantar kau kat rumah parents kau," ajak Dhiya sambil menarik bagasi yang berisi pakaian Aireen.

"Tunggu dulu, Dhiya..."

"Kenapa?"

"Sebelum ke sana, boleh tak kita singgah dulu rumah yang arwah atuk Syuib hadiahkan untuk aku tu? Kunci ni, kan?" Aireen tatap lama gugusan kunci di tangannya.

"Bagus jugak tu Aireen, atuk kau pun dah bagi alamat pada aku tadi. Aku pun teringin nak tengok rumah kau. Manalah tahu, rumah kau tu macam mansion? Bolehlah aku tumpang kekayaan kau." Sempat Dhiya menyiku lengan Aireen.

"Kau ni banyak tengok drama sangatlah." Aireen menepuk dahinya dengan lawak Dhiya.

"Tapi kan, aku tak sangka betul arwah atuk Syuib dah tak ada. Macam sekejap sangat masa berlalu," ujar Dhiya tiba-tiba.

Aireen tunduk. Wajahnya sayu tiba-tiba.

"Aku terkilan sangat Dhiya sebab tak sempat nak jumpa arwah. Dari dulu aku dah anggap atuk Syuib macam atuk aku sendiri," ujarnya sayu.

"Aku faham Aireen. Tapi nak buat macam mana, dah sampai ajal dia. Kita pun macam tu jugak suatu hari nanti," pujuk Dhiya pula.

"Aireen, Dhiya... Dah siap ke? Abang Naufal hantar ya?" Tiba-tiba Naufal muncul di muka pintu bilik.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now