Bab 7 - Malaysia!

1.4K 71 8
                                    

"Aireen benci atuk! Aireen benci atuk!" Aireen meracau dalam tidurnya.

"Aireen! Aireen!" Dhiya cuba mengejutkan Aireen yang sedang tidur di atas katilnya.

"Aireen benci atuk!" Aireen masih meracau. Malah, lebih kuat daripada tadi.

Dhiya sudah menggelengkan kepalanya. Namun, dia faham Aireen pastinya masih penat dan belum dapat membiasakan diri lagi dengan persekitaran di Malaysia ini. Lagipun, mereka baru sahaja tiba di Malaysia semalam, dijemput ibunya.

Dhiya lepaskan keluhannya dengan malas. Hai, macam manalah nak buat gadis New York ni bangun dari tidurnya?

"Haah!" Dhiya terus petik jari apabila idea bernasnya tiba-tiba muncul. Senyuman nakal terus terukir di bibirnya.

"Amanda, cake! Cake!" Dhiya berbisik ke telinga Aireen dengan suara yang dibuat-buat cemas.

Mata Aireen terus terbuntang luas. Dengan tergesa-gesa, dia terus bangun dari katil lalu terjatuh di lantai bilik itu bersama selimut tebal Dhiya.

Dhiya ketawa berdekah-dekah. Pantang dengar orang menyebut kek saja! Trauma betul!

Aireen mengaduh kesakitan. Kurang asam punya Dhiya! Bantal di sebelahnya terus dilemparkan ke arah Dhiya.

"Sorry la weh, aku gurau aje. Habis tu, kau susah sangat nak bangun tadi," ujar Dhiya dengan ketawanya yang masih bersisa.

Aireen pandang di sekeliling bilik Dhiya itu. Dia sedar dia bukan lagi sedang bermimpi. Dia kini secara rasminya sudah berada di Malaysia, Tanah Airku yang tercinta!

Dengan senyuman girang, Aireen merebahkan kembali badannya di atas katil dengan perasaan yang berbunga.

"Sorry, aku jet lag la," balas Aireen dengan senyuman mekar di bibirnya.

Dhiya tersenyum. Gembira hatinya apabila melihat sahabat baiknya itu yang kelihatan bahagia sekali pulang ke Malaysia setelah 15 tahun berada di negara berkulit putih.

"Dah, buang jet lag kau tu! Kalau tak, aku tak nak ajak kau jalan-jalan KL hari ni." Pantas Dhiya menarik selimut yang kembali menyelubungi badan Aireen.

Aireen yang sudah mahu terlelap memandang jam jenama Cartier di tangannya.

"Kau mimpi apa ni? Ni dah pukul 12 tengah malam kut! Aku dah mengantuk balik dan aku nak tidur. So, esok aku ada banyak energy untuk jalan-jalan satu Malaysia." Aireen membalas selamba lalu memejamkan matanya kembali.

"Hello... Kau tu yang tengah mimpi! Ini dah pukul 12 tengah harilah! Ten-gah ha-ri!" ulang Dhiya sambil menggelengkan kepalanya.

Aireen bangun dari pembaringan. Dia pandang kembali jam berjenama di tangannya lalu menepuk dahinya beberapa kali. Baru dia sedar, dia kini berada di Malaysia, bukan di New York!

"Kau cubit aku Dhiya. Cubit aku," pinta Aireen.

Dhiya dengan kuatnya terus mencubit pipi Aireen yang halus mulus. Habis merah pipi Aireen dibuatnya.

"Sakitlah!" jerit Aireen kesakitan. Dia gosok pipinya yang sudah merah dicubit Dhiya.

"Dah tu, suruh sangat aku cubit kau. Hah, macam mana sekarang? Dah sedar?" perli Dhiya.

Aireen tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi.

"Nasib baik aku uzur. Kalau tak, mesti aku dah terlepas subuh tadi," ujar Aireen tersengih.

"Dah, sekarang kau mandi siap-siap. Lepas tu, turun makan. Lepas makan, baru kita pergi shopping." Dhiya kemudian mengangkat keningnya berkali-kali dengan nakal.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now