Bab 20 - Nasya Lunch di Rumah Aireen & Zhariff

3.4K 125 130
                                    

Aireen pulang dari melawat ibu bapa Dhiya pada waktu tengah hari. Ketika memasuki pekarangan rumah, dia lihat kereta Honda Jazz Nasya juga baru sahaja tiba. Ketika itu, sempat juga dia lihat Lamborghini suaminya yang tersadai di bawah garaj.

"Isy, dah macam anak dara aje terperap dalam rumah!" gumamnya sewaktu keluar dari kereta. Geram juga apabila setiap kali hujung minggu, suaminya pasti berada di rumah sepanjang hari.

"Aireen..." Nasya yang baru keluar dari keretanya terus menyapa Aireen.

"Kenapa Nasya tak call saya dulu nak datang awal? Saya ingat, Nasya nak datang petang," balas Aireen tersenyum mesra.

"Sorry sebab tak call Aireen dulu. Nasya ingat Aireen memang ada dekat rumah aje. Tapi nasib baik Aireen dah balik sekarang," balas Nasya lembut.

"Ok no worries. Dah jomlah kita masuk. Nanti saya masakkan Nasya something untuk lunch." Lantas Aireen tarik tangan Nasya dengan mesra memasuki pintu rumah.

"Aireen pandai masak ke?" soal Nasya tiba-tiba. Bunyinya kedengaran cemburu.

Aireen terdiam seketika. Baru dia tersedar bahawa dia sudah terlepas cakap. Padahal Dhiya sudah banyak kali berpesan kepadanya untuk merahsiakan segala tentang dirinya yang bersikap feminin. Nanti tak pasal-pasal, orang lain mengesyaki apa-apa tentang dirinya. Lebih parah lagi jika Zhariff sendiri yang tahu! Isy, naya!

"Aireen mesti selalu masak untuk Encik Zhariff, kan?" soal Nasya lagi cuba memancing.

Aireen terus berpura-pura ketawa.

"Nasya, saya tak pandai masaklah. Lagipun gila ke apa saya nak masakkan untuk Encik Zhariff? Dia pun tak teringin nak makan apa yang saya masak. Haha..." Aireen ketawa lagi seolah-olah perkara itu terlalu lucu buatnya.

Nasya berasa lega dengan jawapan Aireen. Dengan muka yang kembali ceria, dia terus mengangkat mangkuk bertingkat di tangannya ketika itu.

"Tak apa, hari ini Nasya ada bawak nasi dan lauk untuk Aireen. Kita makan sama-sama. Aireen ajaklah Encik Zhariff sekali ya, sebab banyak jugak ni yang Nasya masak." Seperti selalu, Nasya terus berpura-pura tersenyum manis.

"Errr..." Aireen sudah garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapalah Nasya perlu ajak mamat tu jugak?

"Aireen?"

"Errr... okey la Nasya. Nanti saya try tanya Encik Zhariff dulu," balas Aireen akhirnya. Tidak tergamak pula dia mahu menolak perlawaan Nasya itu.

Sementara Nasya sedang menghidang makanan di ruangan makan, Aireen mengambil kesempatan itu untuk memanggil Zhariff untuk makan bersama mereka.

Dengan tangan terketar-ketar, dia mengetuk pintu bilik suaminya. Sebelah tangannya pula sedang memegang satu beg kertas besar yang dikirim oleh Dhiya semalam. Sengaja dia ambil kesempatan itu untuk memberi semua barang ini kepada suaminya.

"Apalah yang perempuan tu nak?" Zhariff terus bangun dari pembaringannya.

"Mamat ni tidur ke?" Aireen ketuk lagi bilik suaminya apabila tiada sebarang respons.

Kali kedua dia mengetuk pintu, tangannya digempal kemas. Belum sempat mengetuknya, pintu itu sudah pun terkuak luas. Secara automatik, tingkahnya terus terhenti.

"Kau nak pukul aku ke?" soal Zhariff sambil mengangkat keningnya. Dia pandang tangan Aireen yang hampir di mukanya.

Alamak! Aireen terus menjatuhkan tangannya ke bawah. Dia cuba kawal reaksi mukanya.

"Kalau diingatkan, aku memang nak pukul kau tadi. Tapi aku simpan dulu sebab Nasya ada dekat sini sekarang. Anyway, aku datang sini sebab Nasya ajak kau makan sama-sama dekat dapur. Dia sendiri yang masak. So, kau jangan cuba-cuba berani nak tolak pulak. Faham?"

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now