Bab 17 - Kunci Rumah Tertinggal

1.3K 69 14
                                    

Aireen memarkirkan Audi A6nya bersebelahan Lamborghini Urus suaminya yang sudah tersadai di bawah garaj. Dia pasti suaminya pasti sedang menunggunya pulang untuk membukakan pintu rumah.

Dari jauh, Aireen dapat lihat suaminya sedang merenungnya dengan tajam di hadapan pintu utama banglo. Isy, betul-betul dia gerun untuk melawan panahan anak mata suaminya itu!

"Jalan tu tak boleh cepat sikit ke? Aku dah penatlah tunggu kau!" herdik Zhariff sedang moody.

"Sabarlah bro. Kau tak ingat ke ni rumah aku? Ru-mah a-ku! Kau tu cuma menumpang aje okey?" Selamba sahaja Aireen mengingatkan Zhariff.

Zhariff buat muka menyampahnya. Namun kerana malas mahu bertekak, dia mendiamkan diri sahaja dan hanya memerhatikan Aireen yang sedang menyelongkar beg tangan hitamnya untuk mencari kunci rumah mereka. Eh, tersilap. Rumah perempuan itu!

"Mana kunci ni? Takkan tertinggal kut dekat ofis tadi?" gumam Aireen kerisauan.

Zhariff yang mendengarnya pula terus tiba-tiba naik angin.

"Kau biar betul tertinggal dekat ofis?" herdik Zhariff geram.

"Aku... aku agak-agak aje tadi! Bukannya tertinggal betul pun!" jawab Aireen cuba berdalih.

"Kalau tak tertinggal, mana kunci tu? Hei perempuan, cepatlah sikit! Aku dah penat ni! Aku nak rehat!" marah Zhariff lagi.

"Sabarlah! Bukan kau sorang aje yang penat. Aku pun penat jugaklah!" balas Aireen dengan nada yang sama. Dengan geram, dia menyelongkar lagi begnya untuk mencari kunci.

Gulp! Aireen sudah menelan air liurnya. Nampaknya, dia betul-betul sudah tertinggal kunci rumah di pejabat!

"Ahemm... Aku rasa aku betul-betul tertinggallah," ujar Aireen tersengih.

"WHAT? Kau ni memang... Ahhh menyusahkan ajelah!" jerit Zhariff kegeraman. Dengan kasar, dia terus merampas beg di tangan Aireen.

"Ahhh tunggu!"

Belum sempat Aireen merampas beg tangannya kembali, dia lihat Zhariff sudah mengeluarkan kesemua barang yang terdapat di dalam beg ke lantai. Maka, terkeluarlah segala isi-isi yang tidak sepatutnya dilihat oleh suaminya ketika itu.

Zhariff pula sudah pandang ke arah lain apabila terlihat dua keping tuala wanita spare Aireen di lantai. Aireen yang sudah malu terus menyorokkan tuala wanitanya dan merampas beg tangannya daripada tangan suaminya.

"Ahem... So, sekarang macam mana? Nak tidur dekat luar?" marah Zhariff lagi cuba menutup perasaan malunya. Cover line!

Aireen pandang suaminya dengan jelingan geram. Sudahlah telah menganggu privacynya, kini mahu memarahinya pula!

"Kau pergilah tidur rumah mummy dan daddy kau tu. Kau kan ada mak ayah?" sindir Aireen dengan geram.

Zhariff terus terdiam dengan sindiran isterinya. Dia tahu Aireen pasti masih terasa hati dengan kata-katanya semalam.

"Sorry, aku betul-betul tak sengaja nak cakap yang bukan-bukan semalam. Mungkin sebab aku letih sangat semalam," ucapnya cuba membetulkan keadaan.

"Kau fikir kau sorang aje kan yang letih? Habis aku ni apa? Tunggul? Tak ada perasaan?" balas Aireen tanpa memandang suaminya. Dia kemudian menyibukkan dirinya dengan meletakkan kembali barang-barangnya di lantai ke dalam beg semula.

Zhariff semakin diasak perasaan bersalah. Itulah, lancang sangat mulut semalam!

"Look, aku betul-betul tak berniat..." Belum sempat Zhariff menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba sebuah kereta Honda Jazz memasuki laman banglo mereka.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now