1

51 5 3
                                    


Aku membuka mata. Terasa sakit bebola mata namun masih tidak mampu melawan kesakitan tubuh aku. Setelah berjaya melawan pancaran cahaya yang menerobos masuk ke dalam bebola mata, aku dapat melihat secara normal kembali.

Hanya putih. Ya, siling putih yang menjadi tatapan pertama aku setelah aku berjaya membuka mata. Tapi, ia lebih baik daripada kegelapan yang ditatap sebelum ini.

Aku mengagahkan diri untuk bangun walaupun badan sendiri masih berasa sengal dan kurang bermaya.

Bangun sahaja dari pembaringan, aku sudah memegang kepala. Kepala aku berasa seperti dicucuk beribu jarum beracun. Sakitnya sehingga aku mengeluarkan suara. Walaupun badan aku masih lemah namun suara aku masih kuat untuk membangunkan seseorang yang terbaring di atas sofa berhadapan katil wad aku.

Ya, aku yakin ini wad. Dengan bau ubat-ubatan yang menyucuk hidung membuatkan aku berasa loya tekak. Aku sememangnya tidak menggemari bauan hospital. Kemungkinan orang yang tidak sakit dan masih sihat akan berasa seperti diri mereka sebahagian dari pesakit hospital.

"Sila panggil doktor, nurse. Pesakit ini nampaknya sudah sedar dari pengsan, " arah satu suara.

Nurse yang kebetulan lalu-lalang di hadapan wad itu segera bergegas mencari doktor untuk memeriksa keadaan pesakit.

Aku hanya mampu menahan sakit kepala yang tidak surut menyerang. Tidak dapat aku mengenalpasti dari mana datangnya suara tadi.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara doktor mengarahkan semua nurse untuk membantu memeriksa aku. Doktor itu menyuntik aku dengan ubat penahan sakit, maybe? Setelah itu, kepala aku berasa ringan dan tidak sakit lagi. Doktor tersebut memeriksa keadaan aku sebelum mengesahkan bahawa aku telah sedar sepenuhnya.

Doktor itu menyuruh aku untuk mengambil ubat-ubatan yang telah diberikan supaya aku cepat sembuh dari penyakit. Sementara itu, aku diperintahkan supaya tinggal di hospital untuk menjalani beberapa ujian pengesahan kerana doktor itu berasa hairan dengan laporan kesihatan aku. Lagipun, badan aku perlu dimasuki air kerana kekurangan air dalam badan.

Setelah doktor dan nurse yang memeriksa aku pergi menjalankan tugas lain, aku duduk bersandar di kepala katil. Aku dapat lihat dengan jelas wad yang aku sedang duduki sekarang ini. Ianya wad persendirian. Patut lah aku tak dengar langsung suara-suara pesakit lain. Rupanya parents aku telah menempatkan aku di wad persendirian.

Bercakap tentang parents aku, dimanakah mereka sekarang ini? Adakah mereka meninggalkan aku keseorangan di dalam wad ni?

Setelah beberapa ketika aku mencari jawapan, akhirnya aku terlelap sendiri. Kesan ubat yang telah disuntik oleh doktor sebelum ini. Tanpa mengalihkan badan, aku telah terlelap dalam keadaan duduk bersandar di kepala katil.

Aku yang terlelap merasakan diri aku diangkat sebelum diletakkan di posisi yang selesa. Dalam keadaan mamai dan mengantuk, aku sempat mengucapkan terima kasih kepada dia yang telah mengangkat aku. Aku kembali terlena, namun sebelum aku sepenuhnya terbang ke alam mimpi, kedengaran suara dia.

"Welcome, princess, "

Suara yang begitu dalam dan garau itu membuai aku ke alam mimpi indah.

Tanpa aku sedari, dia merenung aku yang sedang terlena itu sambil menyimpulkan senyuman manis.


..

Aku terbangun dari lena apabila mendengar bunyi bising di dalam wad. Setelah itu kedengaran suara seorang wanita yang memanggil nama aku serta merasa kehangatan tangannya yang menggenggam tangan sejuk aku.

Terpampang wajah ibu yang selama ini bersusah payah membesarkan aku setelah aku membuka kelopak mata. Wajahnya yang sayu itu dipandang sebelum dia mengajukan soalan.

"Kamu okay ke, sayang? Rasa pening ke nak muntah ke ada tak? Ke kamu lapar? Ibu ada bawakan sup sayur untuk kamu. Doktor cakap kamu tak boleh makan makanan yang berlemak sangat sekarang ni. Kalau kamu lapar ibu akan sediakan makanan, " ujar ibu sebelum bergegas ke arah beg yang dibawanya.

Aku hanya memerhati. Bukannya tidak mahu menjawab tetapi mulut aku berasa pedih kerana bahagian dalam mulut aku pecah akibat suhu yang panas. Jadinya, nak bercakap pun susah. Apatah lagi nak makan.

Setelah beberapa minit menyiapkan sup sayur yang dibawa dari rumah untuk aku menjamah, ibu kembali dengan sebelah tangan memegang mangkuk dan sebelah lagi memegang gelas berisi air mineral. Gelas tersebut diletakkan di atas meja yang berada bersebelahan katil aku.

"Biar ibu suap kamu. Buka mulut, sayang, " kata ibu seraya menyudu sup dan disuakan ke mulut aku.

Dengan kesakitan, aku hanya membuka mulut dan cuba menelan sup itu walaupun tekak aku berasa sakit. Bukan sekadar mulut malahan tekak aku juga sakit. Semenjak aku demam campak beberapa hari lepas, aku tidak mampu menelan banyak makanan bahkan minuman sekali pun. Semuanya akan menyeksa tekak dan mulut aku.

Ibu yang melihat keadaan aku yang bersusah-payah menelan sup itu cuba membantu. Dia meletakkan mangkuk ke tepi dan mengusap belakang badan aku.

Setelah beberapa ketika, aku berjaya menelan sesudu sup. Kesakitan mulut dan tekak menjalar ke seluruh tubuh dan bertindak menyebabkan kepala aku mula pening.

"Kamu nak makan lagi ke, sayang? " soal ibu beriak kerisauan.

Aku hanya menggeleng kepala sebagai jawapan. Tidak sanggup aku menambah kesakitan lagi. Aku kembali menyandarkan kepala ke kepala katil yang telah dilapik oleh bantal. Kesakitan di kepala semakin menjalar sehingga aku berbaring supaya kesakitan itu berkurang.

Selalunya apabila jadi begini, aku akan baring dan pening kepala akan berkurang sedikit. Lebih baik berkurang sedikit daripada tak kurang langsung, kan?

Aku memandang ke arah pintu wad apabila dua orang lelaki melangkah masuk. Ibu segera bergerak mendekati ayah yang masuk bersama doktor yang merawat aku. Aku sendiri tidak pasti tujuan doktor itu masuk ke dalam wad aku sedangkan aku yakin ramai lagi pesakit yang lebih memerlukan pertolongan doktor itu daripada aku.

Doktor tersebut melemparkan senyuman kepada ibu dan aku apabila dia menyedari bahawa dirinya menjadi tumpuan. Ayah yang berada di sebelah hanya berwajah sugul.

"Assalamu'alaikum, puan. Minta maaf mengganggu keluarga puan seketika kerana ada perkara penting yang perlu saya sampaikan kepada puan dan keluarga puan berkenaan anak puan. Adakah puan keberatan? " ujar doktor itu.

"Ouh, tidak mengapa doktor. Kalau berkenaan anak saya, saya akan beri kerjasama, " balas ibu sambil tersenyum manis.

"Baiklah kalau begitu. Sebenarnya, saya dan beberapa doktor lain berasa hairan dengan laporan kesihatan anak puan. Jadi kami ingin meminta keizinan puan dan tidak dilupakan, keizinan tuan supaya membenarkan kami membuat pemeriksaan lebih terperinci tentang penyakit anak puan ini. Bagi kami, anak puan bukan sahaja mengalami penyakit demam campak malah anak puan juga berkemungkinan menghidap penyakit yang lebih bahaya dari demam campak. Jadi, kami bercadang untuk membuat pemeriksaan terhadap tahap kesihatan anak puan. Kalau pihak keluarga pesakit setuju, kami akan menjalankan pemeriksaan dengan segera dan saya harap keluarga pesakit tidak terkesan jika kami telah mengesahkan keputusan pemeriksaan itu nanti ataupun dengan kata lain, jika pesakit ada penyakit bahaya, "

Doktor yang bersama ayah terus mengemukakan tujuan asal dia ke sini setelah mendapat jawapan ibu.

Ibu dan ayah kelihatan muram setelah mendengar penjelasan doktor itu tadi. Mereka pasti bahawa anak mereka sihat sahaja tetapi jika doktor berkata sebegitu, mestilah ada penyakit lain yang dihidapi oleh anak mereka itu.

"Jika begitu, kami bersetuju dengan cadangan doktor. Tetapi saya harap anak saya tidak mengalami sebarang penyakit bahaya, " kata ibu dengan wajah sedikit muram.

Aku melihat doktor itu juga bermuram seperti dia juga sebahagian daripada keluarga aku.

Sempat aku melirik memandang name tag yang dipakai oleh doktor itu.


















Haikal E.



..

A M N E S I A •Where stories live. Discover now