12

38 6 1
                                    




Setengah jam telah pun berlalu setelah kami sekeluarga meninggalkan perkarangan hospital. Kini, kereta yang dipandu oleh ayah sedang meluncur laju membelah jalan raya.

Aku hanya memandang ke arah luar tingkap kereta. Melihat ke arah jalanan yang dilalui oleh kami. Kelihatan pokok-pokok yang di tanam di sekitar jalan, kenderaan yang lalu lalang dan kedai-kedai serta perumahan pada pandangan mata aku.

Sambil melihat ke luar, mindaku terbayang akan peristiwa tadi.

Serta-merta pipi aku berona merah.

Seperti sangkaan aku, ibu dan ayah bertanya tentang keberadaan ku tadi. Aku tidak menjelaskan apa-apa kepada mereka malah mengesa untuk pulang ke rumah.

Harapnya mereka tidak menyedari wajah aku yang kemerahan semasa kembali menghampiri mereka.


Arghh!!

Semua salah lelaki ituu!

Sudah la aku langsung tidak tahu siapa dia, namanya bahkan seluruh wajahnya!

Lepas tu senang hati dia je buat macam tu dekat aku!

Ingat aku ni patung ke boleh suka suki main peluk?!

Dah dua kali tahuu!!

DUA KALI!!!!






ARGHHHHHHH!!!!!


Boleh gila aku jadinya macam ni.

Aku masih lagi ingat pada kata-katanya. Walaupun aku baru belajar bahasa inggeris, otak bijak aku ini dapat saja menafsirkan kata-kata itu.

"Please remember one thing, princess. Do not fall for another person, except me, "

Aku faham maksud perkataan-perkataan itu dalam bahasa Melayu tapi apa sebenarnya yang dia cuba sampaikan?


Do not fall for another person, except me?


Jangan jatuh untuk orang lain selain dia? Itu ke maknanya?


Jatuh?



Tak ada kerja agaknya aku nak jatuh selalu. Tadi pun dia yang tarik aku. Kalau tak, aku happy je tinggalkan dia.


Tchh!

Sedang aku berangan, tiba-tiba suara ibu kedengaran di cuping telinga. Serta-merta bayangan si dia hilang digantikan wajah ibu yang memandang aku pelik mungkin kerana aku tidak memberi tindak balas kepadanya sebentar tadi.

"Kita dah sampai, " kata ibu membuatkan aku menjenguk ke luar tingkap lagi.

Jika tadi aku tidak nampak figura sebuah rumah sederhana besar itu, kini aku hanya mampu terkelu melihat keindahan di sekitar kawasan rumah yang berada di hadapan aku.

"Tak nak keluar, ke? "

Ibu berkata apabila melihat aku yang terpegun sendiri di tempat duduk belakang. Terus aku mengangguk seraya membuka pintu kereta untuk keluar.

Mungkin akan lebih jelas pandangan aku jika berada di luar kereta.

Aku berdiri di sisi kereta. Tepat memandang rumah di hadapan.

"Kamu suka? " ayah yang mengeluarkan beg di dalam bonet menegur aku.

Aku mengalihkan kepala memandangnya.

"Aaaa, iya, "

Hanya itu yang terkeluar dari mulutku.

"Jom lah masuk. Buat apa tercegat dekat sini. Cuaca panas ni baik kamu masuk ke dalam. Nanti jatuh sakit pula, " ibu membebel pada aku.

A M N E S I A •Where stories live. Discover now