Seorang wanita melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan anaknya. Pintu dibuka perlahan supaya tidak mengejutkan anaknya yang sedang berehat.
Setelah mendengar khabar tentang penyakit itu, anaknya sudah tidak ceria seperti dulu. Jika dulu anaknya akan sentiasa menunggu kedatangannya dan suami dengan senyuman manis. Namun kini, sikap anaknya berubah. Tiada lagi senyuman ceria yang selalu ditatapnya. Hanya riak hambar yang dipamerkan oleh anaknya.
Dia melihat tubuh anaknya yang berbalut baju hospital. Anaknya sudah tersangat kurus. Bukannya dia tidak memberi makan namun anaknya hanya mengisi perut dengan beberapa suap nasi sahaja. Itu pun setelah puas dia membebel. Barulah anaknya menjamah makanan. Jika tidak, anaknya hanya termenung mengenang nasib diri.
Dia mengeluh mengenangkan anaknya. Agaknya jika dinding wad yang berwarna putih itu hidup pasti ia akan bertukar merah akibat malu ditenung sebegitu oleh anaknya.
Dia segera bergerak menuju ke arah katil anaknya apabila melihat anaknya yang seperti hendak membuka mata. Mungkin anaknya dahaga atau mahukan apa-apa?
Dia menggenggam tangan anaknya yang sudah sejuk seperti ais.
"Kamu dah bangun, sayang? " soalnya prihatin.
Anaknya tidak menjawab dan hanya berusaha untuk duduk bersandar.
"Kamu nak apa-apa ke? Ibu boleh tolong ambilkan, "
Anaknya hanya menggeleng sahaja. Tidak membuka mulut menjawab pertanyaan ibunya.
"Kamu dah makan? "
Dia mengangguk. Dia memang sudah makan sebelum kedatangan ibunya.
"Kamu sudah makan ubat? "
Dia menggeleng.
Si ibu hanya melepaskan keluhan kecil. Sudah berbuih mulut menasihati anaknya supaya mengambil ubat-ubatan. Namun anaknya masih degil. Sudah hampir sebulan anaknya bersikap begitu.
"Kenapa tak makan ubat, sayang? "
"Buat apa makan kalau akhirnya saya mati juga nanti? Lagi pun itu ubat penahan sakit sahaja bukannya boleh sembuhkan penyakit pun, "
Dingin sahaja anaknya menjawab.
"Sayang, tak baik cakap macam tu. Semua yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan kita, sayang. Tak ada makhluk yang tidak mati, sayang, " tutur si ibu, lembut.
Anaknya hanya membisu. Sudah lali mendengar kata-kata itu.
"Saya mahu bersendirian, " jelas anaknya.
Si ibu hanya mengeluh sebelum bergerak keluar dari wad. Kini hanya tinggal dia seorang. Seperti kemahuannya.
..
Aku tidak memandang ibu yang pergi. Sudah aku tahu bahawa ibu akan meninggalkan aku sendiri jika aku memintanya.
Aku termenung lagi. Melihat dinding putih di hadapan aku ini sememangnya hobi aku semenjak aku dimasukkan ke dalam wad. Tambahan lagi semenjak aku mendapat khabar itu.
Sehingga hampir empat jam aku termenung, akhirnya pintu wad terbuka. Aku tidak kisah siapa yang hendak masuk. Tetapi yang pastinya dia tidak boleh menganggu aku melakukan hobi aku.
Aku tidak menoleh untuk memandang. Namun bau yang aku hidu setelah dia memasuki wad ini sudah memberi jawapan.
Ini bau dia.
Tak silap lagi.
Aku kenal sungguh dengan pemilik bau ini. Dia yang sering mengunjung ke sini sedikit sebanyak meninggalkan kesan baunya di dalam wad aku. Tidak hairan lah jika wad aku ini berbau seperti dia.
YOU ARE READING
A M N E S I A •
Short StoryDia seorang gadis periang, Dia seorang gadis peramah, Dia seorang gadis manja. Namun, siapa sangka akhirnya dia berubah rupa? Dulu dia periang, Kini dia dingin. Dulu dia peramah, Kini dia perengus. Dulu dia manja, Kini dia kaku. "Kau siapa...