20

42 6 7
                                    

Hening.


Suasana di dalam kereta milik Kyle yang laju bergerak di atas jalan raya itu sepi. Tiada siapa yang mahu membuka mulut berkaitan perkara tadi.

Aku merenung ke luar tingkap. Minda ku masih tidak mampu membuang ingatan tentang kejadian tadi. Sakit di hati tetap terasa dengan 'mereka'.

Sudah ku duga akan terjadi seperti itu.

Kerana itulah aku belum bersedia berjumpa dengan mereka, dahulu. Aku sudah tahu bagaimana sikap mereka. Buku berkulit tebal yang aku jumpa sebelum ini telah banyak membantu aku mengenali 'mereka' walaupun bukan sepenuhnya.




Ingatanku masih terkunci.

Bukan terhadap 'mereka' sahaja bahkan kepada dia.







Idz Ayden.







Aku tahu lelaki itu tidak berbohong tentang perasaan aku yang dulu.

Segalanya telah ditulis oleh 'aku' yang dulu dalam buku itu. Memori-memori yang ditulis itu semuanya telah dibaca. Ada yang manis seperti madu dan tidak lupa yang pahit umpama hempedu.

Aku hanya tersenyum apabila membaca kisah antara aku dan dia yang manis-manis belaka. Mungkin manis bagi aku tapi tidak bagi orang lain kerana ada sesetengah kejadian yang tidak begitu 'sweet' seperti ungkapan itu.

Aku dapat menyimpulkan bahawa 'aku' yang dulu memang sangat menyukainya, Idz Ayden.

Cukuplah daripada tulisan-tulisan di atas setiap helaian muka surat yang menunjukkan perasaan aku padanya.

'Aku' yang dulu masih menyukai lelaki itu walaupun dia sering menyakiti hati ku. Walaupun perkara tersebut tidak terjadi pada aku yang sekarang tetapi aku tahu bertapa sakitnya sebuah harapan palsu yang diberi oleh orang yang disukai.



Aku tahu Idz itu beku orangnya.

Bukan beku sahaja malahan rabun juga.


Sudah la rabun tetapi tidak mahu memakai cermin mata sehinggakan aku yang masih menunggu dan berada di depan mata ini tidak dipedulikan. Haih..

Namun, masih ada satu perkara yang menjadi tanda tanya kepada 'aku' yang dulu tentang lelaki itu. Kadang-kadang dia melayan aku dengan baik seperti aku ini rakannya, tetapi ada ketika dia seperti tiada perasaan melayan aku dengan kedinginannya.





Dia ada split personality ke?








..






"Woyh, Elle. Dah sampai dah depan rumah kau. Takkan kau taknak keluar lagi? " suara Kyle telah menyedarkan aku ke alam realiti.

Aku terkebil-kebil melihat wajah Kyle di tepi.

"Kau ni dah kenapa tengok aku macam tu? Aku ni bukannya alien sampai kau kena pandang aku pelik. Haih, kau ni... "

Aku tersenyum kecil mendengar kata-kata Kyle.

"Hm, ya la. Terima kasih sebab hantar aku, " aku berkata sambil bersiap sedia untuk turun dari kereta.

"Small matter je la. Dah mama aku suruh aku ambil kau takkan aku nak tolak kot? " dia berkata seraya bersandar di kerusi pemandu.

"Haha, okay. Aku nak turun dah ni. Bye, bawak kereta elok-elok tau. Jangan pergi race pulak, "

Aku melihat Kyle tersenyum mendengar kata-kata ku sebelum tangan membuka pintu untuk keluar.

Tangan dilambaikan kepada Kyle apabila kereta yang dipandunya mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Aku yang berada di hadapan pintu rumah membuka sepatu setelah kelibat kereta itu hilang dari pandangan.

Perlahan-lahan aku membuka pintu dan masuk ke dalam rumah setelah memberi salam.






..







Aku membuka pintu bilik. Tangan kembali menutup pintu itu sebelum aku melangkah ke arah katil. Punggung dihenyakkan seraya aku mencapai smartphone di dalam beg tangan.

Aplikasi Whatsapp dibuka.

Aku membuka group chat family dan mengirimkan message berkenaan result PT3.





ME
° Elle dah dapat result exam.



Tidak sampai beberapa minit, message itu dibalas.



Ibu
° Elle dapat berapa 'A'?

Ayah
° Straight A's ke, Elle?

ME
° Tak dapat straight A's pun. Dapat 6A 2B je.

Ayah
° Congrats, Elle! Nanti ayah belikan blueberry cheesecake untuk kamu.

ME
° Thank you.



Aku menutup aplikasi itu. Bingkas aku bangun dari katil dan menanggalkan pin-pin yang masih berada di tudung.



Drtt! Drtt!




Tangan aku yang sedang menanggalkan tudung seakan terhenti. Pantas aku membuka tudung dan mengapai smartphone di atas katil. Agak teruja untuk mengetahui dari mana datangnya notification itu.

Aku membuka smartphone dan melihat notification yang ada.




Ayden (idz_ayden) has request to follow you.




Serta-merta rasa teruja ku hilang sejurus melihat nama itu. Aku menghempas sedikit smartphone yang tidak bersalah itu ke atas katil.

Ingatkan Rayyan nak ucap tahniah ke apa. Rupanya sotong raver nak request follow aku. Buang masa aku je.

Korang mesti tertanya-tanya dari mana aku dapat idea nak panggil dia tu sebagai sotong raver, kan?

Sebenarnya nama tu dari 'aku' yang dulu. Aku terbaca panggilan itu daripada buku berkulit tebal hari tu. Mulanya, aku tak terniat pun nak panggil Idz tu macam tu. Tapi, setelah melihat sendiri dan bertemu mata dengan Idz, aku rasa ada benarnya kenapa 'aku' memanggil lelaki tersebut seperti itu.

Aku mengabaikan request daripada lelaki itu dan terus menuju ke arah bilik air. Tuala yang tersangkut sempat dicapai sebelum aku menutup pintu bilik air.







..



Part ni sikit je nnti author sambung kay. Idea tiba-tiba hilang sebab dah lama tak update.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A M N E S I A •Where stories live. Discover now