5

36 6 2
                                    

Aku memegang kemas phone di tangan. Setelah memasukkan password, aku segera membuka data. Aku menunggu sebentar.

Setelah beberapa minggu aku kebosanan di hospital, akhirnya dapat juga aku kembali aktif di alam maya kerana ibu yang telah memberikan semula phone aku setelah mengetahui keputusan pemeriksaan kesihatan aku minggu lepas. Dapat lah aku stalk dia balik sepanjang minggu lepas.

Tapi biasa lah tak ada yang menarik pun sebab dia jarang update status. Dua hari lepas sempat juga aku wish birthday kawan baik aku. Yes, kawan aku lelaki. Lepas itu tetiber pulak dia update status letak quote 'I got jealous when someone have your attention' pula. Dan aku macam.. Hmmmmmmmmm....

Dia nak tuju kepada siapa tu?

Kalau aku tak pe juga!

Ehhh jangan perasan lah ye dia nak tuju kat aku ni. Biasa la kami kan 'kawan' aje.

Aku menekan ikon Whatsapp. Nama pertama yang aku lihat ialah nama dia. Nama yang aku save bersama emoji love purple dan bintang tiga ketul itu aku tatap. Ada satu message daripada dia yang belum aku lihat. Tapi aku tak ade lah nak gelabah sangat sebabnya memang sudah lama message itu dibiar tidak dibalas dan dibuka. Sebelum aku sakit lagi message itu dibiar sepi. Biasa lah aku ni suka ignore message orang. Hehehe..

Daripada aku kena blue tick lebih baik aku double grey tick je, kan?

Aku melihat bahagian status pula. Selepas beberapa ketika aku meng'scroll' status manusia yang berada di dalam contact aku, aku menemukan nama dia.

Sepantas kilat aku menekan. Tapi tengok aje caption aku dah sakit hati. Aku dengan sabar yang semakin menipis menunggu gambar yang dipostnya itu loading. Aku berfikir, gambar apa yang dipostnya sampaikan caption ditulis begitu?

Setelah melihat gambar yang dipostnya, aku menahan panas di hati.

Okay.

Korang bayangkan crush korang letak gambar dia dengan perempuan yang korang tak tahu siapa sebab di crop dengan caption 'goodnightt' yang disertakan emoji dan love mcm ni 💘.

Korang rase??

Mula lah aku nak bengang ni. Ada jugak orang hilang kepala nanti. Aku terus screenshot status dia yang boleh menyebabkan aku jeles tahap dewa. Eiyyy sakit tau hati aku. Dah la aku ni tengah merana ada ke patut dia buat macam ni pada aku?

Ada ke patut?

Haaa??

Dengan hati yang membara, aku mencari nama kawan aku untuk berkongsi berita.

ME
-Weyh, tengok ni!!
-Sakit hati aku, ishhh!

Aku terus menghantar gambar yang telah di screenshot tadi.

Tak sampai 5 minit menunggu, kawan aku yang diberi nama sebagai Ilya membalas.

ILYA
-Jap, tu crush kau, kan?

ME
-Mesti laa.
-Dah terang lagi bersuluh aku ss status dia kan?
-Kau takkan taktahu?
-Boleh buat tanya lak.

ILYA
-Iya laa.
-Dah tu sebelah tu siapa pula?
-Takkan kau kot?
-Kau ada syak siapa-siapa, ke?

A M N E S I A •Where stories live. Discover now