14

26 5 5
                                    

Degupan jantung aku sudah kehilangan rentak sekata.

Don't touch her. She's mine.

Perlahan-lahan rerama di dalam perut aku berkepak riang. Hati aku terasa di sentuh oleh sesuatu.

Tapi, apa?

Ketika dia mengatakan bahawa aku ialah miliknya, maka hadir lah satu rasa baharu di dalam diri ku.

Rasa bahagia.

Aku..



Gembira?



Tapi mengapa?



Perasaan pelik apakah ini?

Masih terdengar irama jantungnya berdetak di cuping telingaku. Terasa.. Dekat..

Aku tahu.


Aku masih berada di dalam dakapannya.

Aku tahu bahawa diri ini sudah gila.

Iya, gila.


Kerana di saat ini, aku berasa selamat. Sangat selamat.

Katakan aku gila. Dan aku yakin aku sudah gila.


Kerana aku suka berada dalam dakapan ini. Jika orang itu ialah dia.











..






"Kau dah kenapa? Berangan je kerja. Lelaki tu dah pergi. Kau pulak yang jadi pelik ni, asal? "

Aku terkedu. Di hadapan aku ini terpampang jelas wajahnya. Tanpa mask seperti selalu.

Alamak! Kantoi dah aku tengah berangan. Jangan kantoi aku berangan pasal dia sudah la. Mau bertambah malu aku nanti!

"Siapa lelaki tu? "

Dia bertanya. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia berdiri tenang sambil memandang aku, menanti jawapan.

Aku mengemam bibir. Dia ni nak bagi aku melting ke macam mana? Tetibe berdiri macam tu.

Handsome kau tau tak??!!


Ishh!!!


Tak boleh pakai betul otak aku. Mana ada dia handsome. Biasa-biasa je..



Err.....






Pap!



Aku tersentak apabila dia memetikkan jarinya di hadapan wajah ku.


"Suka berangan sungguh kau ni, "

Dia memaparkan riak kebosanan. Mungkin akibat selalu melihat aku yang mengelamun.

"Tak. Aku tak kenal dia, "

Aku membekukan wajah ketika menjawab soalannya. Tak nak la nampak sangat yang aku cair nanti.

Okay, tiber.

"Iya iya je kau. Bukannya boleh percaya sangat. Entah ex boyfriend kau nak mintak get back, "

"Ehhh. Memandai je kau nak tuduh macam tu. Aku pun tak kenal kau. Tiba-tiba berlakon jadi hero pulak,"

Aku mencekak pinggang sambil merenungnya dengan mata yang tajam.

Dia masih membuat muka selamba tenuk walaupun menyedari keadaan aku yang sedang marah.

"Kau tak perlu tahu nama aku. Tapi kau mesti tahu aku sentiasa ada bila kau dalam bahaya, "

A M N E S I A •Where stories live. Discover now