Aku terdiam. Kaku.
Setelah 5 minit berkeadaan begitu, dia melepaskan aku. Aku mendongak kembali untuk melihatnya.
Aku masih tidak dapat melihat wajah sebenarnya kerana dia memakai mask. Hanya terlihat mata tajamnya menikam mata aku.
"Err.. Siapa, awak ni? "
Aku bertanya seraya nengundur selangkah ke belakang. Takut dia berbuat seperti tadi. Tak memasal peluk aku. Gile, ke?
Dia tidak membalas malah terus melangkah pergi. Aku hanya memandang susuk tubuhnya yang bergerak meninggalkan aku di belakang. Dia pergi tanpa mengucapkan satu patah perkataan sekalipun.
That's weird.
Indeed.
..
Perkara yang berlaku tadi menyebabkan langkah aku kembali diorak ke wad. Tidak mahu aku berjumpa dengan manusia yang pelik-pelik lagi. Cukuplah terserempak tadi.
Aku menolak pintu wad dengan perlahan. Namun, aku hairan melihat seseorang yang duduk di sofa berhadapan katil aku. Dia memakai hoodie berwarna hitam.
Hm, macam pernah nampak je mamat nii. Aku termangu sendiri di hadapan pintu.
Topi yang dipakainya itu menyebabkan aku tidak dapat melihat wajahnya.
Kaki aku dilangkahkan menuju ke arahnya.
Bunyi derapan kaki aku membuatkannya menoleh.
Aku tergamam.
Matanya yang berwarna hazel itu merenung aku.
Ya.
Itu dia.
..
Satu kotak empat segi yang berada di genggaman, aku pandang. Jujur aku tidak pernah melihat kotak seperti itu. Kata dia, kotak itu bernama mp3 yang membolehkan kita mendengar lagu.
Earphone berwarna hitam yang disertakan dengan mp3 itu aku sumbatkan ke dalam telinga. Katanya lagi, aku perlu memasukkan earphone itu pada kedua-dua belah telinga. Barulah lagu yang terpasang nanti dapat di dengar dengan lebih jelas.
Setelah itu, aku menekan salah satu button pada mp3 itu. Seperti tunjuk ajarnya.
Kedengaran satu melodi yang lembut di telinga. Aku terus mendengar lagu yang di pasang di dalam mp3 tersebut. Aku menghayati lirik lagu yang dinyanyikan oleh satu suara.
It's you,
It's always you,
If I'm ever gonna fall in love,
I know it's gon' be you,
It's you,
It's always you,
Met a lot of people but nobody feels like you,
So,
Please, don't break my heart,
Don't tear me apart,
I know how it's starts,
Trust me, I've broken before,
YOU ARE READING
A M N E S I A •
Short StoryDia seorang gadis periang, Dia seorang gadis peramah, Dia seorang gadis manja. Namun, siapa sangka akhirnya dia berubah rupa? Dulu dia periang, Kini dia dingin. Dulu dia peramah, Kini dia perengus. Dulu dia manja, Kini dia kaku. "Kau siapa...