7

22 6 1
                                    

Esok ialah hari yang amat berat bagi aku. Juga kepada keluarga aku.

Aku harap esok berjalan dengan baik.

Hari ini aku bersama dengan ibu dan ayah. Kakak dan adik aku sudah bertemu muka semalam. Masing-masing memaparkan riak kesedihan. Aku harap mereka akan berada dalam keadaan yang sihat sementara aku tiada nanti.

Aku menyerahkan phone aku kepada ayah. Sempat juga aku membuat permintaan terakhir aku.

"Ayah, boleh tolong tunaikan permintaan saya? "

Aku bertanya sambil cuba membuat riak wajah yang comel. Ingin meraih simpati.

Terlihat ayah aku hanya tersenyum sebelum mengangkat kening tanda 'apa?'.

"Boleh tak nanti bila saya dah selesai menjalani pembedahan itu, ayah dan ibu tolong simpan phone, cincin, buku diari ataupun barang yang berkaitan dengan saya dalam satu kotak? "

Ibu dan ayah kelihatan terkejut dengan permintaan aku.

"Kenapa nak simpan, sayang? Barang tu mungkin boleh tolong kamu ingat balik memori kamu yang hilang tu, " kata ibu seraya mengusap tangan aku, lembut.

"Bukannya apa tapi saya nak mulakan hidup baru. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini yang kita tak tahu, ibu. Sebab itu lah saya tak nak memori yang sepatutnya saya buang tapi saya tak boleh buang sekarang ini akan mengganggu saya bila selesai pembedahan itu nanti. Saya... Dah penat dengan semua ni, "

Aku berkata sambil menundukkan wajah. Tidak mampu untuk menatap wajah kedua ibu bapa aku.

"Ouh, kalau macam tu kami akan tolong kamu, sayang. Jadi kamu nak kami buang semua barang kamu yang ada sekarang ke? "

Aku mengangkat kepala setelah mendengar perkataan 'buang' dari mulut ibu. Sebenarnya aku masih sayang barang itu. Tambah barang yang aku beli semata-mata untuk mengingatkan aku padanya.

"Errr... Boleh tak jangan buang barang tu? Simpan aje dekat tempat yang saya langsung tak boleh cari dan jumpa. Boleh, tak? "

"Mesti lah boleh, sayang. Tapi macam mana dengan phone kamu? Nak simpan juga atau kamu nak guna selepas pembedahan itu? "

Ibu bertanya sambil melirik ke arah phone yang berada dalam genggaman ayah. Aku turut melihat ke arah phone itu.

Phone yang banyak menyimpan memori aku. Aku memandang phone yang dihulurkan kembali oleh ayah. Aku tidak membukanya malah aku mengalihkan phone itu supaya aku dapat melihat belakangnya.

Aku membuka cover phone yang jernih itu seraya mengambil gambar polaroid yang sudah lama berada di sebalik cover phone milik aku. Gambar itu aku tatap dengan sepi. Ibu yang berada di sisi tidak aku hiraukan. Yang berada di dalam fikiran aku hanya lah sekeping gambar itu. Gambar pertama aku bersama dia. Mungkin juga menjadi gambar terakhir aku dengannya?

Aku tersenyum kecil apabila mengingat kembali masa itu. Punya lah susah aku nak bergambar dengan dia. Yang aku geramnya, dia cakap boleh ambil gambar sekali aje setahun. Apa punya style la macam tu. Haihhh...

Nasib lah aku dapat juga bergambar dengannya. Bahagia tu jangan cakap laaaa..

Sampaikan wallpaper keyboard aku pun diletakkan gambar itu. Jadi, bukan setakat cover phone yee..

Aku meletak kembali gambar itu ketempat asal. Phone diserahkan kepada ibu yang masih di sisi.

"Simpan juga phone tu. Tapi jangan buang ye. Saya masih sayang phone tu dan hmm.. Takpe lah. Berkaitan phone nanti ayah boleh tolong belikan yang baru? "

A M N E S I A •Where stories live. Discover now