Aku melangkah keluar dari bilik guru. Kaki di langkah menuju ke arah dewan yang sudah memuatkan para pelajar PT3 dan guru-guru, kecuali aku.Mendengar celoteh Teacher Zariah sememangnya telah menyebabkan aku terlupa bahawa masa telah berlalu begitu pantas. Nasib lah ada seorang guru yang menegur kami sekaligus menyedarkan aku yang sudah terlambat memasuki dewan.
Aku menapak pantas menuju ke arah dewan yang sudah tidak jauh di hadapan. Kedengaran suara seseorang yang bergema di dalam dewan itu menandakan majlis akan bermula pada bila-bila masa.
Aku membuka sliding door yang tertutup untuk melangkah masuk ke dalam dewan. Pintu kaca yang jernih itu menyebabkan aku dapat melihat ke dalam dewan walaupun masih belum memasukinya. Sudah tentu orang-orang yang berada di dalam dewan dapat melihat aku juga.
Aku membuka pintu. Suasana di dalam dewan itu hening, menyambut kehadiran ku. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran setelah wajah aku tersembul di hadapan pintu. Mata-mata manusia yang berada di dalam dewan itu hanya tertumpu pada seseorang, iaitu aku.
Aku membuat wajah kosong. Malas melayan sikap manusia yang pelik-pelik itu. Aku masih ingat suara-suara bising yang kedengaran ketika aku berada di luar dewan yang aku yakin berpunca daripada manusia-manusia ini. Namun, setelah aku menunjukkan wajah aku, suara-suara itu tenggelam digantikan keheningan suasana.
Aku menuju ke arah tempat duduk ku yang telah diberitahu oleh Teacher Zariah. Sebenarnya aku tidak perlu bersusah payah datang berseorangan kerana Teacher Zariah akan menemani aku namun, dia perlu melakukan sesuatu sebelum dapat menyertai majlis ini.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang masih kosong, yakni kerusi ku. Aku telah ditempatkan di antara guru-guru kerana aku merupakan pelajar yang 'special'.
Kemudian, majlis dimulakan.
..
Setelah selesainya pengetua berucap, pengacara majlis telah mengumumkan serta mempersilakan para pelajar cemerlang sekolah untuk tampil ke atas pentas bagi menerima keputusan mereka. Diikuti pengetua sekolah yang akan menyampaikan keputusan itu.
"Sekarang, tibalah masanya bagi menjemput tuan Pengetua diiringi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan keputusan cemerlang bagi lima pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam ujian PT3 mereka, " ujar pengacara majlis disambut bunyi tepukan gemuruh daripada para pelajar.
Mungkin hanya aku seorang yang tidak memberi tepukan seusai bicara pengacara majlis itu.
"Dipersilakan, pelajar yang mendapat straight A's dalam ujian PT3, Low Kai Zhe dan Illie Qaisara binti Sharuddin! Berikan tepukan gemuruh kepada mereka! "
Dewan dibingitkan dengan bunyi tepukan kepada dua orang pelajar itu. Sekali lagi hanya aku yang tidak memberi tepukan seperti orang lain.
Aku melihat dua orang pelajar tadi naik ke atas pentas bagi menerima keputusan mereka sambil senyuman menghiasi wajah. Sempat juga beberapa orang guru mengambil gambar mereka. Mungkin ingin diletakkan ke dalam majalah sekolah.
Selesai sahaja mereka turun dari pentas, pengacara majlis mula bersuara lagi.
Tepukan gemuruh kembali membingitkan telinga setelah pengacara itu mengumumkan seorang lagi pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. 7A 1B, itulah keputusan pelajar lelaki berbangsa cina yang naik ke pentas tadi.
"Seterusnya, seorang lagi pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dengan pencapaian 6A 2B dalam ujian PT3. Dipersilakan Diana Dreselle binti Muhd Riyaz tampil ke atas pentas! "
Aku terkelu.
Bunyi tepukan gemuruh yang memenuhi dewan untuk ku telah menyedarkan aku supaya bergerak ke atas pentas.
Langkah kaki aku orakkan menuju ke arah pengetua yang sedang tersenyum manis di atas pentas itu.
Aku mengoyak senyuman kecil di bibir apabila menoleh ke arah hadapan, menunjukkan wajah ke arah semua pelajar yang masih belum berhenti menepuk tangan serta beberapa orang guru yang sudah bersiap sedia dengan camera di tangan.
Dari situ, aku bertentang mata dengannya.
..
Aku dan empat orang lagi pelajar cemerlang diminta untuk tunggu sebentar sebelum bergerak pulang ke rumah. Tidak lain tidak bukan mestilah untuk mengambil gambar bersama.
Aku hanya mampu memberi senyuman yang kelihatan agak fake ketika sesi bergambar itu berlangsung.
Mulut juga terkunci, hanya badan sahaja yang bergerak mengikuti arahan photographer di hadapan. Tidak lama sesi bergambar itu diadakan. Hanya beberapa minit.
Aku berniat untuk melangkah pulang. Sudah terbayang-bayang katil empuk yang bakal menjemputku berbaring di atasnya.
Langkah kaki ku terpaksa dihentikan kerana nama ku dipanggil oleh seseorang. Walaupun dengan panggilan nama yang berbeza.
"Dian, lama tak jumpa. Tahniah sebab dapat result baik, " kata gadis itu.
Illie.
Aku hanya mengukir senyuman kecil kepadanya sebelum melangkah pergi. Membiarkan tubuh itu keseorangan.
Tidak pernah ada seorang pun yang memanggil nama depan ku. Semenjak aku tersedar daripada koma. Mungkin pernah, dulu.
Aku mengeluarkan smartphone dari tas tangan sambil berjalan. Nombor Kyle di dail setelah aku mencapai smartphone ku.
Trtt! Trtt!
Trtt! Trtt!
"Hm, hello? "
"Kau ambil aku sekarang, "
"Hah? "
"Kau ni.. Kan teacher suruh kau ambil aku lepas dah dapat result, takkan kau lupa? "
"Ouh, baru aku ingat. Kejap aku on the way, "
Talian diputuskan.
Banyak makan semut ke apa Kyle ni? Senang betul dia lupa.
Aku melihat sekeliling. Harapnya Kyle cepat datang untuk mengambil aku. Tak selesa betul aku dalam sekolah ni. Banyak je mata-mata yang memerhati.
Macam aku ni alien pula.
Mentang-mentanglah aku sorang je yang pakai baju kasual, diorang ni dengki dengan aku.
Sebab itu aku tak nak datang ke sekolah balik. Mesti ada je yang memerhati dengan pandangan pelik. Lepas tu mula la bertanya khabar aku.
Nampak sangat fake.
Bila aku tak ada, tak nak cari. Bila aku dah tersembul depan muka diorang, baru terhegeh-hegeh nak tunjukkan diri.
Fake.
Mata ku diliarkan mencari sesuatu. Mesin air. Haus pula tekak aku setelah beberapa jam tidak meneguk minuman.
Aku rasa Teacher Zariah pernah beritahu yang koperasi sekolah buka pada hari ini. Dia cakap di situ ada dijual air minuman setelah aku bertanya.
Aku kembali berjalan. Mencari bangunan yang menempatkan koperasi itu.
..
YOU ARE READING
A M N E S I A •
Short StoryDia seorang gadis periang, Dia seorang gadis peramah, Dia seorang gadis manja. Namun, siapa sangka akhirnya dia berubah rupa? Dulu dia periang, Kini dia dingin. Dulu dia peramah, Kini dia perengus. Dulu dia manja, Kini dia kaku. "Kau siapa...