2

43 5 0
                                    

Setelah doktor itu pergi meninggalkan kami sekeluarga, aku memandang wajah ibu dan ayah yang sugul. Agaknya, mereka terkesan dengan berita yang disampaikan oleh doktor itu tadi atau aku boleh panggil sebagai Doktor Haikal?

"Kamu okay, sayang? " pertanyaan ibu membuat aku tersentak. Ibu memandang aku dengan wajah yang dikerutkan.

Melihat wajah ibu itu, aku ingin tersengih tetapi hanya senyuman kecil yang mampu aku berikan. Kesakitan dalam mulut aku menyebabkan aku susah mengerakkannya hatta untuk tersenyum sekali pun. Menyesal pulak aku gigit hari tu. Kalau aku tak gigit mesti tak teruk macam ni.

Ibu membalas dengan senyuman hambar. Aku tahu pasti ibu risaukan aku. Siapa je yang tak risau kalau anak sendiri menghidap penyakit bahaya, kan?

Ibu dan ayah berehat sementara sebelum meninggalkan aku keseorangan untuk balik dan membersihkan diri. Ibu sememangnya tidak mahu membiarkan aku sendiri tetapi aku meyakinkan dia supaya merehatkan diri dan menguruskan hal-hal di rumah sebelum datang kembali. Aku boleh aje duduk sendiri. Bukannya masalah besar pun.

Aku termenung seketika sebelum pintu wad aku terkuak. Apabila aku menoleh, terlihat Doktor Haikal melangkah masuk. Aku sendiri tak berapa faham kenapa dia asyik datang melawat wad aku.

Aku membalas senyuman yang dilemparkan oleh Doktor Haikal dengan senyuman kecil kerana masalah mulut aku. Aku lihat Doktor Haikal seperti mengetahui masalah aku mula mengatur langkah ke arah katil aku. Sudah semestinya dia akan bertanya tentang keadaan kesihatan aku.

Dia menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor yang merawat aku dengan bertanya jika aku berasa sakit atau tidak selesa. Aku hanya menjawab yang aku sakit tekak dan bahagian dalam mulut aku terluka di tiga tempat yang berbeza.

Namun, setelah memberikan beberapa jenis ubat yang aku muak untuk makan semenjak aku masuk ke dalam hospital, dia masih berada di sisi aku.

Aku memandangnya dengan wajah pelik. Jarang-jarang dia nak tunggu lepas selesai membuat kerjanya. Tapi yang sekarang ni dah kenapa?

"Err.. Ada apa, Doktor Haikal? " soal aku.

Dia tersenyum sambil menundukkan pandangan. Dia mengambil tempat di kerusi yang disediakan di sebelah katil pesakit. Aku tak tahu tujuan dia sampai kena duduk disamping aku. Tak ada kerja ke mamat ni?

"Saya ada benda nak beritahu awak. Sebenarnya, sebelum menjalani pemeriksaan awak kena berpuasa dulu, " katanya.

Alahaii.. Ingatkan apalah dia nak beritahu. Puasa aje. Benda senang kot.

"Okay, doktor. Ibu saya ada beritahu sebelum ni. By the way, terima kasih sebab beritahu lagi. Mana tahu saya lupa ke nanti, "

Aku berpura-pura ketawa kecil.

Dia ingat aku ni bodoh sangat ke tak tahu benda tu?

"Hahaha, iya lah.. Hmm rasanya itu je yang saya nak beritahu pun buat masa ini, " Doktor Haikal berdiri.

Dia meminta diri sebelum melemparkan senyuman perpisahan. Aku pun balas lah serba sedikit.

Setelah dia menutup pintu wad, aku merenung dinding. Fikiran aku melayang mengenangkan sikap Doktor Haikal yang bagi aku sungguh pelik. Ada beberapa teori yang asyik bermain-main di fikiran.

Mungkin kah Doktor Haikal tu, suka aku? Tapi takkan lah kan? Dia dah tua walaupun aku rasa dia masih berumur awal 20-an sebab aku nampak dia muda je. Tak ada lah tua mana. Doktor praktikal kot. Iya lah sekarang kan masa wabak tengah aktif merebak jadi tak hairan lah ada doktor praktikal yang membantu. Tapi takkan lah kan? Macam tak logik aje.

A M N E S I A •Where stories live. Discover now