I know that you can only fall for me.
Hazel.
Aku masih disitu. Kaku.
Renungan mata hazelnya membuatkan aku terbungkam.
Blank.
"Dreselle!"
Aku tersentak. Kembali ke alam nyata.
Pipi ku mula memerah apabila aku menyedari situasi kami yang agak rapat. Sepantas kilat aku berdiri. Tegak dihadapannya.
"Er..... Sorry, "
Aku berkata ringkas sebelum bergerak pergi dari situ. Wajah aku yang merah seperti tomato itu cuba disorokkan. Harap-harap lah dia tak nampak. Kalau tak buat malu aku jerr!
"Dreselle, "
Kaki aku yang hendak melangkah pergi itu terhenti apabila tangan ku digenggam kemas oleh seseorang.
Jantung berdegup kencang. Harap-harap bukan mamat hazel itu lah yang memegang tangan aku ni.
Aku menoleh ke belakang. Memandang si dia yang bermata hazel itu. Kali ini dia tidak memakai mask seperti selalu. Maka, terpampang jelas wajahnya yang handsome itu di ruang mata ku.
Namun, hanya beberapa saat sahaja mata kami bertemu sebelum aku merentap perlahan tangan aku yang digenggamnya.
"So-sorry, " ulang aku sekali lagi.
Belum sempat aku mendengar suaranya, telingaku menangkap bunyi suara seseorang yang masih memanggil namaku.
Aku memandang ke arah bunyi suara itu. Kelibat lelaki yang berpakaian kemeja berwarna putih itu sudah semakin dekat. Hanya berjarak beberapa kilometer sahaja kedudukan kami.
Tanpa berlengah lagi, kaki terus dilarikan kembali. Terlupa habis dengan adegan memalukan tadi.
"Dreselle, "
Hanya beberapa langkah sahaja yang berjaya di orak sebelum tangan kecil milikku sekali lagi digenggam.
Aku yakin kali ini bukan lelaki bermata hazel itu yang menghentikan aku.
"Dreselle, kenapa awak lari? "
Lelaki yang mengejar aku itu bertanya dengan nafas yang tercungap-cungap.
Itu dia bala sudah datang.
Tangan aku yang berada dalam genggamannya direntap kasar.
"Aku tak kenal kau. Jangan harap aku nak bagi kau sentuh aku! "
"I'm your friend, Dreselle. Kita rapat sangat dulu. Sampaikan saya tak sanggup biarkan awak terseksa dengan penyakit awak, "
Lelaki itu cuba mendekati aku. Namun, aku terus menjarakkan diri. Tidak mahu berhampiran.
"Kawan? Kau gelarkan diri kau sebagai kawan aku? Jangan nak tipu aku lah! "
"Dreselle-... "
"Kalau kau kawan aku, buktikan. Sebab sampai sekarang semenjak aku sedar, tak pernah sekali pun manusia yang bergelar kawan melawat aku. Dan kalau memang dulu kau kawan aku, gelaran tu takkan kekal lagi sebab aku tak perlukan kawan macam kau! "
Aku membentak.
Dia terkedu. Tidak menyangka yang aku akan berkata sedemikian rupa.
Aku memusingkan badan sebelum tangan aku digenggam kuat oleh lelaki tadi.
"Le-pas lah! "
Aku berkata seraya cuba meleraikan pegangan tangannya yang ketat itu. Pergelangan tangan aku sudah kemerahan.
"Saya kawan awak, Dreselle. Jangan pernah awak menafikan ikatan persahabatan kita, "
Dia menggengam tangan aku dengan lebih erat.
"Kau dah salah orang! Aku tak kenal kau, "
Sedaya-upaya aku cuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki sawan ini.
Sudah la sawan, tak faham bahasa pulak tu.
Tiba-tiba, tangan aku yang berada di dalam genggamannya ditarik menyebabkan pegangan yang menyakitkan itu terlerai.
Namun, tangan aku kembali digenggam. Kali ini kehangatannya berbeza.
Walaupun tangan aku masih digenggam erat namun terasa, berbeza. Terasa selamat.
Aku memandang pemilik tangan kekar yang memegang lembut tanganku ini. Mata dihalakan ke hadapan.
Pandangan aku kini dihalang oleh sesusuk tubuh tinggi sekaligus menjarakkan diri aku dengan lelaki sawan berkemeja putih tadi.
"Kau siapa? "
Kedengaran suara lelaki sawan tadi. Hilang terus penggunaan perkataan 'saya-awak' yang dibahasakan olehnya semasa bercakap dengan ku.
"Kenapa kau ganggu dia? Kau ada masalah ke dengan dia? "
Tutur satu suara yang tidak begitu asing.
Familiar.
"Kau siapa? Aku tak ada urusan kau, "
"Jadi kau tak ada apa nak cakap dah? "
Belum sempat lelaki sawan itu menjawab, badan aku telah terdorong ke belakang mengikut jejak langkah yang diatur oleh lelaki di hadapan aku sekaligus meninggalkan lelaki sawan tadi terpinga-pinga.
Bukan lelaki sawan tu sorang je. Aku pun masih terkedu.
Kenapa dengan mamat hazel ni?
Tak perlu menafikan kata-kata ku. Aku yakin ini lelaki itu.
Kami hanya sempat melangkah beberapa tapak sebelum tangan aku direntap dari belakang. Lelaki sawan itu lah yang merentap tangan aku.
Tak cukup sebelah tangan aku disakitinya, sebelah lagi pergelangan tangan aku mahu disakiti.
Namun, tidak sampai beberapa saat sahaja lelaki sawan itu menggengam tangan aku, terasa badan ku melayang ke belakang.
Dan..
Jatuh ke dalam dakapan seseorang.
Degupan jantung yang berdegup kencang itu terasa dekat.
Sangat dekat.
Haruman maskulin juga dapat aku hidu sebelum telingaku menangkap beberapa patah perkataan yang dituturkan oleh si pemilik degupan jantung itu.
"Don't touch her. She's mine, "
Hazel.
..
Heylo! Sebenarnya author dh siap dah chapter 13 ni tapi sebab masalah wattpad tak memberi kerjasama, chapter 13 hilang words. So, author kena la buat balik. Ada la jugak yang author tambah dalam chapter ni and kalau tak match ke apa ke sorry la yerr. Author dah cuba sebaik mungkin.
YOU ARE READING
A M N E S I A •
Short StoryDia seorang gadis periang, Dia seorang gadis peramah, Dia seorang gadis manja. Namun, siapa sangka akhirnya dia berubah rupa? Dulu dia periang, Kini dia dingin. Dulu dia peramah, Kini dia perengus. Dulu dia manja, Kini dia kaku. "Kau siapa...