13 (1)

20 5 0
                                    

Suasana ruang makan itu sunyi tanpa sepatah bicara walaupun terdapat 4 orang manusia yang berada di dalam ruangan tersebut. Hanya kedengaran bunyi sudu yang mendominasi suasana.

Aku makan tanpa sepatah kata. Bukannya tidak mahu berbicara namun aku lebih gemar suasana begini.

Lagipun tiada perkara yang dapat diceritakan.

Fikiran aku melayang. Di dalam minda aku hanya terdapat satu perkara sahaja. Juga satu nama.

Idz..


Siapa Idz?



Dia ada kaitan dengan hidup aku yang dulu, ke?

'My love'


Kenapa tajuk dia macam tu? Dia.... Siapa bagi aku?

My love..



Idz..




My love..




Idz..





My lo-....

"Kamu berangan apa tu? Ayah nak cakap ni, dengar tak? "

Habis berkecai lamunan aku akibat suara ayah yang sedikit tegas dan kuat. Pantas aku menoleh ke arah nya.

Setelah melihat aku mula memberi perhatian, ayah memulakan bicara.

"Ayah cakap, kejap lagi kita pergi beli phone untuk kamu. Kamu pergi bersiap-siap dulu lepas makan. Kejap lagi kita keluar, "

Ujar ayah seperti memberi arahan.

Aku mengangguk kepala. Mata kembali fokus kepada makanan yang berada di dalam pinggan.


Nasi kembali disuap ke dalam mulut. Fikiran juga kembali melayang.






Hmmm...








..

Setelah solat Zohor sambil ditunjuk ajar oleh ibu, aku dan ayah menuju ke pasar raya.

Ya, aku solat sambil diajar oleh ahli keluarga.

Aku tak ada memori, kan? So, what do you expect from me?





Nasib lah aku ni seorang yang cepat belajar. Jadi, mudahlah kerja menghafal surah-surah wajib ketika solat.



Jap, nak bangga. Hahaha.





Aku mengikut langkah ayah menuju ke arah pintu pasar raya setelah berjaya meletak kereta.

Mata sempat di liarkan untuk meneroka persekitaran di sekeliling pasar raya tersebut.   Kalau tersesat ni memang masak lah aku. Sudah la aku tak tahu selok-belok jalan dalam pasar raya itu. Jadi, cara paling selamat ialah dengan mengikuti langkah ayah yang berada agak jauh di hadapan.



Setelah kami tiba di kedai menjual pelbagai jenis smartphone, ayah berhenti melangkah. Seterusnya, aku diminta untuk memilih mana-mana smartphone yang berkenan di hati.


..



Setelah membeli smartphone berjenama Honor 9x, kami pun hendak bergerak pulang.

"Ayah, saya nak ke tandas kejap, " kata-kata aku menyebabkan langkah ayah terhenti.

"Ouh, okay. Ayah pun nak beli something sebelum balik. Lepas tu kamu terus je ke kereta. Kamu tahu kan ayah parking kereta di mana? "

A M N E S I A •Where stories live. Discover now